Wednesday, 20 April 2016

Skandal PAN BORNEO...Khalid pula diusir dari Sarawak.

Rabu, 20 April 2016
Hebat juga kawan2 kita Mat salleh berjalan pulang ketika menyambut hari perayaan..Tahun baru,Gawai atau Krismas...
Eeh...eeh...bukan Mat Salleh..tetapi suku kaum dayak macam aku....!!!.
Dimana slogan dayak "Rakyat didahulukan".
Kekayaan Sarawak /Sabah..tiada bandingannya.Segala hasil entah kemana.Ada juga negri lain yang kekurangan hasil pendapatan...akan tetapi terkena tempias pembangunan lebih dari Swak/Sabah.Adil kah kerajaan Najib...?.
Kalau kita pergi ke daerah Machan,kenowit sarawak...anda akan lihat jalan raya menuju ke kawasan Ulu Macan.Dah siap ke belom...?.
Jambatan menyemberangi sungai Kenowit (kawasan pasar machan) pun tidak dapat disumbangkan oleh kerajaan..!!!.Sekurang kurangnya perhidmatan Ferry pun sudah mencukupi bagi kegunaan penduduk setempat..
Jalan raya luas...dan panjangnya beratus kilometer..tetapi kini ditumbuhi daun dan akal kayu Melabu..Terima kasih BN....

Page Liked · 2 hrsEdited

Itu untungny klu jilat jibby n semah.... Jilake....!

Kontraktor yg dilantik buat pan borneo adlh Buatari Yusuf abg kpd menteri jkr fadillah Yusuf...dn anak bustari Yusuf...Subky Bustari t'libat dlm skandal sebat projek...

Khalid pula diusir dari Sarawak

Khalid Samad sempat merakamkan kejadian beliau ditahan di pejabat imigresen sementara menunggu penerbangan pulang ke Kuala Lumpur malam ini.
Khalid Samad sempat merakamkan kejadian beliau ditahan di pejabat imigresen sementara menunggu penerbangan pulang ke Kuala Lumpur malam ini.
Selepas beberapa pemimpin pembangkang, aktivis dan ahli akademik dilarang masuk ke Sarawak, terbaharu Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad pula dihantar pulang daripada Lapangan Terbang Kuching petang tadi.

Menurut Penyelaras Dun Beting Maro, Andri Zulkarnaen @ Hud Abusiraj Almuner, beliau menunggu ahli parlimen Shah Alam itu selama 45 minit di lapangan terbang sebelum diberitahu Khalid dihalang masuk ke Sarawak.

Hud memberitahu, Khalid menghubunginya memaklumkan beliau dihantar pulang ke Kuala Lumpur menggunakan penerbangan yang sama.

“Saya tak sempat jumpa Khalid. Beliau sampai jam 7.55 petang tadi. Saya tunggu 45 minit tapi bayang beliau tidak kelihatan.

“Kemudian saya dapat panggilan daripada Khalid memberitahu beliau dihalang masuk dan akan dihantar pulang menaiki pesawat sama iaitu Air Asia AK5234.

“Saya minta dengan pihak imegrisen untuk bertemu tetapi gagal,” katanya ketika dihubungi Malaysia Dateline.

Menurut Hud juga, Khalid sepatutnya berada di Sarawak selama lima hari bagi menghadiri beberapa mesyuarat dan program menjelang pilihan raya negeri (PRN) Sarawak.

Setakat ini lebih 30 ahli parlimen pembangkang, aktivis dan ahli akademik termasuk seorang pemimpin Umno dihalang memasuki Sarawak.
Ia termasuk Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli dan Presiden Amanah Mohamad Sabu. Clare-Rewcastle Brown, editor Sarawak Report, juga disenarai hitam.
Minggu lalu Exco kerajaan negeri Pulau Pinang Dr Afif Bahardin dilarang memasuki Sarawak dan pemimpin Umno, Datuk Jamal Md Yunos dihalang masuk ke Sarawak.
Pada Mac lalu, Mohamad Sabu merupakan pemimpin pembangkang terawal yang dihalang masuk ke negeri itu.
Pada 17 April pula Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos juga diusir dari Sarawak.
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satim berkata larangan tersebut bagi menjaga keharmonian negeri itu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh PRN Sarawak ke-11 pada 7 Mei depan manakala hari penamaan calon pula pada 25 April.
Malaysia Dateline.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena