Sunday 24 April 2016

PAS bertembung Pakatan Harapan di 11 kerusi di Sarawak.

Ahad, 24 April 2016

PAS bertembung Pakatan Harapan di 11 kerusi di Sarawak

Parti Islam PAS dijangka bertembung dengan bekas sekutu Pakatan Rakyat PKR dan DAP, serta Parti Amanah Negara (AMANAH), dalam sekurang-kurangnya 11 kerusi pada pilihan raya negeri Sarawak akan datang.
The Borneo Post hari ini melaporkan PAS akan bertembung dengan AMANAH di lima kerusi - Samariang, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro - berdasarkan senarai calon yang diumumkan awal bulan ini.
Timbalan Presiden AMANAH Salahuddin Ayub Jumaat lalu mengumumkan senarai 13 calon parti itu termasuk dua Kristian dan dua wanita.
Salahuddin dilaporkan berkata bahawa AMANAH akan menentang Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), tetapi mereka juga mengalu-alukan persaingan daripada PAS.
Sebagai respon kepada Salahuddin, portal Antarapos semalam memetik Pesuruhjaya PAS Sarawak Jofri Jaraiee yang berkata langkah itu akan hanya menyebabkan perpecahan undi untuk parti-parti pembangkang dan memberi kelebihan kepada BN.
Bagaimanapun, PAS katanya tidak boleh menghalang AMANAH untuk bertanding, namun mahu melihat berapa banyak undi yang mereka boleh perolehi. Paling penting, katanya, PAS telah bekerja di kerusi yang ditandinginya untuk masa yang lama.
Beliau berkata rundingan awal dengan PKR bagi mengelakkan pertembungan juga gagal.
Laporan Utusan Borneo juga menyatakan bahawa calon-calon PAS akan bertembung dengan PKR dan lain-lain di Pantai Damai, Kakus, Jepak dan Lambir.
Dari senarai calon parti itu, ia juga menyaksikan pertembungan pelbagai penjuru dengan DAP di Samalaju dan Pujut.
Penamaan calon bagi pilihan raya negeri Sarawak pada April 25. Undi pos adalah pada 3 Mei manakala pengundian pada 7 Mei.
Malaysiakini

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena