Friday 30 November 2018

[Video Kisah Maszlee si penjual muruku & Waythamoorthy, Maszlee sudah dikuliahkan ke?] Lebai oh lebai! Ingat kan DAP yang samun duit TH ni? Maklumlah tiap2 hari berzikir DAP ni jahat & Tabung Haji buat laporan polis terhadap Azeez, bekas CEO.

Sabtu, 1 Disember 2018

Foto Otai BERSIH.
Ni larr muka2 Lebai yg puas hati dgn TH dulu.
Agaknya Puas Hati dpt bahagian atau pun Puas Hati ditipu oleh Azeez..?
Korang rasa mana satu yg Lebai Puas Hati?
Otai BERSIH
Ingat kan DAP yang samun duit TH ni...maklumlah tiap2 hari berzikir DAP ni jahat...
Rupanya bangsa sendiri yang jadi api dalam sekam, gunting dalam lipatan, musuh dalam selimut dan sebagainya...Takdir!!!
Ni la orang yang nak terpekik terlolong isu ICERD tu.. Duit TH pun sakau..lagi nak pertahan Melayu Umno.?? Ini namanya Shaitooonnirrajimmm..
Duit hilang satu hal yg paling pelik Walaun2 Pas ni masih percayakan parti keramat ni adalah satu2 parti yg membela rakyat kesudahan DAP yg dipersalahkan..wtf.

Tabung Haji buat laporan polis terhadap Azeez, bekas CEO

Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini membuat dua laporan polis terhadap bekas pengerusi agensi itu yang juga Anggota Parlimen Baling, Abdul Azeez Abdul Rahim.
Laporan juga dibuat terhadap bekas ketua pegawai eksekutifnya (CEO), Ismee Ismail dan Johan Abdullah.
Turut dinamakan ialah barisan pengurusan kanan iaitu Ketua Pegawai Operasi, Adi Azuan Abdul Ghani, Ketua Pegawai Kewangan Rozaida Omar, penasihat undang-undang Hazlina Mohd Khalid dan Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Korporat dan Harta Tanah, Rifina Md Ariff.
Menurut kenyataan hari ini, TH berkata laporan pertama dibuat berhubung Program Yayasan Tabung Haji 2017 melibatkan dana lebih RM22 juta.
YTH ditubuhkan pada tahun 2016 yang antara lain untuk melaksanakan bantuan kemanusiaan dan menghulurkan sumbangan kepada golongan miskin serta mereka yang memerlukan.
"Para pemegang amanah YTH ketika itu ialah Abdul Azeez, Ismee, Johan, Ali dan Rozaida," kata lembaga itu.
Laporan polis kedua dibuat terhadap Ismee, Hazlina dan Rifina berhubung tindakan menyembunyikan maklumat penting melibatkan penjualan saham TH pada 2012 sebanyak 95 peratus dalam PT TH Indo Plantations yang dipegang oleh dua anak syarikat TH - TH Indopalms Sdn Bhd dan TH Indo Industries Sdn Bhd.
"Laporan yang dibuat hari ini adalah siasatan dalaman pertama pengurusan baru yang dilantik sejak Julai 2018 terhadap transaksi masa lalu," kata lembaga itu.
Ini adalah minggu kedua berturut-turut di mana Ismee - sekutu bekas perdana menteri Najib Razak - mendapat liputan negatif media.
Minggu lalu, Ismee bersama beberapa yang lain disaman oleh Felda Global Ventures Bhd bagi mendapatkan semula RM514 juta berhubung pemerolehan Asia Plantation Ltd. (APL) pada tahun 2014.
Mk.
Read More

[Video Cameron Highlands-Awal lagi. Kita akan pilih seorang calon] Umno, MIC tak diundang ke perhimpunan agung MCA.

Sabtu, 1 Disember 2018

Umno, MIC tak diundang ke perhimpunan agung MCA

Perhimpunan Agung MCA akan diadakan hujung minggu ini dengan menyaksikan beberapa perubahan yang ketara.
Buat kali pertama, pengerusi BN tidak akan berucap di perhimpunan itu. Malah, tiada jemputan kepada rakan sekutu mereka dalam BN.
Sebaliknya, Presiden MCA Liow Tiong Lai yang akan melepaskan jawatannya akan menyampaikan ucapan pembukaan.
Selain itu, satu lagi perubahan ketara ialah sesi perbahasan bagi sayap wanita dan pemuda akan diadakan secara tertutup.
"Bagi membolehkan perwakilan kami bebas menyuarakan pandangan, tanpa sekatan dan berkongsi perasaan mereka, kami membuat keputusan untuk mengadakan perbahasan secara tertutup," kata bakal presiden MCA Wee Ka Siong.
Perwakilan MCA dijangka berbahas tentang hala tuju parti itu, termasuk keputusan untuk kekal bersama BN atau meninggalkan gabungan itu.
Selain Umno dan MIC, MCA merupakan pengasas BN ketika menubuhkan Perikatan.
Parti itu kini berada di titik paling rendah dalam sejarah penubuhannya, dengan hanya mempunyai satu kerusi di parlimen dan dua kerusi dewan undangan negeri.
Mk.
Read More

[Video ADA NIAT UNTUK BUNUH, kata Tun M] ICERD di sana di sini & #PDRM #SKMM #KDN Sila ambil tindakan tegas terhadap penghasut ini.

Sabtu, 1 Disember 2018
Foto Otai BERSIH.
Otai BERSIH
Ribuan peserta menyertai Himpunan Membantah ICERD di Masjid Tanjung Karang hari ini.
Foto Otai BERSIH.
Otai BERSIH
Rasanya kalau seramai ni tak payah pakai pembesar suara pun boleh dengar kot. Amacam walaun Pas? Kalau kt Kelantan pun mcm ni punya sambutan, agak2 cecah tak 1 juta 8hb nanti?
ICERD - PASIR PUTEH, 30 NOV 2018, Lepas Jumaat tadi.
Foto Otai BERSIH.
Otai BERSIH
Di Tangkak sebentar tdi. Himpunan Bantah ICERD. 1 juta bangsa UMNO PAS membanjiri Tangkak. Takdir!
Foto Otai BERSIH.

Otai BERSIH 
Habis lah.... mufti klate kena 'kapiorrrr' jap lagi...
Foto Otai BERSIH.
#PDRM #SKMM #KDN Sila ambil tindakan tegas terhadap penghasut ini.. Dia rasa hebat bila semua hasutan dan fitnah dia terhadap kerajaan dan pemimpin PH didiamkan. Manusia munafik..makin kuat salakan dia menghasut untuk pertumpahan darah berlaku..
Read More

[Video Mufti PP sokong perhimpunan ICERD dibatalkan] Nik Amar: Bukan tak hormat nasihat mufti tapi... & Polis tahan Papa Gomo kerana keluar kenyataan hasutan - IGP

Jumaat, 30 November 2018
Image may contain: 1 person, text
Mohd Amar Abdullah
Nik Amar lebih tinggi darjatnya dari Mufti... Walaun Pas ikut jer. Jangan cuba bantah nanti...
Otai BERSIH
Image may contain: 1 person, text
Bukan tak hormat nasihat mufti tapi...
Pas menghormati pandangan Mufti Kelantan, Datuk Mohd Shukri Mohamad yang melihat tiada keperluan untuk mengadakan himpunan kesyukuran terhadap penolakan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) 8 Disember ini.
Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, namun pihaknya mengambil pertimbangan lain yang memerlukan perhimpunan tersebut diteruskan seperti yang dijadualkan iaitu di Dataran Merdeka nanti.
“Kita menghormati pandangan mufti tapi kita ada pertimbangan lain. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri sebut apa yang berlaku (isu di Subang Jaya) itu tidak menimbulkan masalah perkauman atau agama, jadi tidak berbangkitlah. Itu masalah dalaman sahaja,” katanya selepas menyampaikan kuliah di Medan Ilmu di sini, hari ini.
Sinar Harian.

Mufti PP sokong perhimpunan ICERD dibatalkan

UTTERWORTH: Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menjelaskan himpunan aman bagi meraikan kejayaan selepas kerajaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi (ICERD), 8 Disember ini, wajar dibatalkan.
Beliau berkata, pembatalan perhimpunan berkenaan perlu dibuat bagi menjamin faktor keharmonian masyarakat majmuk di negara ini, selain pihak berkenaan perlu mengambil kira keputusan kerajaan berhubung ICERD.
“Isu ini sudah selesai dan pihak kerajaan sudah pun keluarkan kenyataan ICERD ini tak akan dilaksanakan di Malaysia kerana bercanggah dengan Perlembagaan (Persekutuan). Malah, kerajaan sudah menyatakan mereka tetap mempertahankan Perlembagaan kita.
“Ia (perhimpunan) juga perlu dibatalkan selepas mengambil kira suasana atau situasi sekarang ini dengan kejadian dan isu timbul kebelakangan ini.
“Untuk elakkan keadaan supaya tidak jadi lebih gawat, maka eloklah perhimpunan ini tak diteruskan,” katanya.
BH Online.

Polis tahan Papa Gomo kerana keluar kenyataan hasutan - IGP

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun hari ini mengesahkan polis telah menahan pengendali laman blog Papa Gomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris semalam selepas blogger itu memuat naik video berbaur hasutan di laman sosial.
Katanya tindakan serupa juga akan diambil pada mana-mana pihak yang didapati cuba menimbulkan keresahan dan ketegangan dalam kalangan masyarakat.
"Semua kena sedia maklum, (penahanan) ini ekoran kenyataan beliau yang berbaur hasutan menerusi video yang cuba menaikkan sentimen orang ramai... kita tidak mahu perkara-perkara berkaitan isu perkauman ini dibangkitkan dalam keadaan luar biasa.
"Jika kita biarkan perkara-perkara begini, ia akan menyebabkan masalah lain pula berkaitan isu keselamatan," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua Polis Perak di Ipoh, hari ini.
Mk.
Read More

[Video Waris mangsa jumpa menteri, serah 5 serpihan MH370] 'ICERD' 1 juta bangsa UMNO bersama PAS membanjiri Tangkak? Polis pantau perhimpunan untuk ahli Perkasa Ahad ini.

Jumaat, 30 November 2018
Foto Otai BERSIH.
Foto Otai BERSIH.
Di Tangkak sebentar tdi. Himpunan Bantah ICERD. 1 juta bangsa UMNO bersama PAS membanjiri Tangkak. Takdir!

Polis pantau perhimpunan untuk ahli Perkasa Ahad ini

Polis akan memantau perhimpunan yang bakal dianjurkan kumpulan pendesak Melayu, Perkasa di Jalan Raja Alang di Kuala Lumpur, pada Ahad ini, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim.
“Polis dimaklumkan pihak Perkasa akan mengadakan mesyuarat dan persidangan agung pada Ahad ini.
“Himpunan itu dibuat untuk anggota Perkasa dan polis akan pantau serta ambil tindakan sewajarnya jika menyalahi undang-undang,” katanya yang dipetik oleh Bernama, hari ini.
Satu poster bertajuk ‘Himpunan Jihad Perkasa’ yang mengajak orang ramai berhimpun di Jalan Raja Alang di Kuala Lumpur, tersebar di laman sosial sejak beberapa hari lalu.
mk.
Read More

[Video PAPAGOMO FB LIVE] Exco Pemuda Umno Sir Azri aka Papagomo dah kena REMAN di Lokap Polis Jinjang...posting fitnah dan provokasi.

Jumaat, 30 November 2018
Foto Otai BERSIH.
Foto Otai BERSIH.
Foto Otai BERSIH.
Baca dan nilaikanlah..sampai bila penghasut sebegini perlu dibiarkan untuk membakar api perkauman!
Foto Otai BERSIH.
Foto Otai BERSIH.
Otai BERSIH
Papa gomo aka Shit Azri dah kena kerana posting fitnah dan provokasi.. Alhamdulilah..!
Woww ....puluhan ribu org ber solidarity untuk Sir Azri aka Papagomo tu..😂😂
Sir Azri aka Papagomo di tangkap dan akn di reman atas Sekyen 506 KK.
Read More

[Video TERKINI! Papagomo ditahan REMAN selama beberapa hari & Papagomo: Team PERANG dah ready] Mahkamah isytihar kerusi Cameron Highlands kosong & Pilihan raya diadakan semula.

Jumaat, 30 November 2018
Team PERANG dah ready

Tok Singa & Skuad Badar beri amaran kepada DAP

No automatic alt text available.
Jualan rugi, taukey lari bini mati... 

Mahkamah isytihar kerusi Cameron Highlands kosong

 Mahkamah Pilihan Raya di Kuala Lumpur hari ini membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands, Pahang dan mengarahkan supaya pilihan raya diadakan semula.
Hakim Azizah Nawawi berkata calon DAP M Manogaran berjaya membuktikan terdapat amalan rasuah yang menyaksikan kemenangan kepada BN.
Pada pilihan raya umum ke-14 pada Mei lalu, naib presiden MIIC itu mengalahkan calon Manogaran yang mewakili Pakatan Harapan.
Sivaraj memperolehi 10, 307 undi manakala Manogaran pula 9,710. Calon PAS Wan Mahadir Wan Mahmud mendapat 3,587 dan calon PSM dan Berjasa hilang wang pertaruhan mereka. 
Pemimpin MIC itu ketika dihubungi Malaysiakini, berkata beliau akan merayu keputusan mahkamah berkenaan.
Kerusi Cameron Highlands sejak sekian lama ditandingi oleh pemimpin MIC dan menjadi kubu kuat BN.
Mk.
Read More

Thursday 29 November 2018

[Video Dah tiada isu ICERD, UNTUK APA BERHIMPUN? TS Dr Harussani: Tak perlu berhimpun & Menteri Dlm Negeri: Akta Hasutan masih berjalan] 'Pecah Amanah' RM50.43 juta, 46 dokumen kes Hasanah diserahkan kepada pembelaan & Saarani (UmnoBN) buat kesalahan jika sorok salah laku ADUN.

Jumaat, 30 November 2018
Foto Suara Rakyat.
Suara Rakyat
KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini, hari ini diberitahu sebanyak 46 dokumen berkaitan kes bekas Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Hasanah Abdul Hamid yang didakwa tuduhan pecah amanah wang telah diserahkan kepada pihak pembelaan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun maksimum 20 tahun, dan sebatan, dan boleh juga dikenakan denda. - Bernama




Saarani buat kesalahan jika sorok salah laku ADUN



Ketua pembangkang Datuk Saarani Mohamad melakukan satu kesalahan sekiranya tidak melaporkan kepada pihak berkuasa jika benar terdapat pihak yang menawarkan pelbagai habuan kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) untuk menjatuhkan menteri besar.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata ADUN Kota Tampan itu perlu membuat laporan kepada polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika benar-benar wujud salah laku sebagaimana didakwa.
"Awak (Saarani) telah cakap ada orang tawarkan, awak beritahu kita, beritahu saya, apa salah laku? Jika ada salah laku buat laporan polis atau SPRM. Kalau ada orang buat salah laku, kalau dia (Saarani) tutup itu pun satu kesalahan," katanya.
Beliau mengulas mengenai kenyataan Saarani yang mendakwa usaha menjatuhkan Ahmad Faizal oleh beberapa Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri (Exco) masih wujud.
Selain itu, Ahmad Faizal mahu Saarani memberikan jika benar terdapat Exco yang mahu menjatuhkannya menerusi undi tidak percaya.
Menteri Besar Perak itu juga meminta Saarani agar berhenti daripada terus bercakap soal politik, sebaliknya perlu fokus kepada ucapan penggulungan Belanjawan 2019 sebagai ketua pembangkang.
Mk.
Read More

[Video PERANG APA YANG BELUM TAMAT?] Sultan Nazrin berkenan menziarahi Muhammad Adib & Perkasa anjur perhimpunan lain, tak mahu terkait politik.

Jumaat, 30 November 2018

Sultan Nazrin berkenan menziarahi Muhammad Adib

Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini berkenan menziarahi Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang cedera parah ketika rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights pada Selasa.
Seri Paduka berangkat tiba di pekarangan Institut Jantung Negara (IJN) pada 9 pagi dan disambut Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Muhammad Hamdan Wahid.
Sultan Nazrin berkenan meluangkan masa hampir setengah jam menziarahi Muhammad Adib.
Dalam kunjungan itu, Seri Paduka diberi taklimat oleh doktor yang bertugas mengenai tahap kesihatan terkini Muhammad Adib disamping menghulurkan sumbangan kepada keluarga anggota bomba terbabit.
Mk.

Perkasa anjur perhimpunan lain, tak mahu terkait politik

Kumpulan pendesak Melayu, Perkasa akan menganjurkan satu perhimpunan pada Ahad ini dengan alasan untuk menekankan berkaitan isu semasa.
Setiausaha agung Perkasa Syed Hasan Syed Ali berkata, “Perhimpunan Jihad Perkasa” itu diadakan sempena Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang akan menampilkan pimpinan Perkasa seluruh negara.
“Itu perhimpunan yang kita buat ketika AGM kita, kita akan angkat sepanduk dan nak bagitahu kita ambil tahu isu semasa.
“Ada beberapa isu semasa yang kita nak tekankan dan ia akan dihadiri lebih 1,000 orang ahli Perkasa,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Mk.
Read More

[Video Isu kuil-PEGUAM KATA MENTERI PERPADUAN (Waytha Moorthy) DANGKAL] Husam tuntut kerajaan Pas-Kelantan MOHON MAAF & Bayar ganti rugi! Polis Evo 2: Pemimpin PAS kena MINTA MAAF.

Jumaat, 30 November 2018
Foto Suara Rakyat.
Saya bersyukur dengan langkah tidak semena-mena Kerajaan Kelantan menarik balik larangan memasuki Kota Darul Naim ke atas sebilangan orang termasuk saya dan Cik Gu Wan Abdul Rahim.

Ternyata langkah sekatan itu tidak bersandar kepada undang-undang. Ia adalah tindakan politik untuk mengacau hak kebebasan mangsa-mangsa serta cubaan untuk memalukan pihak terlibat.

Saya dengan ini menggesa Kerajaan Kelantan memohon maaf secara terbuka dan membayar ganti rugi atas aib yang ditimpakan kepada semua pihak berkaitan, termasuk Pengerusi Amanah Kelantan, Tuan Haji Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

Jika tidak, mungkin saman malu dan tuntutan ganti rugi boleh difailkan oleh pihak-pihak berkenaan.

Sekian.
Husam Musa
29 November 2018

Polis Evo 2: Pemimpin PAS kena minta maaf

Antara punca yang mendorong gerakan menggesa Polis Evo 2diboikot adalah disebabkan lakonan Hasnul Rahmat yang memegang watak Hafsyam atau Saif - lelaki antagonis berserban dan menggunakan Islam sebagai tunggangan.
Rasa kurang senang itu menyebabkan ada pemimpin PAS mengajak anggota parti itu memboikot filem berkenaan dan melabelnya sebagai sampah.
Ia berlaku kerana watak Saif yang dipercayai dilihat sama dengan presiden mereka.
Antara yang terawal menyebar dan mengajak rakyat untuk memboikot filem ini ialah Riduan Mohd Nor atas alasan filem itu memalitkan kejahatan dan keganasan itu berpunca daripada Islam.
Ridhuan juga memberi contoh filem Sicario 2 yang juga dianggapnya sampah lalu disamakan dengan Polis Evo 2.
Amat pelik apabila Ridhuan menyatakan Sicario 2 begitu dan daripada gaya penulisannya dia seperti sudah pun menonton filem berkenaan.
Namun untuk Polis Evo 2, Riduan melabelnya sampah hanya dengan membaca sinopsis.
Saya menyeru kepada rakyat Malaysia untuk terus menonton filem ini. Polis Evo 2 berjaya mengangkat dan menghargai jasa Polis Diraja Malaysia yang berbakti kepada negara.
Polis Evo 2 juga mengangkat pejuang Islam yang sebenar dan menunjukkan Islam itu rahmat untuk seluruh alam!

HAZMI HASSAN ialah ketua Pemuda Amanah Kelantan.
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.
Read More

[Video Deeeyyyy! Mahkamah Putuskan Pemaju One City Pemilik Sah Tapak Kuil] Mufti Kelantan gesa himpunan anti-Icerd tak diteruskan.

Jumaat, 30 November 2018

Image may contain: 1 person, text

Mufti Kelantan gesa himpunan anti-Icerd tak diteruskan

Mufti Kelantan Mohamad Shukri Mohamad menggesa himpunan kesyukuran terhadap penolakan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) yang dijadual 8 Disember ini tidak perlu diteruskan, memandangkan keadaan semasa yang agak tegang.
Beliau berkata penerusan himpunan itu hanya mengundang "hal yang tidak baik", selain kemungkinan ada pihak tidak bertanggungjawab akan mengambil kesempatan.
Walau tidak merujuk secara khusus, beliau dipercayai merujuk isu Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya yang bermula Isnin lalu.
"Dalam Islam sendiri jika kita mahu melakukan sesuatu yang perlu pertimbangkan soal baik dan buruknya.
"Jika perkara yang ingin dilakukan itu lebih banyak keburukan (menimbulkan masalah) berbanding kebaikan, mengapa ingin diteruskan (perhimpunan Icerd)," katanya seperti dipetik NST.
Katanya lagi, rasa kesyukuran atas keputusan kerajaan tidak meratifikasi konvensyen PBB itu boleh diluahkan dengan cara lain, seperti sembahyang hajat dan kesyukuran di masjid.
Himpunan itu atas kerjasama Umno dan PAS dan pada mulanya bermatlamat membantah hasrat kerajaan meratifikasinya.
Ia ditukar kepada 'himpunan kesyukuran' susulan keputusan kerajaan untuk tidak meneruskan hasrat itu.
Mk.
Read More

[Video Miskin, cacat, kahwin bawah umur faktor cicir sekolah] Menteri berhati-hatilah dan dengar nasihat PM & Ingatlah kamu (Waytha Moorthy) bukan dipilih oleh rakyat jelata, hanya Senator lantikan YDPAgong & Jangan malukan Raja kita.

Jumaat, 30 November 2018
No automatic alt text available.
Lebai kata kahwin bawah umur suatu keperluan. Melambak janda kat pantai timur tu namun untuk memperjuangkan  nafsu lebai lebih memilih budak bawah umur... 
Tumpang sekole.
Image result for P. Waytha Moorthy n Dr.Mazlee
Menteri Berhati-hati 
Menteri tolonglah berhati-hati dan dengar nasihat Perdana Menteri Mula-mula P. Waytha Moorthy, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab atas perpaduan negara dan integrasi nasional. 

Tindak-tanduk beliau dalam peristiwa keganasan di Kuil Sri Maha Mariamman rasanya tidak membantu mengukuhkan perpaduan negara dan integrasi nasional. 

Perdana Menteri sudah menasihati beliau. Tapi Perdana Menteri kita ini baik hati dan kalau beliau marah pun ada orang tak sedar. Jadi Waytha Moorthy yang belum lama kenal beliau janganlah “gung-ho” dan selesa sangat dengan kedudukan beliau. 

Ingatlah, anda bukan dipilih oleh rakyat jelata. Anda Senator lantikan Yang di-Pertuan Agong dan diangkat menjadi menteri oleh Dr Mahathir. Tolonglah jangan malukan Raja kita dan Perdana Menteri kita. Kalau YB tak puas hati boleh komen dalam blog ini. 

Kemudian Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik. Beliau pun baru saja “dikuliahkan” oleh Perdana Menteri. Saya juga bercakap dengannya melalui telefon. Saya setujulah dengan Perdana Menteri bahawa kita sudah ada banyak sekolah agama – sekolah agama kerajaan, sekolah agama negeri, sekolah agama swasta, sekolah pondok dan tahfiz – jadi tak perlulah nak “sekolahagamakan” sekolah kebangsaan. 

Kembalikanlah sekolah kebangsaan – rendah dan menengah – kepada tujuan asalnya, iaitu sebagai sekolah perpaduan untuk semua bangsa dan agama. Takkan menteri yang cerdik macam Maszlee tak tahu bahawa banyak ibu bapa bukan Melayu tidak lagi menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan kerana sekolah kebangsaan sudah jadi macam sekolah agama. 

Di pihak lain pula makin banyak ibu bapa Melayu menghantar anak mereka ke sekolah jenis kebangsaan Cina kerana mahu anak-anak mereka lebih berjaya. Saya sebut dua nama saja. Ini tidak bermakna menteri-menteri lain sudah berjaya. Cuma kali ini bukan giliran anda. 

Anggaplah saya guru pelawat tua yang duduk di belakang kelas memerhatikan tindak-tanduk dan kelakuan mereka. - A.Kadir Jasin 
Tumpang sekole.

Read More

[Video Undang-undang bina rumah ibadat akan disemak semula] SPRM soal siasat Mahdzir selama 8 jam

Jumaat, 30 November 2018
Foto Suara Rakyat.
“Lebih banyak kelab malam, spa akan dibina bagi menjadikan Malaysia sebuah hab pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan“ - Najib Razak, 26/10/2010.

“Lanjutkan waktu operasi pusat hiburan termasuk kelab malam, restoran dan pub di bandar2 utama sehingga pukul 5 pagi bagi membolehkan pelancong menikmati aktiviti malam dengan ceria” - Adnan Mansor, 17/7/2006.

#MaksiatDidahulukan

SPRM soal siasat Mahdzir selama 8 jam

Bekas Menteri Pendidikan Mahdzir Khalid disoal siasat lebih lapan jam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini, berkenaan projek tenaga solar untuk sekolah di pedalaman Sarawak bernilai RM2.5 bilion.
Difahamkan beliau yang juga naib presiden Umno hadir ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya kira-kira pukul sepuluh pagi tadi, dan hanya meninggalkan bangunan itu pada pukul 6.30 petang.
Beliau dijangka hadir semula pada pukul sembilan pagi esok untuk sesi soal siasat yang seterusnya.
Beliau pertama kali ke SPRM berhubung isu itu pada 16 Oktober lalu dan disoal siasat selama lima jam.
Isteri bekas perdana menteri, Rosmah Mansor dan bekas pembantunya Rizal Mansor telah berdepan sejumlah pendakwaan berhubung projek itu.
Pada 10 Jun lalu, bekas perdana menteri Najib Razak didakwa mengarahkan Kementerian Pendidikan pada Januari 2017 agar menganugerahkan kontrak projek hibrid solar di 369 sekolah di negeri itu - bernilai RM1.25 bilion - kepada sebuah syarikat.
Namun dilaporkan peratusan siap projek itu jauh lebih rendah berbanding sasaran 51 peratus yang sepatutnya dilaksanakan setakat 15 Mei lalu.
Mk.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena