Saturday, 23 April 2016

Mahathir Tak Mampu Tubuh Parti Baru Seperti Anwar Dan Mat Sabu! Apasal Tun M harus berasa malu?

Sabtu, 23 April 2016

Sebut sahaja nama Tun Dr Mahathir Mohamad, orang ramai mula hilang respek kepada bekas Perdana Menteri itu apabila Mahathir sanggup menjadi 'keldai' parti pembangkang dengan sanggup duduk sepentas bersama pemimpin-pemimpin pembangkang.

Malah, orang mula hilang respek kepada Mahathir apabila Mahathir sanggup memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta keluar dari parti Melayu terbesar Umno, kononnya untuk menunjukkan protes terhadap Najib.

Walaupun Mahathir telah memutuskan keluar dari Umno pada awal tahun ini, namun masih terdapat pihak yang mencabar Mahathir untuk menubuhkan sebuah parti baru bagi menentang 'skuad' Najib pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Pihak-pihak ini mencabar Mahathir bagi membuktikan bahawa dirinya masih mendapat sokongan orang ramai, walaupun tidak lagi sehaluan dengan Presiden Umno... Sebelum ini Mahathir juga pernah mengatakan dirinya lebih mempunyai  sokongan kuat dari Perdana Menteri... Jadi buktikan laa!!

Namun begitu, Mahathir sehingga hari ini masih tidak berani untuk menubuhkan sebuah parti baharu, walaupun menyatakan beliau kecewa dengan Umno... Mengapa Mahathir sehingga hari ini masih tidak menubuhkan parti baru untuk menggantikan sebuah parti yang kononnya telah mengecewakan Mahathir??

Adakah Mahathir takut parti yang ditubuhkan tidak mendapat sambutan dan sokongan, sepertimana parti yang ditubuhkan Anwar ketika dizalimi Mahathir satu ketika dahulu?? Atau memang Mahathir tidak mempunyai sokongan yang kuat??

Lihat sajalah hadirin yang hadir untuk menyatakan sokongan terhadap gerakan yang diwujudkan Mahathir... Hanya beberapa kerat sahaja yang masih terus menyokong Mahathir... Selebihnya itu merupakan penyokong pemimpin pembangkang.

Mahathir sepatutnya berasa malu dengan diri sendiri apabila hanya menumpang sokongan pemimpin parti pembangkang untuk menjatuhkan Perdana Menteri... Mahathir sepatutnya mencontohi gerakan yang dilakukan Anwar, dengan menubuhkan sebuah parti baharu bagi melawan parti yang disertainya dahulu.

'Come on' laa Mahathir... Kata ramai penyokong... Takkan Mahahthir tak berani nak tubuhkan sebuah parti baru.... Kalau betul nak cabar Perdana Menteri, tubuhkan parti baru dan lawan guna saluran yang betul, iaitu bertanding dalam PRU.
Malu laa kalau Mahathir tak boleh nak tubuhkan sebuah parti baru untuk menentang Umno... Mohamad Sabu pun boleh tubuhkan sebuah parti baru, selepas tidak memegang jawatan dalam parti PAS... Ini kan pula Mahathir yang kononnya 'Maha Berkuasa'. - AndyBolat/Utaranews.com

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena