Saturday 30 April 2016

Mejar Zaidi sertai DAP & Bekas kolumnis Utusan sertai PAS...Apa Yang Kalutnya?

Ahad, 1 Mei 2016

Mej Zaidi Sertai DAP, Apa Yang Kalutnya?

Mejar Zaidi sertai DAP, tinggalkan AMANAH 

DAP Pulau Pinang mengumumkan kemasukan lapan anggota Melayu baru, dua sebelum ini daripada PAS dan seorang daripada Parti Amanah Negara (AMANAH), yang merupakan sekutu parti dalam Pakatan Harapan (HARAPAN). 

Pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow dan setiausaha politik kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng, Wong Hon Wai membuat pengumuman itu hari ini. 


Paling menonjol daripada lapan individu itu ialah bekas anggota Tentera Udara Malaysia Mejar Zaidi Ahmad yang sebelum ini menyertai PAS dan Amanah. 

Zaidi, yang berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang, mula dikenali selepas membuat laporan polis terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung isu dakwat kekal semasa pilihan raya umum ke-13 pada tahun 2013. 

Beliau dipecat daripada tentera udara oleh mahkamah tentera pada tahun 2014 dan selepas itu menyertai PAS. Beliau kemudian meninggalkan PAS untuk menyertai AMANAH tahun lepas, selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan PAS. 

Zaidi berkata beliau merasakan DAP adalah parti yang lebih sesuai untuknya, sambil menambah "yang paling penting, saya masih dalam HARAPAN". 

"Jika penyertaan saya dalam DAP boleh membantu memecahkan persepsi anti-Melayu dan anti-Islam terhadap parti itu, akhirnya ia juga akan memberi manfaat kepada AMANAH, PKR dan HARAPAN secara keseluruhan," katanya. 

'Ini adalah sebuah negara yang bebas' 

Ditanya sama ada beliau telah memaklumkan kepada pemimpin partinya, iaitu Naib Presiden AMANAH, Mujahid Yusof Rawa, Zaidi berkata: 

"Di negara ini, setiap orang mempunyai hak dan kebebasan untuk menyertai mana-mana parti. 

"Pemimpin-pemimpin AMANAH juga melakukannya selepas berhenti dari PAS," katanya berseloroh. 

Zaidi berkata bagaimanapun, keahliannya di dalam AMANAH akan ditamatkan apabila menandatangani perjanjian dengan DAP. 

Ketika dihubungi, Mujahid hanya berkata "Ini adalah sebuah negara yang bebas, AMANAH percaya dalam pilihan bebas. 


ULASAN GB 

1) Adalah hak mana-mana ahli parti untuk menyertai mana-mana parti lain yang dikehendakinya. AMANAH takkan tuduh Mejar Zaidi sebagai pengkhianat sepertimana tuduhan yang dilemparkan PAS terhadap ahli-ahli PAS yang meninggalkan parti itu untuk menyertai AMANAH. Yang peliknya, kemasukan Zaidi ke dalam DAP dibisingkan sangat oleh PAS, bukan AMANAH. :-) 

2) Di dalam kenyataan DAP hari ini, 8 orang Melayu yang menyertai DAP. 1 dari AMANAH, 2 daripada PAS, 5 yang lain tak disebut dari parti apa, mungkin tidak berparti. Tetapi yang lebih dicanangkan oleh macai PAS ialah seorang dari AMANAH itu, iaitu Zaidi, manakala yang 2 dari PAS tak pula dihebohkan. 

3) Kenyataan Zaidi dipuji. Katanya: "Jika penyertaan saya dalam DAP boleh membantu memecahkan persepsi anti-Melayu dan anti-Islam terhadap parti itu, akhirnya ia juga akan memberi manfaat kepada AMANAH, PKR dan HARAPAN secara keseluruhan." 

4) Almarhum TGNA sendiri pernah menyatakan bahawa "langkah (penyertaan Melayu ke dalam DAP) itu bukanlah satu ancaman kerana DAP dan parti itu serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) bergabung dalam satu pakatan." 

5) Prinsip AMANAH jelas, kita suruh orang istiqamah dengan Islam bukan dengan "parti" atau "pemimpin". Hal ini telah disampaikan oleh Penasihat Umum Parti Amanah Negara Ustaz Ahmad Awang. "Kalau sesiapa dah masuk AMANAH, kemudian nak u-turn ker, about turn ker, kita tak kata dia jadi kafir, kita tak kata darah dia halal...,"tambahnya. 
Dicatat oleh 

Bekas kolumnis Utusan sertai PAS semua pakat puji, tapi bagaimana kami....!!

YANG SALAH DIPERTAHANKAN
YANG BENAR DISINGKIRKAN

Tindakan Dr. Zulkifli Yaakob bekas kolumnis Utusan menyertai PAS tidak menghairankan. Beliau ikhlas.

Saya Tan Sri Mat Taib dan beberapa yg lain pun begitu juga ;  malah lebih dari itu,  kami dilahirkan dlm keluarga UMNO. Kami memegang beberapa jawatan penting kerana UMNO .

Kami sanggup tinggalkan UMNO kerana kami begitu yakin dengan perjuangan PAS berlandaskan Al Quraan .

Hanya selepas 2 tahun  baru kami sedar apa sebenarnya perjuangan  pemimpin2 khasnya Presiden PAS  kini yg  kami harap2kan selama ini. Rupa2nya jauh dari perjuangan Tok Guru Nik Aziz, Ustaz Fadzil Nor dan ramai lagi yang telah pergi.

Semoga Sdr Dr. Zulkifli Yaakob boleh berperanan sebagai tabib yg akan mengubati segala jenis penyakit yang dihidapi beberapa pemimpin Party itu
Sesunggohnya ALLAH SWT melihat sendiwara yang sedang dipertuntonkan

Tamrin Tun Ghafar
30/04
KedahLanie

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena