Saturday 30 April 2016

Wan Azizah & Nurul, turun Sarawak? ASET NEGARA - "Kesiannya diat tadika kemas kmpg kmk org tok dekat Kuching!"

Sabtu, 1 Mei 2016
Kesiannya diat tadika kemas kmpg kmk org tok. Di dalamnya ada lebih 40 org aset negara berusia 4-6 tahun tengah menimba ilmu dlm keadaan bangunan yang daif, lagi tidak kukuh.. 21 km dr bandaraya Kuching?
Hasil untuk pengundi calon BN. Inilah tempat kanak2 berusia 4-6 tahun di Kampung Senari.
Amanah diterima masyarakat setempat
18 hrs
 Singgah di gerai berhampiran jeti. Menunggu feri merentasi Sungai Batang Sadong. Sungai ini memisahkan Kota Samarahan dengan Sri Aman. — at Feri Sungai Buloh, Sadong Jaya.




Bendera Amanah berkibar megah di Bumi Kenyalang.

Wan Azizah, turun di Sarawak malam ini?

 | April 30, 2016
Adenan bersetuju membenarkan Wan Azizah dan anak perempuannya, Naib Presiden PKR Nurul Izzah memasuki Sarawak jika mereka meminta kebenaran secara sopan.
wan-azizahs-arawak
PETALING JAYA: Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail dilapor dibenarkan memasuki Sarawak dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Sibu di sekitar 20:35 malam ini.
Ini berdasarkan jadual yang diedarkan oleh PKR kepada para wartawan di Kuching.
Terdahulu, Ketua Menteri Sarawak Adenan Satem dikritik kerana menyekat aktivis dan pembangkang daripada memasuki negeri itu.
Bagaimanapun, dalam satu kenyataan terbaru semalam, Adenan menyatakan akan menimbang untuk membenarkan Wan Azizah dan anak perempuannya, Naib Presiden PKR Nurul Izzah memasuki Sarawak jika mereka meminta kebenaran secara sopan.
Sebagai tindak balas, Wan Azizah memberitahu bahawa dia dan anaknya, Nurul Izzah akan menulis surat kepada Adenan untuk meminta kebenaran.
Pemimpin pembangkang yang telah dihalang daripada memasuki Sarawak termasuk wakil DAP, Tony Pua dan Teresa Kok serta wakil PKR, Chua Tian Chang dan Rafizi Ramli.
Read More

[Video] GULA- GULA: DAP bidas Zahid! 'Parlimen Stamping Sarawak'! MANA RM2.6 bilion...RM20 aje untuk hadir ceramah BN?

Ahad, 1 Mei 2016

Page Liked · 6 hrs

Kuching... Parliament of stamping s ' why you! Kahkahkahkah

Page Liked · 7 hrs


U HELP ME! I HELP U!
Page Liked · 11 hrs
# 1 SAPU SARAWAK. PLS TAG & SHARE. TQ


DAP bidas Zahid umum peruntukan jika BN menang

Calon DAP Senadin Baru Langub menuduh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi cuba merasuah pengundi selepas menawarkan peruntukan sebanyak RM500,000 kepada sebuah sekolah jika BN menang di kawasan itu.
"Penggunaan sumber negara yang jelas oleh Ahmad Zahid untuk mendapatkan balasan daripada pengundi menimbulkan kecurigaan rasuah," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau juga mempersoalkan jika Ahmad Zahid telah melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Semalam, Ahmad Zahid yang berada di Miri mengumumkan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi dua buah sekolah dalam kawasan Pujut.
Bagaimanapun, beliau berkata sekolah lain dalam kawasan Senadin akan mendapat RM500,000 jika BN menang pilihan raya itu.
Pujut dan Senadin, bersama dengan kawasan Piasau, membentuk kerusi Parlimen Miri.
Dalam ucapannya malam tadi, Ahmad Zahid juga menafikan ikrar beliau mempunyai apa-apa kaitan dengan pilihan raya.
Baru bagaimanapun menolak penafian Zahid yang mengatakan ia bukan gula-gula pilihan raya.
Beliau juga mengkritik Ahmad Zahid kerana menggunakan masa depan pelajar bagi tawar-menawar politik.
Calon SUPP dari BN Lee Kim Shin menang tipis di kerusi Senadin pada pilihan raya 2011, dengan meraih majoriti 58 undi terhadap PKR.
Lee akan berdepan DAP di kawasan majoriti Cina kali ini selain seorang lagi calon, Filemon John Edan dari PBDS Baru.

Malaysiakini
Read More

Mejar Zaidi sertai DAP & Bekas kolumnis Utusan sertai PAS...Apa Yang Kalutnya?

Ahad, 1 Mei 2016

Mej Zaidi Sertai DAP, Apa Yang Kalutnya?

Mejar Zaidi sertai DAP, tinggalkan AMANAH 

DAP Pulau Pinang mengumumkan kemasukan lapan anggota Melayu baru, dua sebelum ini daripada PAS dan seorang daripada Parti Amanah Negara (AMANAH), yang merupakan sekutu parti dalam Pakatan Harapan (HARAPAN). 

Pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow dan setiausaha politik kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng, Wong Hon Wai membuat pengumuman itu hari ini. 


Paling menonjol daripada lapan individu itu ialah bekas anggota Tentera Udara Malaysia Mejar Zaidi Ahmad yang sebelum ini menyertai PAS dan Amanah. 

Zaidi, yang berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang, mula dikenali selepas membuat laporan polis terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung isu dakwat kekal semasa pilihan raya umum ke-13 pada tahun 2013. 

Beliau dipecat daripada tentera udara oleh mahkamah tentera pada tahun 2014 dan selepas itu menyertai PAS. Beliau kemudian meninggalkan PAS untuk menyertai AMANAH tahun lepas, selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan PAS. 

Zaidi berkata beliau merasakan DAP adalah parti yang lebih sesuai untuknya, sambil menambah "yang paling penting, saya masih dalam HARAPAN". 

"Jika penyertaan saya dalam DAP boleh membantu memecahkan persepsi anti-Melayu dan anti-Islam terhadap parti itu, akhirnya ia juga akan memberi manfaat kepada AMANAH, PKR dan HARAPAN secara keseluruhan," katanya. 

'Ini adalah sebuah negara yang bebas' 

Ditanya sama ada beliau telah memaklumkan kepada pemimpin partinya, iaitu Naib Presiden AMANAH, Mujahid Yusof Rawa, Zaidi berkata: 

"Di negara ini, setiap orang mempunyai hak dan kebebasan untuk menyertai mana-mana parti. 

"Pemimpin-pemimpin AMANAH juga melakukannya selepas berhenti dari PAS," katanya berseloroh. 

Zaidi berkata bagaimanapun, keahliannya di dalam AMANAH akan ditamatkan apabila menandatangani perjanjian dengan DAP. 

Ketika dihubungi, Mujahid hanya berkata "Ini adalah sebuah negara yang bebas, AMANAH percaya dalam pilihan bebas. 


ULASAN GB 

1) Adalah hak mana-mana ahli parti untuk menyertai mana-mana parti lain yang dikehendakinya. AMANAH takkan tuduh Mejar Zaidi sebagai pengkhianat sepertimana tuduhan yang dilemparkan PAS terhadap ahli-ahli PAS yang meninggalkan parti itu untuk menyertai AMANAH. Yang peliknya, kemasukan Zaidi ke dalam DAP dibisingkan sangat oleh PAS, bukan AMANAH. :-) 

2) Di dalam kenyataan DAP hari ini, 8 orang Melayu yang menyertai DAP. 1 dari AMANAH, 2 daripada PAS, 5 yang lain tak disebut dari parti apa, mungkin tidak berparti. Tetapi yang lebih dicanangkan oleh macai PAS ialah seorang dari AMANAH itu, iaitu Zaidi, manakala yang 2 dari PAS tak pula dihebohkan. 

3) Kenyataan Zaidi dipuji. Katanya: "Jika penyertaan saya dalam DAP boleh membantu memecahkan persepsi anti-Melayu dan anti-Islam terhadap parti itu, akhirnya ia juga akan memberi manfaat kepada AMANAH, PKR dan HARAPAN secara keseluruhan." 

4) Almarhum TGNA sendiri pernah menyatakan bahawa "langkah (penyertaan Melayu ke dalam DAP) itu bukanlah satu ancaman kerana DAP dan parti itu serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) bergabung dalam satu pakatan." 

5) Prinsip AMANAH jelas, kita suruh orang istiqamah dengan Islam bukan dengan "parti" atau "pemimpin". Hal ini telah disampaikan oleh Penasihat Umum Parti Amanah Negara Ustaz Ahmad Awang. "Kalau sesiapa dah masuk AMANAH, kemudian nak u-turn ker, about turn ker, kita tak kata dia jadi kafir, kita tak kata darah dia halal...,"tambahnya. 
Dicatat oleh 

Bekas kolumnis Utusan sertai PAS semua pakat puji, tapi bagaimana kami....!!

YANG SALAH DIPERTAHANKAN
YANG BENAR DISINGKIRKAN

Tindakan Dr. Zulkifli Yaakob bekas kolumnis Utusan menyertai PAS tidak menghairankan. Beliau ikhlas.

Saya Tan Sri Mat Taib dan beberapa yg lain pun begitu juga ;  malah lebih dari itu,  kami dilahirkan dlm keluarga UMNO. Kami memegang beberapa jawatan penting kerana UMNO .

Kami sanggup tinggalkan UMNO kerana kami begitu yakin dengan perjuangan PAS berlandaskan Al Quraan .

Hanya selepas 2 tahun  baru kami sedar apa sebenarnya perjuangan  pemimpin2 khasnya Presiden PAS  kini yg  kami harap2kan selama ini. Rupa2nya jauh dari perjuangan Tok Guru Nik Aziz, Ustaz Fadzil Nor dan ramai lagi yang telah pergi.

Semoga Sdr Dr. Zulkifli Yaakob boleh berperanan sebagai tabib yg akan mengubati segala jenis penyakit yang dihidapi beberapa pemimpin Party itu
Sesunggohnya ALLAH SWT melihat sendiwara yang sedang dipertuntonkan

Tamrin Tun Ghafar
30/04
KedahLanie
Read More

[Video] Nizar juga tak boleh masuk Sarawak! Selamat Hari Buruh dari AWAN Nasional.

Ahad, 1 Mei 2016


Selamat Hari Buruh dari AWAN Nasional.
Hati-hati memandu kepada yang pulang ke kampung!

NIZAR JAMALUDDIN JUGA TAK BOLEH MASUK SARAWAK.

Maaf penduduk Sarawak Dato Seri Mohamad Nizar Jamaluddin , ADUN Ckt Jering, bekas Menteri  Besar Perak juga tidak dapat masuk  Sarawak.

Menurut sumber, DS Nizar dalam senarai Jabatan Imigresen tidak boleh masuk Sarawak dalam musim PRN Sarawak 2016.

Pengaruh DS  Nizar  boleh mengganggu pengaruh parti BN di Sarawak.Justeru untuk menghalang pengaruh AMANAH , Ds Nizar juga dihalang masuk Sarawak.

Nizar hanya dapat masuk Sarawak dengan kebenaran Adenan Satem, Ketua Menteri.
Read More

Kini SCOTLAND pula nak siasat skandal ‪#‎1MDB‬...TETAPI di Malaysia SUDAH 'DIBERSIHKAN' kan, kan!

Ahad, 1 Mei 2016
FUHHH!!!.. Satu dunia, 8 NEGARA nak siasat dakwaan pengubahan wang haram, melibatkan ratusan juta dolar terhadap dana kekayaan negara 1MDB.
SWITZERLAND sedang siasat..
SINGAPORE sedang siasat..
HONG KONG sedang siasat..
AMERIKA SYARIKAT sedang siasat..
UNITED KINGDOM sedang siasat..
AUSTRALIA sedang siasat..
LUXEMBOURG sedang siasat..
Kini SCOTLAND pula nak siasat skandal ‪#‎1MDB‬
TETAPI KENAPA di Malaysia SUDAH 'DIBERSIHKAN' ??!!.. Siapakah penyangak sebenar dlm skandal 1MDB ??
Cayalah Najib.. Nama Najib Razak kini dah femes satu dunia dgn skandal dana berbilion2 ringgit !!!
Kami rakyat M'sia tumpang bangga malu jer...
 
Page Liked · 12 hrs
 
DAH TUA-TUA PON MASIH NAK MENIPU RAKYAT !!!

TAHUKAH ANDA.. Projek Penyahgaraman Air Masin yang dilaksanakan 1MDB yang dilancarkan oleh PM Najib Razak di lapan lokasi negeri antaranya..

1. Beladin (Betong)
2. Beting Maro (Batang Lupar),
3 & 4. Kampung Penipah dan Bruit di Daro
5. Telok Melano di Sematan
6. Kampung Punang, Lawas
7. Kampung Lajong, Kuala Niah
8. Lubuk Samsun Simunjan

... SEMUA INI berada di negeri mana ?? Penang ka ?? S'ngor ka ??

SAMPAI BILA NAK MENIPU & PERBODOHKAN RAKYAT !!!..

Dah banyak kali tipu dgn BN,
TU PON MASIH LAGI NAK UNDI BN KA !!!
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena