Saturday 16 April 2016

Laporan PAC di muka surat 99 dan 100...SIRI PENIPUAN, TERTIPU, DITIPU 1MDB

Sabtu, 16 April 2016

Hangpa nie buta perut kaa masih tak nampak penipuan dalam 1MDB..??

ذوالحزم شاريف
9 hrs · Batu Caves (town) ·
SIRI PENIPUAN, TERTIPU, DITIPU 1MDB

Laporan PAC di muka surat 99 dan 100 menyatakan :

Perjanjian Usaha Sama bertarikh 28 September 2009 PetroSuadi Holdings (Cayman) Ltd dirujuk sebagai "PSI manakala Written Resolution of The Sole Director of The Company yang ditandatangani oleh Tarek Obaid merujuk PetroSaudi Holdings (Cayman) Ltd sebagai "PSH".

Kenyataan media 1MDB bertarikh 30 Semptember 2009 mengumumkan bahawa 1MDB memeterai Perjanjian Usaha Sama dengan PetroSaudi International Ltd yang dirujuk sebagai "PSI"

Tertipu, Menipu, Ditipu

Semakan oleh Jabatan Audit Negara mendapati bahawa terdapat empat (4) syarikat berbeza yang didaftarkan menggunakan nama "PetroSaudi" iaitu :
a) PetroSaudi International Ltd ditubuhkan di Arab Saudi;
b) PetroSaudi International ditubuhkan di Cayman Islands;
c) PetroSaudi Holdings (Cayman) Ltd ditubuhkan di Cayman Islands; dan
d) PetroSaudi International Ltd ditubuhkan di Seychelles.

Jabatan Audit Negara menyatakan bahawa Perjanjian Usaha Sama yang dimasuki oleh 1MDB pada 28 September 2009 sebenarnya adalah dengan PetroSaudi Holdings (Cayman) Ltd bukan dengan PetroSaudi International Ltd. Lembaga Pengarah tidak sedar bahawa "PSI" yang dirujuk di dalam Perjanjian Usaha Sama ialah PetroSaudi Holdings (Cayman) Ltd.

*************** Sehingga sekarang tidak tahu apa kesan Perjanjian Usaha Sama.... Apa yang 1MDB perolehi daripada Perjanjian Usaha Sama tersebut tetapi yang pastinya duit 1MDB hilang akibat Perjanjian tersebut ******

Pada 28 September 2009, perjanjian usaha sama telah ditandatangani antara 1MDB, PetroSaudi Holdings (Cayman) Ltd. dan 1MDB PetroSaudi Ltd. di Kuala Lumpur. PetroSaudi Holdings (Cayman) Ltd. dan 1MDB PetroSaudi Ltd. diwakili oleh Encik Tarek Obaid, manakala 1MDB diwakili oleh Encik Shahrol Azral. Majlis ini turut disaksikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia dan Prince Turki.

Bermula dengan Perjanjian Usaha Sama tersebut, 1MDB telah membeli pegangan saham sebanyak 40% dengan nilai USD1 bilion di dalam sebuah syarikat PetroSaudi Holdings (Cayman) Ltd.

Ada tiga (3) syarikat yang terlibat iaitu 1MDB, PetroSaudi Holdings (Cayman)0 Ltd dan 1MDB PetroSaudi Ltd. Paling membanggakan ialah PetroSaudi Holdings (Cayman) Ltd dan 1MDB PetroSaudi Ltd telah didaftarkan di Cayman Islands pada tarikh yang sama iaitu 18 September 2009 iaitu 10 hari sebelum Perjanjian Usaha Sama dimeterai yang disaksikan oleh Perdana Menteri.

****Tak nampak lagi???? Buta Perot la...!!!!!*****

KedahLanie

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena