Friday 29 April 2016

Pemuda Amanah - Kejor Yop Skor! SYAMSUL mampu KEMBALIKAN LEGASI bola sepak Perak & Apa lagi dibuatnya 'Mantan MB' Perak neh di Sg Rokam?

Sabtu, 30 April 2016

KENYATAAN MEDIA
PEMUDA AMANAH NEGERI PERAK
28 April 2016
SYAMSUL MAMPU KEMBALIKAN LEGASI BOLA SEPAK PERAK
Prestasi terumbang-ambing Pasukan Perak The Bos Gaurus di permulaan musim ternyata menggusarkan para penyokong, ini termasuklah rekod beberapa perlawanan Liga Super yang menyaksikan pasukan tersebut gagal meraih kemenangan. Namun suasana berbeza dalam kancah Piala FA apabila Skuad Seladang berjaya mengharungi perlawanan sehingga ke peringkat separuh akhir ketika ini dan dua kemenangan berturut-turut dalam Liga Super.
Biarpun segelintir penyokong dan netizen kurang berkeyakinan dengan kemampuan Syamsul Mohd Saad untuk mengendali pasukan Perak The Bos Gaurus, namun Pemuda AMANAH Negeri Perak optimis beliau mampu untuk memimpin pasukan ini sehingga satu tahap yang membanggakan.
Bermula daripada awal muslim, kami melihat skuad Seladang menampilkan aksi yang cukup membanggakan biarpun dibarisi oleh pemain-pemain muda yang kurang berpengalaman. Namun tidak dinafikan berlakunya beberapa kekurangan yang perlu diperbaiki khususnya ketumpulan barisan serangan.
Pemuda AMANAH Negeri Perak berpandangan, antara masalah yang paling ketara adalah kegagalan pemain import untuk menyumbang kepada kekuatan pasukan khususnya di barisan serangan. Kekecawaan penyokong bermula apabila Pemain tengah Uzbekistan Oybek Kilichev gagal untuk bersama dalam pasukan biarpun telah menandatangani kontrak.
Tonggak pertahanan Thiago Junio yang merupakan ketua pasukan beraksi cemerlang dan kini menjadi pemain yang paling disayangi penyokong manakala Elias Fernandes de Oliveira serta Eric Weeks Lewis baru mula mendapat rentak dan keserasian. Prestasi awang import di bahagian serangan, Vokhid Shodiev sangat mengecewakan penyokong apabila beraksi hambar sejak perlawanan pertama. Beliau hanya mampu memnjaringkan hanya satu gol dan sering mensia-siakan peluang.
Kami sangat mengharapkan agar pihak pengurusan pengambil serius terhadap aspek pengambilan pemain import agar ia tidak merugikan pasukan serta kewangan kerana pembelian pemain import memakan perbelanjaan yang besar. Pelaburan besar pengurusan mestilah memberikan impak yang besar kepada pasukan.
Dengan pengalaman yang ada pada Syamsul Saad, Pemuda AMANAH Perak yakin beliau akan berjaya memimpin pasukan Perak dengan lebih baik selepas ini. Kami mengharapkan agar para penyokong memberikan keyakinan sepenuhnya kepada beliau untuk mengendali pasukan yang berpotensi besar ini.
Kami sangat optimis, Pasukan Seladang akan berjaya melangkah final Piala FA dan berada di tahap terbaik di dalam kancah Liga Super untuk muslim ini. Skuad yang dibarisi pemain muda yang berbakat ini akan menjadi pasukan yang digerusi oleh semua pasukan.
Ayuh! Seluruh rakyat, mari kita beramai-ramai turun ke stadium di setiap perlawanan. Sokongan padu para penyokong akan menyuntik semangat para pemain untuk memperoleh kemenangan.
Kejor Yop Skor!
MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR
Exco Pemuda,
Parti AMANAH Negara Negeri Perak
Mantan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin menyantuni masyarakat di pasar malam Sungai Rokam, Ipoh.
Beliau sentiasa menjadi perhatian walau dimana jua

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena