Saturday, 23 April 2016

Rakyat lebih advance daripada Keyboard Warrior UMNO...Tasik kering! "Saya terkejut, tak pernah terjadi sebelum ini".

Sabtu, 23 April 2016
Datuk Mahdzir Khalid Keyboard Warrior kamu x cukup ILMU nak yakinkan RAKYAT tentang kebaikkan Pemimpin kerana Rakyat lebih advance daripada Keyboard Warrior UMNO ni!..yang pasti Keyboard Warrior yang kamu cadangakan itu lebih suka MEMAKI HAMUN bila ada Rakyat yang mempertikaikan kredibiliti Pemimpin kamu!...
Mereka patut masuk kelas SIVIK dan belajar bagaimana nak menggunakan ayat MAKIAN yg lunak dan sedap didengar sambil berseloroh!...
Dr. Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Serdang

Kita memerlukan lebih banyak 'political will' untuk memelihara dan memulihara alam sekitar.
Inisiatif YB Ong Kian Ming untuk turun padang dalam menjenguk keadaan kebersihan sungai sepatutnya dicontohi oleh semua ahli politik tanpa mengira parti.
Penjagaan alam sekitar merupakan isu merentas parti dan pandangan politik, dan ia memerlukan kesatuan dan kesedaran semua pihak!
Tahniah!

'Tak pernah terjadi sebelum ini'
'Tak pernah terjadi sebelum ini'
Rosmanizam memancing berhampiran jambatan. Sebelum musim panas kawasan berkenaan dipenuhi air.

SIK - Takungan air Empangan Beris semakin surut berikutan suhu panas yang melanda negara ketika ini.
Penduduk, Alyas Ismail,54, mendakwa,tahap takungan air yang semakin surut di tasik berkenaan di anggap paling terburuk pernah berlaku berbanding sebelum ini.

Menurutnya, air di tasik mulai surut sejak Disember lalu dan semakin berkurangan apabila cuaca semakin panas mulai awal tahun ini.

“Saya terkejut dengan air tasik yang surut seperti ini sebab ia kali pertama berlaku, keadaan surut lebih bertambah buruk semasa bulan Mac baru-baru ini, tambahan pula dalam tahun ini hujan hanya turun sebanyak tiga kali,”katanya di sini semalam.

Alyas berkata, air di empangan berkenaan akan semakin terjejas sekiranya kemarau berterusan.
Pekerja Sungai Batang Lake Chalet, Hanida Hussain,38, berkata,cuaca panas pada tahun ini menyebabkan air tasik itu surut mendadak.

Menurutnya, keadaan itu turut menyebabkan beberapa kawasan tasik kering hingga menampakkan permukaan tanah.

“Pokok-pokok lama yang ada dalam tasik ini juga boleh dilihat secara keseluruhan, sebelum ini hanya nampak bahagian atas pokok sahaja.

Sementara itu, pekerja Hill Lake View Resort, Rozimah Che Teh,40, berkata, biarpun pernah berlaku kemarau, namun tahap takungan air tidak pernah surut seperti tahun ini.

Empangan yang semakin surut itu mendapat  tumpuan ramai kaki pancing yang tidak melepaskan peluang menangkap ikan.

Kaki pancing, Rosmanizam Che Mahdzir,30, berkata,tasik itu mendapat perhatian kaki pancing pada waktu siang dan juga malam.

Menurutnya, buat kali pertamanya, kaki pancing juga berpeluang merasai pengalaman memancing di bawah salah satu jambatan yang terdapat di kawasan itu.

“Sebelum ini air di bawah jambatan ini dipenuhi air, ini kali pertamanya pemancing dapat menjejakkan kaki di sini,”katanya.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena