Wednesday 27 April 2016

Pemuda Amanah - 'Isytihar BUKIT MERAH Kawasan Bencana'...Najib lembab bertindak?

Rabu, 27 April 2016
KENYATAAN MEDIA
PEMUDA AMANAH NEGERI PERAK
BUKIT MERAH: NAJIB LAMBAT BERTINDAK
Pemuda AMANAH Negeri Perak kesal dengan sikap tidak peka Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Haji Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak dengan situasi terkini paras air di Empangan Tasik Bukit Merah yang semakin susut berikutan cuaca panas dan kering akibat El-Nino sehingga menjejaskan pesawah yang berada di kawasan tersebut sekitar 5000 hektar.
Walaupun baru-baru ini Kerajaan Negeri Perak melalui Menteri Besar Negeri Perak Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abd Kadir telah menyuarakan kebimbangan dan memohon kepada kerajaan Persekutuan supaya mengisytiharkan Bukit Merah sebagai Kawasan Bencana, namun tiada perkembangan terkini yang kami dengar mengenai perkara tersebut.
Tetapi agak pelik sedikit seolah-olah Datuk Seri Zambry tidak memahami prosedur atau bidangkuasa bagi mengisytiharkan Kawasan Bencana, begitu juga dengan prosedur dalam mendapatkan ganti rugi untuk para pesawah di kawasan sawah padi seluas 4,697 hektar di Selinsing dan Semanggol, Perak.
Pemuda AMANAH Perak mendesak agar Dato’ Seri Najib segera mengisytiharkan kawasan Bukit Merah sebagai Kawasan Darurat dengan mengarahkan unit bencana baharu yang ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk bertindak segera.
Kami juga mengharapkan agar Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) digerakkan untuk membantu pesawah menilai kerugian yang telah ditanggung berikutan bencana akibat El-Nino ini yang menyembabkan pelepasan air ke kawasan sawah padi mereka tiada sehingga kini.
MOHD FITRI ASMUNI
Timbalan Ketua,
Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Perak.

El Nino: Tiada Lagi Tasik Di Taman Tasik Bukit Merah

Diterbitkan: Jumaat, 22 April 2016 11:07 AM
Pemandangan di Bukit Merah Laketown Resort yang dirakamkan menggunakan drone. -fotoTHESTAR

KERIAN: Pembenihan awan telah dilakukan di utara tanahair, namun fenomena El Nino masih menjejaskan empangan seluas 4,000 hektar di sini, yang juga menjadi sebahagian daripada kawasan pelancongan Bukit Merah Laketown Resort.

Empangan Bukit Merah mempunyai paras air kurang dari enam meter dan hanya tinggal 14 peratus air walaupun mempunyai kawasan tadahan berkeluasan 480 km persegi.
Lebih dari dua pertiga permukaan tasik itu kini kering dan menjadi landskap sepi dengan tunggul-tunggul pokok mati yang selama ini ditenggelami air dapat dilihat.

"Selepas pembenihan awan, hujan turun hampir setiap petang dan malam tetapi ia tidak banyak membantu meningkatkan paras air empangan.
"Tasik ini telah kehilangan terlalu banyak air," kata Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin, Khamis.

Tolok hujan pada malam Rabu, katanya, menunjukkan hanya peningkatan sebanyak 2mm.

Sejak 11 April, pesawat yang sarat dengan garam halus diterbangkan untuk melakukan pembenihan awan di empangan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan.

Sementara itu, pesawah padi mengalami kerugian besar kerana paras air yang ada tidak lagi mampu sampai ke pintu-pintu pelepasan empangan untuk disalurkan ke sawah mereka.

Mereka kini merayu kewangan untuk sara hidup daripada kerajaan Persekutuan melalui Pengerusi Pertubuhan Peladang Perak Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, yang berkata bahawa mereka telah kehilangan sekurang-kurangnya RM8 juta kerana musim penanaman yang terhenti.

Beratus-ratus kolam ikan arowana, yang boleh dilihat di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan di sebelah Tasik Bukit Merah, kini menahan stok ikan mereka yang bernilai ratusan ribu ringgit bagi setiap ladang di kolam-kolam takungan kerana masalah air.

Turut menerima kesan adalah Bukit Merah Laketown Resort.

Walaupun masih beroperasi, kebanyakan aktiviti tasik telah dihentikan.
Pemandu bot Mohd Yusof Shamsuri, 58, berkata, Pulau Orang Utan Bukit Merah telah ditutup selama dua minggu.

"Bot penumpang kami hanya tersadai di jeti," katanya.

Seorang penduduk kampung, Shamsudin Mohammad, 66, berkata tasik itu mula mengering pada bulan Disember.

"Kami berdepan dengan musim kering setiap tahun, tetapi ini adalah yang paling teruk yang pernah saya lihat sejak tinggal di sini pada tahun 1960.

"Tempat yang pernah menjadi kawasan yang sempurna untuk menangkap ikan kini tiada lagi," katanya.

Selain Empangan Bukit Merah, infokemarau.water.gov.my juga menyenaraikan dua empangan lain yang berada dalam zon bahaya.

Empangan Bukit Kwong di Kelantan hanya mempunyai 7.81 peratus air yang tinggal dan Empangan Labong di Johor hanya mempunyai 11.98 peratus air.

Tetapi keadaan adalah berbeza di Lembah Klang apabila pengurusan taman tema tidak bimbang mengenai potensi kekurangan air.

Pengurus Desa Water Park David Wan berkata mereka mempunyai tangki simpanan untuk menyediakan air yang cukup untuk taman itu beroperasi untuk sekurang-kurangnya dua hingga tiga hari semasa krisis air.

Pengarah Pemasaran Sunway Lagoon Michelle Gregory berkata ancaman kekurangan air tidak berlaku kerana bekalan air di taman itu datang terus dari tasik dan sama sekali tidak bergantung kepada sumber-sumber luar.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena