Tuesday, 19 April 2016

Apa Dah Jadi? CEO tinggalkan Malaysia Airlines September ini..."Mueller bertindak demikian kerana “perubahan keadaan peribadinya".

Rabu, 20 April 2016
Page Liked · 1 hr
 GEMPAR !!!... Di saat negara diselubungi dgn skandal kewangan terbesar negara tiba2 CEO Malaysia Airlines, Christoph Mueller akan meninggalkan syarikat itu pada September 2016, lebih awal dari pengakhiran kontrak tiga tahun beliau.

Terfikir sejenak, SIAPA PULA YANG LAYAK PENGGANTI CEO MAB NANTI ?

CEO tinggalkan Malaysia Airlines September ini



Malaysia Airlines Berhad (MAB) berkata ketua pegawai eksekutif (CEO) merangkap pengarah urusannya Christoph Mueller akan meninggalkan syarikat itu pada September ini.
Mueller dilapor akan meninggalkan Malaysia Airlines walaupun kontraknya telah diikat untuk tempoh tiga tahun.
Syarikat penerbangan itu dalam kenyataan berkata Mueller bertindak demikian kerana “perubahan keadaan peribadinya”, laporReuters.
Mueller akan menghabiskan tempoh notis enam bulan sehingga September 2016.
beliau menyatakan kecenderungan untuk kekal sebagai pengarah bukan eksekutif kepada lembaga MAB, menurut syarikat.
“Kami amat sedih dengan pemergian Christoph sebagai CEO tetapi amat memahami alasannya dan hormat keperluannya untuk bertindak demikian,” kata Pengerusi MAC Md Nor Yusof.
Mueller menerajui syarikat itu Mei tahun lalu dan membuat penstrukturan semula kepada syarikat penerbangan yang dikenali sebagai Malaysia Airlines Systems (MAS) sebelum ini.
MAS terkesan dengan tragedi kehilangan pesawat MH370 pada 2014. Pada tahun sama, pesawat MH17 pula ditembak jatuh di Ukraine.
Malaysiakini

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena