Jika UMNO masuk Sarawak, Adenan Satem akan kena cantas
Sungguh-sungguh Tan Sri Datuk Patinggi Adenan Satem tidak mahu UMNO masuk ke Sarawak. Sungguh-sungguhnya itu sampai beliau terpaksa ‘mengugut’ letak jawatan sebagai Ketua Menteri jika UMNO masuk ke Sarawak.
Memetik laporan media, beliau berkata “Selagi saya menjadi Ketua Menteri, mereka tidak akan datang ke sini. Jika mereka datang dan membuka cawangan, saya akan letak jawatan”. Kita tidak mahu pertikaikan jika ada kejujuran pada kenyataannya itu tetapi dalam musim pilihanraya negeri saat ini, siapapun boleh melafaz berbakul-bakul janji dan ikrar.
Yang pasti adalah, jika UMNO berjaya menapak di Sarawak, kemungkinan besar Adenan dijatuhkan terlebih dahulu.
Kita percaya rakyat Sarawak memang pantang dengan UMNO, apalagi setelah melihat contoh terdekatnya di Sabah. Segala ’keistimewaan’ dibolot parti itu sehingga tak merasa kawan-kawan parti komponen BN yang lain, termasuk untuk duduk di kerusi Ketua Menteri.
Betapa hebat pun butir janji yang diungkapkan Adenan saat ini, sampai sanggup sekat pemimpin pembangkang masuk ke Sarawak, akhirnya Datuk Seri Najib Razak juga dijunjungnya. Adenan terpaksa juga tunduk kepada Perdana Menteri sehingga membodek Najib dengan tema #SarawakforNajib.
Adenan cuba membayangkan kepada rakyat Sarawak bahawa jika majoriti kerusi BN Sarawak berkurangan dalam pilihanraya kali ini, Najib mungkin bawa masuk UMNO ke negeri itu. Sudah tentu kuasa Adenan tergugat.
Yang dia tak ceritakan kepada rakyat Sarawak ialah jika semua rakyat Malaysia bangkit ‘membuang’ Najib dalam pilihanraya umum akan datang, satu perubahan besar yang baik akan berlaku.
Yang menang ialah rakyat. Sudah tentu rakyat Sarawak pun akan turut bebas dari cengkaman politik elit dan kroni yang selama ini tak begitu pedulikan kepentingan rakyat majoriti. – Roketkini.com
0 comments:
Post a Comment