Saturday 9 April 2016

Haji Hadi sahkan AMANAH bukan khadam UMNO & PRN Sarawak - Semua 13 calon Amanah anak Sarawak, kata Salahuddin

Ahad, 10 April 2016

Semua 13 calon Amanah anak Sarawak, kata Salahuddin
09 April 2016 | HAZAYANI ZAKARIA
Amanah turun PRN Sarawak sebagai komponen Pakatan Harapan bersama PKR dan DAPAmanah turun PRN Sarawak sebagai komponen Pakatan Harapan bersama PKR dan DAP
Kesemua 13 calon parti Amanah Negara (Amanah) yang akan bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak merupakan anak kelahiran negeri itu.
Timbalan presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata, selain calon Bumiputera, Amanah turut menampilkan calon Iban dan juga Cina.
Pengisytaharan calon akan dibuat pada minggu hadapan.
“Semua calon telah dikenal pasti, tunggu nak umum sahaja. Semua 13 calon yang Amanah pilih adalah orang tempatan, anak kelahiran Sarawak.
“Calon-calon akan diumumkan minggu depan,” kata beliau kepada Malaysia Dateline.
Minggu lalu, Amanah memutuskan untuk meletakkan 13 calon selepas berbincang dengan Pakatan Harapan.
“Memang sudah diputuskan dalam mesyuarat Amanah dan dibincangkan dalam mesyuarat Pakatan Harapan jadi tidak timbul soal Amanah akan bertembung denagn DAP atau PKR,” katanya.
Menurut beliau juga, keputusan meletakkan 13 calon di Sarawak dibuat selepas mengambil kira beberapa faktor penting dan mengambil semangat Amanah sebagai parti baharu.
“13 daripada 82 kerusi id Sarawak bagi Amanah adalah suatu jumlah yang sangat munasabah sebagai permulaaan untuk Amanah membuat suatu permulaan dalam konteks pilihan raya Sarawak.
“Amanah yakin 13 kerusi yang kita tandingi mampu untuk menyemarakkan penyertaan Amanah untuk mendapat sokongan kemenangan daripada rakyat Sarawak,” katanya lagi.
Persempadanan semula kawasan pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tahun lalu menjadikan jumlah kerusi untuk DUN Sarawak meningkat daripada 71 kepada 82. Tiga daripada 11 kerusi yang ditambah terdiri daripada majoriti kaum Melayu/Melanau iaitu di Gedong, Kabong dan Telian manakala tiga kerusi didiami majoriti kaum Iban (Stakan, Selirik dan Samalaju).
Selain itu, dua kerusi majoriti Orang Ulu (Murum dan Long Lama), dua majoriti kaum Bidayuh (Serembu dan Triboh) serta baki satu kerusi lagi majoriti kaum Cina iaitu di Batu Kitang.
Keputusan PRN ke-10 pada 2011 menyaksikan BN menyapu 77 peratus kerusi iaitu menang 55 daripada 71 kerusi dipertandingkan.
Manakala bagi pencapaian parti pembangkang, DAP menguasai 12 daripada 15 kerusi Dun ditandinginya; PKR hanya menang tiga daripada 49 kerusi iaitu Batu Lintang, Ba'Kelalan dan Krian manakala Pas kalah di semua lima kerusi yang ditandingi.

HAJI HADI SAHKAN AMANAH BUKAN KHADAM UMNO.

ALLAH MAHA BESAR. TIBA2 HJ HADI SAHKAN AMANAH BUKAN KHADAM NAJIB RAZAK DAN UMNO, SEBALIKNYA BLOK PEMBANGKANG YANG BERTEKAD UNTUK TUNBANGKAN KEZALIMAN BN

Tiada siapa khadam kepada siapa dalam negara merdeka seperti Malaysia kata Wan Rahim. Hakikatnya rakyat negara ini tidak perlu dilabel siapa khadam siapa kerana kita rakyat merdeka dan berhak membuat pilihan sendiri, kata Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah mengulas dakwaan presiden Pas bahawa parti itu hanya khadam DAP.

"Kita pun tidak terlintas untuk kata Pas khadam Najib walaupun nampak jelas tindakan bekas parti saya itu begitu kuat memikul kerja Umno sekarang", katanya ketika ditemui selepas majlis sarapan pagi dengan sekumpulan industrialis di Kedai Nasi Katil, Jalan Bayam, Kota Bharu pagi ini.

Tuduhan seperti itu bagaimanapun katanya membersihkan Amanah daripada tohmahan liar yang sentiasa dilemparkan kepada Amanah kononnya penubuhannya adalah untuk menolong Umno mengalahkan Pas.

"Dalam politik demokrasi kita tidak guna perkataaan khadam tapi kita guna perkataan memihak iaitu memihak kepada kerajaan atau pembangkang," katanya.

Dalam game (pentas) demokrasi, jelas beliau bila kita memasukkan satu entiti dengan pembangkang maka secara automatik entiti itu berlawan dengan kerajaan.

"Sekarang ini dengan meletakkan kita (Amanah) dipihak DAP kita gembira kerana kita tidak lagi terpalit dengan kerajaan Najib yang begitu dibenci rakyat sekarang," katanya.

Beliau yakin perkataan khadam sudah luput dari realiti rakyat Malaysia, cuma rakyat akan cukup meluat jika sesiapa dilihat cuba memihak kepada kerajaan yang penuh dengan agenda menyusahkan rakyat pada masa ini.

"Sebut perkataan "dedak" rakyat terbayang mereka ini walaupun ada di kalangan mereka berpakaian lebai," katanya.

Presiden Pas seperti dilaporkan Astro Awani menganggap Amanah bukan saingan parti itu dalam konteks pilihanraya Sarawak dan menganggap parti Amanah hanyalah Khadam DAP. - Zikri Abdullah, 7 April 2016
Posted by mantaro

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena