Friday, 30 November 2018

[Video Mufti PP sokong perhimpunan ICERD dibatalkan] Nik Amar: Bukan tak hormat nasihat mufti tapi... & Polis tahan Papa Gomo kerana keluar kenyataan hasutan - IGP

Jumaat, 30 November 2018
Image may contain: 1 person, text
Mohd Amar Abdullah
Nik Amar lebih tinggi darjatnya dari Mufti... Walaun Pas ikut jer. Jangan cuba bantah nanti...
Otai BERSIH
Image may contain: 1 person, text
Bukan tak hormat nasihat mufti tapi...
Pas menghormati pandangan Mufti Kelantan, Datuk Mohd Shukri Mohamad yang melihat tiada keperluan untuk mengadakan himpunan kesyukuran terhadap penolakan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) 8 Disember ini.
Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, namun pihaknya mengambil pertimbangan lain yang memerlukan perhimpunan tersebut diteruskan seperti yang dijadualkan iaitu di Dataran Merdeka nanti.
“Kita menghormati pandangan mufti tapi kita ada pertimbangan lain. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri sebut apa yang berlaku (isu di Subang Jaya) itu tidak menimbulkan masalah perkauman atau agama, jadi tidak berbangkitlah. Itu masalah dalaman sahaja,” katanya selepas menyampaikan kuliah di Medan Ilmu di sini, hari ini.
Sinar Harian.

Mufti PP sokong perhimpunan ICERD dibatalkan

UTTERWORTH: Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menjelaskan himpunan aman bagi meraikan kejayaan selepas kerajaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi (ICERD), 8 Disember ini, wajar dibatalkan.
Beliau berkata, pembatalan perhimpunan berkenaan perlu dibuat bagi menjamin faktor keharmonian masyarakat majmuk di negara ini, selain pihak berkenaan perlu mengambil kira keputusan kerajaan berhubung ICERD.
“Isu ini sudah selesai dan pihak kerajaan sudah pun keluarkan kenyataan ICERD ini tak akan dilaksanakan di Malaysia kerana bercanggah dengan Perlembagaan (Persekutuan). Malah, kerajaan sudah menyatakan mereka tetap mempertahankan Perlembagaan kita.
“Ia (perhimpunan) juga perlu dibatalkan selepas mengambil kira suasana atau situasi sekarang ini dengan kejadian dan isu timbul kebelakangan ini.
“Untuk elakkan keadaan supaya tidak jadi lebih gawat, maka eloklah perhimpunan ini tak diteruskan,” katanya.
BH Online.

Polis tahan Papa Gomo kerana keluar kenyataan hasutan - IGP

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun hari ini mengesahkan polis telah menahan pengendali laman blog Papa Gomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris semalam selepas blogger itu memuat naik video berbaur hasutan di laman sosial.
Katanya tindakan serupa juga akan diambil pada mana-mana pihak yang didapati cuba menimbulkan keresahan dan ketegangan dalam kalangan masyarakat.
"Semua kena sedia maklum, (penahanan) ini ekoran kenyataan beliau yang berbaur hasutan menerusi video yang cuba menaikkan sentimen orang ramai... kita tidak mahu perkara-perkara berkaitan isu perkauman ini dibangkitkan dalam keadaan luar biasa.
"Jika kita biarkan perkara-perkara begini, ia akan menyebabkan masalah lain pula berkaitan isu keselamatan," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua Polis Perak di Ipoh, hari ini.
Mk.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena