Sunday 24 April 2016

Kenapa perlukan kebenaran untuk masuk ke Sabah dan Sarawak? Pengerusi KANUN Amanah menjawab persoalan ini!

Ahad, 24 April 2016

Kenapa perlukan kebenaran untuk masuk ke Sabah dan Sarawak ?
1. Telah jadi pengetahuan umum baru baru ini Presiden Amanah, Tuan Haji Mohamad Sabu telah dihalang oleh pihak Imigresen Sarawak dari memasuki Sarawak. Ini kerana , bagi Ketua Menteri Sarawak, Hj Mohamad Sabu termasuk dalam senarai "persona non grata " ( orang yang tidak dialu alukan; an unwelcome person ) di Sarawak.
2. Mungkin setengah dari kita merasa pelik bagaimanakah seorang rakyat Malaysia boleh tidak dibenarkan untuk masuk ke negeri yang menjadi sebahagian Malaysia iaitu Sabah dan Sarawak ? Macam mana ini boleh berlaku ?
3. Jawapannya ini berlaku kerana faktor sejarah iaitu sejarah pembentukan Malaysia itu sendiri.
4. Sebelum wujudnya Malaysia, wujud satu perjanjian antara United Kingdom di satu pihak dengan Persekutuan Malaya ( Federation of Malaya ) , Borneo Utara (sekarang Sabah ), Sarawak dan Singapura di satu pihak yang lain di mana perjanjian iti dikenali sebagai Perjanjian Malaysia 1963 (Malaysia Agreement 1963 ).
5. Perjanjian Malaysia 1963 melahirkan Akta Malaysia ( Malaysia Act 1963 ). Akta ini bertujuan bagi memberi kesan kepada Perjanjian Malaysia dan juga bagi meminda Perlembagaan.
6. Kita tahu Singapura keluar dari Malaysia tapi Sabah dan Sarawak kekal dalam Malaysia tapi dengan wujudnya beberapa perbezaan undang undang dan institusi perundangan dengan negeri negeri di semenanjung. Wujud juga perbezaan kuasa kuasa tertentu.
7. Maka dari situlah wujudnya pengasingan Mahkamah Tinggi Malaya dan Borneo, pengasingan profesion undang undang antara semenanjung dan Sabah dan Sarawak ( Peguam semenanjung tidak boleh amalkan amalan guaman di sana ). Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak juga diberi kuasa autonomi dan hak atas urusan imigresen .
7. Jadi di situlah puncanya kenapa berlakunya insiden Hj Mohamad Sabu dan ramai lagi pemimpin pembangkang yang dihalang masuk ke Sabah atau Sarawak kerana mereka termasuk dalam senarai persona non grata dan urusan imigresen termasuk dalam bidang kuasa Kerajaan Sarawak.
8. Untuk mengetahui apakah hak dan kuasa autonomi Sabah dan Sarawak , kita boleh lihat apa yang dipanggil 18 points Agreement yang dikemukakan oleh Sarawak dan 20 points Agreement yang dikemukakan oleh Sabah sebelum pembentukan Malaysia yang mana di dalamnya ada disebut antaranya isu autonomi dalam soal imigresen ( point no 6 ).
Wallahu 'alam
Pengerusi Kanun
Parti Amanah Negara.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena