Wednesday, 27 April 2016

1MDB tiada kaitan Sarawak? Lagi mau BOHONG ka.

Rabu, 27 April 2016




Kerajaan berusaha bekal air bersih


KEMUDAHAN RAKYAT: Awang Tengah menyampaikan bekas air 20 liter kepada seorang penerima sambil diperhatikan Zahari (dua kiri), Henry (empat kiri) dan Dr Rahman (tiga kanan) di Lawas kelmarin.

KEMUDAHAN RAKYAT: Awang Tengah menyampaikan bekas air 20 liter kepada seorang penerima sambil diperhatikan Zahari (dua kiri), Henry (empat kiri) dan Dr Rahman (tiga kanan) di Lawas kelmarin.


Projek Penyahgaraman Air Masin dapat bantu penduduk pedalaman
LAWAS: Projek Penyahgaraman Air Masin yang dilaksanakan Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di lapan lokasi negeri ini merupakan satu lagi usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam menyediakan kemudahan bekalan air bersih kepada penduduk pedalaman.
Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, projek menelan belanja RM16 juta itu dikendalikan oleh pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di lokasi terlibat selepas mendapat latihan dan bimbingan daripada 1MDB.
Beliau berkata, lima projek lokasi yang telah dibangunkan ialah di Beladin (Betong), Beting Maro (Batang Lupar), Kampung Penipah dan Bruit di Daro serta Telok Melano di Sematan.
Katanya, kerja-kerja pembinaan sedang berjalan di tiga lokasi lagi iaitu Kampung Punang, Lawas; Kampung Lajong, Kuala Niah; dan Lubuk Samsun Simunjan yang dijangka siap hujung tahun ini.
“Semua projek itu yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijalankan secara berperingkat-peringkat bagi meringankan beban penduduk agar dapat menikmati kemudahan air bersih dan terawat,” katanya ketika melakukan lawatan kerja di lokasi terbabit di sini, kelmarin.
Turut hadir Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota Dr Abdul Rahman Ismail, Ketua Bahagian Perhubungan Awam 1MDB Mejar (B) Datuk Zahari Sulaiman, Setiausaha Politik Ketua Menteri Awangku Jamuddin Pengiran Kon, Pegawai Daerah Lawas Mohd Supaih Hamdan dan Jurutera Daerah JKR Lawas, Norman Jan.
Read more: http://www.theborneopost.com/2013/06/17/kerajaan-berusaha-bekal-air-bersih/

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena