Saturday, 23 April 2016

Rafizi dilarang masuk ke Sabah, dihantar pulang! & "Dah 20 pemimpin pembangkang dihalang memasuki Sarawak setakat ini".

Ahad, 24 April 2016
na kala pangganas sebaliknya la pula, kalau betul apa yang sedang dijaja kini oleh Rafizi tidak benar apa mahu takut dia datang Sabah inda pun tangkap saja kamu punya Polis serta tentra kepung dan Tangkap segera si Rafizi ternyata apa yang dikata Rafizi adalah benar belaka tu pasal kamu takut dia masuk Sabah dan nda menangkap beliau, paling2 pun yang mahu dengar ucapan dia ni kami2 saja bah orang Umno mana mahu datang bah atu pasal bukan kena bagi Usin pun RM.......lain lah Umno esok ke Andus pun kena bagi RM50 seorang.

Rafizi dilarang masuk ke Sabah, dihantar pulang

Kerajaan Sabah nampaknya mengikut jejak Sarawak dalam menguatkuasakan autonomi mengenai hal ehwal imigresen untuk melarang ahli politik pembangkang dari Semenanjung ke negeri ini.
Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli ditahan oleh pihak imigresen sejurus selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu petang ini dan kemudiannya dihantar pulang.
"Dapat VIP treatment di-escort naik @AirAsia. Dpt hotseat some more, depan sekali. Ha3 courtesy of CM Sabah sbb dihalang masuk Sabah," katanya dalam Twitter.
Rafizi turut berkongsi notis larangan memasuki yang disampaikan kepadanya oleh imigresen Sabah semasa ketibaan.
Ia berbunyi: "Notis ini dikeluarkan kepada tuan untuk memaklumkan bahawa menurut Seksyen 65 (1) (a) Akta Imigresen 1959/63, Pihak Berkuasa Negeri telah mengarahkan supaya tiada pas dikeluarkan kepada tuan untuk memasuki Negeri Sabah dan pas tersebut adalah diperlukan untuk tuan memasuki Negeri ini selaras dengan kehendak seksyen 66 akta yang sama.
Rafizi, yang berlepas ke Sabah untuk menghadiri satu ceramah di Beaufort esok, berkata beliau akan menyediakan video khas untuk ceramah tersebut.
Rafizi berkata pembangkang akan berusaha untuk menangani larangan tersebut.
Lebih daripada 20 pemimpin pembangkang telah dihalang memasuki Sarawak menjelang pilihan raya Mei 7 di negeri ini.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena