Wednesday 20 April 2016

ORANG SARAWAK tinggi pekerti mereka...AMAN & AWAN mendengar sendiri luahan hati rakyat Sarawak.

Rabu, 20 April 2016
ORANG SARAWAK TINGGI PEKERTI MEREKA
Saya sangat kagum dengan kemesraan yang ada pada pelbagai etnik di bumi Sarawak ini.
Mereka bersopan santun, mudah mesra dan suka membantu.
Parti AMANAH Negara gembira mengalu-alukan keahlian dari masyarakat:
1. Iban
2. Cina
3. Melayu
4. Bidayuh
5. Melanau
6. Kayan
7. Kenyah
8. Lun Bawang
9. Penan
10. Kelabit
11. Kedayan
12. Bisaya
13. Berawan
14. Lahanan
15. Sekapan
16. Kejaman
17. Punan
18. Baketan
19. Ukit
20. Sihan
21. Tagal
22. Tabun
23. Saban
24. Lisum
25. Longkiput
26. Kadazandusun
27.Murut
dan yang lain-lainya.
SARAWAK: LAWATAN BERSIRI KETUA WANITA AMANAH NASIONAL (Edisi 01)
Sekitar lawatan Ketua Wanita Amanah Nasional, YB Dr. Siti Mariah Mahmud di negeri Sarawak sempena PRN 11.
Menyantuni rakyat sambil memberi penerangan tentang Parti Amanah Negara, bertanya khabar, serta mendengar sendiri luahan hati rakyat Sarawak tentang keadaan mereka di sana. Masih banyak kekurangan dari sudut kebajikan dan kemudahan asas yang tidak diambil serius oleh pihak kerajaan negeri. Insyaallah, Amanah akan memberi perhatian dan tindakan yang sewajarnya bagi membela nasib rakyat Sarawak.
Antara lain yang diadakan ialah sebaran akhbar rasmi Amanah edisi pertama, makanan dan cenderahati seperti apron, bag serta belon Amanah untuk menghiburkan hati kanak-kanak di sana.
Turut bersama, sayap pemuda (AMAN) dan wanita (AWAN) daripada Sarawak dan juga negeri-negeri lain bagi mengiringi beliau sepanjang lawatan tersebut.
Teruskan mengikuti perkembangan Amanah di Sarawak.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena