Wednesday, 20 April 2016

[Video] 'TUN M MUNGKIN DITAHAN' selepas PRN Sarawak?

Rabu, 20 April 2016 

Zaid tak tolak Dr M ditangkap selepas pilihan raya S'wak

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim tidak menolak kemungkinan Tun Dr Mahathir Mohamad ditahan selepas pilihan raya negeri Sarawak bulan depan.
Beliau berkata demikian ketika catatan terbaru di blog semasa menceritakan sesi soal jawab dengan kira-kira 300 sukarelawan dari Parti Amanah Negara (AMANAH) di Kelantan semalam.
Walaupun menjadi pengkritik paling lantang pentadbiran BN dan dituduh menjaja pembohongan serta fitnah untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, namun bekas perdana menteri itu masih bebas untuk meneruskan kempennya.
Baru-baru ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mendedahkan bahawa Mahathir disiasat mengikut empat perkara.
Pemerhati mendakwa bahawa Putrajaya khuatir terhadap tindak balas politik, terutama di kalangan orang Melayu, jika bekas perdana menteri berusia 90 tahun itu ditahan.
Sementara itu, dalam jawapan beliau kepada soalan jika Mahathir boleh dipercayai, Zaid menjawab: “Selagi beliau bersama kita, ya kita boleh (percaya), kerana pertembungan beliau dengan Najib adalah benar dan sengit, tidak seperti serangannya ke atas Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi).”
“Saya tidak menolak kemungkinan Najib menahan beliau selepas pilihanraya negeri Sarawak.
“Tiada jalan untuk beliau kembali bersama Umno di bawah Najib. Tetapi jika beliau masuk semula Umno selepas Najib sekalipun, kita tidak rugi apa-apa kerana Umno akan musnah selepas itu,” tambahnya.
Soalan-soalan lain yang dikemukakan ialah:
Kenapa (Presiden PKR) Dr Wan Azizah Wan Ismail dan (Naib Presiden PKR) Nurul Izzah Anwar tidak bersama dalam Kempen Selamatkan Malaysia?
Mereka tidak menerima Mahathir Mohamad sebagai teraju dalam gerakan ini. Mereka tidak fikir beliau orang yang layak untuk mendesak reformasi.
Kenapa Tengku Razaleigh Hamzah sokong Najib?
Ku Li adalah ahli Umno yang hidup dan bernafas dengan Umno, jadi dia harus sokong presiden parti.
Apa akan terjadi jika Najib tidak mahu meletak jawatan?
Kita hanya terdaya melakukan apa yang dibenarkan oleh undang-undang, dan menanda tangani petisyen dan membuat tuntutan berdasarkan suara rakyat. Jika itu tidak berjaya, kita terpaksa bertempur dengan beliau dalam pilihanraya umum akan datang.
Najib seteruk itu?
Terbukti Najib sangat teruk untuk negara ini.
Sementara itu, Zaid meminta sukarelawan Amanah untuk mendapatkan 30,000 tanda tangan menyokong Deklarasi Rakyat.
Dalam ucapannya, bekas menteri Umno itu menggesa para sukarelawan masyk ke bandar-bandar dan kampung-kampung untuk mendapatkan seberapa banyak tandatangan rakyat Kelantan.
“Saya beritahu mereka betapa pentingnya untuk menanda tangani deklarasi itu. Ia mahu menunjukkan penolakan rakyat kepada pemimpin yang gagal menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik.
“Ia adalah penolakan Najib sebagai perdana menteri dan menteri kewangan, kerana tempoh beliau telah menyebabkan kerajaan rugi lebih RM40 bilion - kerugian yang terpaksa ditanggung oleh kita.
“Ia penolakan ke atas kabinet beliau kerana kecuaian, dan penjawat awam kanan dalam Kementerian Kewangan dan Perbendaharaan yang gagal memantau aktiviti 1MDB lebih enam tahun. Ia juga penolakan Umno sebagai parti politik yang gagal mempertahankan hak Melayu dan negara,” tambahnya.
Malaysiakini

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena