Wednesday 20 April 2016

SELAMATKAN MALAYSIA! Jemput hadir Bangsa Johor...NEGARA sedang diancam bahaya! "AYUH Tukar PM itu".

Rabu, 20 April 2016
Jemput hadir Bangsa Johor.
Sebarkan.
SELAMATKAN MALAYSIA

Sampai masanya rakyat tidak boleh berdiam diri.

Masakan urusan peribadi mengatasi urusan Parti dan Negara.

Porak peranda penjawat awam, harta negara, GST yang membebankan rakyat serta seruan perkauman.

Kepala negara sibuk membela diri dan menepis serangan dan akhirnya negara & rakyat terabai.

Parti AMANAH Negara konsisten untuk julang ISLAM setingginya dan sedia berkawan dengan sesiapa sahaja untuk menyelamatkan negara.

KENYATAAN MEDIA
AMANAH sokong cadangan penubuhan 'Bank of Johor'
1. Parti Amanah Negara (AMANAH) menjunjung dan menyokong penuh cadangan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar untuk menubuhkan 'Bank of Johor' bagi kemudahan rakyat di negeri itu.
2. Penubuhan bank persendirian ini diyakini dapat membantu rakyat yang kurang berkemampuan di negeri itu bukan sahaja dalam membuat pinjaman perumahan malah juga untuk pelaburan.
3. AMANAH ingin menegaskan bahawa kami bersedia bila-bila masa untuk menyumbang idea terhadap usaha murni yang dicetuskan Tuanku Sultan Johor ini. Pada kami, pengalaman 'Grameen Bank' di Bangladesh adalah antara model terbaik yang boleh dijadikan contoh.
4. 'Grameen Bank' menjadi sebuah mercu yang sangat unik dengan konsep 'bank untuk golongan miskin' yang sangat berbeza daripada bank konvensional lain. Pengasasnya Muhammad Yunus juga telah diberikan anugerah nobel ekoran kejayaannya membantu golongan miskin di Bangladesh melalui usaha penubuhan bank ini.
5. Pengalaman dan kejayaan Muhammad Yunus ini sewajarnya diteladani oleh 'Bank of Johor' ini nanti. Malah AMANAH mengharapkan Bank of Johor ini didasarkan kepada perbankan tanpa faedah dengan kata lain perbankan Islam yang lebih progresif.
"Harapan Baru"
SALAHUDDIN HJ AYUB
Timbalan Presiden
Parti Amanah Negara
18 April 2016

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena