Saturday, 23 April 2016

#PRNSARAWAK: Amanah Akan Bertembung Dengan PAS Di Lima Kerusi.

Sabtu, 23 April 2016
Skuad Peduli Amanah Turun Padang.

Aktiviti hari ni bersama Skuad Peduli Amanah Sungai Putat

Calon Amanah Dun Balingian. Ketua AWAN Sarawak

Parti Amanah Negara (Amanah) akan bertembung dengan PAS di lima kerusi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11 (PRN-11), umum Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub.

Beliau berkata kawasan berkenaan ialah Samariang, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro.

Parti itu juga akan bertanding di lapan lagi kerusi dan akan menyenaraikan dua calon wanita di kerusi Samariang dan Balingian, katanya..

Beliau turut mengumumkan kawasan yang akan ditandingi oleh parti itu termasuk senarai calon parti berkenaan.

Parti itu akan bertanding di N.05 Demak Laut (Mohammad Fidzuan Zaidi), N.07 Samariang (Nani Sahari), N.16 Muara Tuang (Abang Abdul Halil Naili), N.24 Sadong Jaya (Othman Mustapha), N.26 Gedong (Rapelson Richard Hamit) dan N.27 Sebuyau (Andrew Anak Jain).
N.29 Beting Maro (Andri Zulkarnaen Hamden), N.40 Kabong (Jini Sahini), N.41 Kuala Rejang (Sufian Julaihi), N.42 Semop (Fadillah Sabali), N.43 Daro (Ibrahim Bayau), N.44 Jemoreng (Kiprawi Suhaili) dan N.58 Balingian (Nurzaiti Hamdan).

Mengulas keputusan Amanah untuk bertanding di 13 kerusi itu yang merupakan kubu kuat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Salahuddin percaya calon parti berkenaan mampu memberi saingan kepada calon-calon lain. - BERNAMA

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena