Monday, 26 November 2018

[Video G3 Azwanddin Presiden JMM tabur fitnah & cuba menghasut "Saya rindu 13mei69 & Saya rindu DARAH bangsa DAP?"] 3 wanita Saadatul Nafisah, Nor Salwani dan Dr. Madinah wajar diberi PENGHARGAAN! Rusuhan kaum: Hakikatnya, kita sama-sama kalah! Mengapa NGO Pro Umno, amat gemar bercakap pasal 13 Mei?

Selasa, 27 November 2018
Atas tahap integriti yang tebal membuatkan Saadatul Nafisah menyimpan salinan asal penyelewengan 1MDB Najib Razak.
Tumpng sekole.

TIGA WANITA YANG WAJAR DIBERI PENGHARGAAN

Sebagaimana dilaporkan media, di sebalik terdedahnya arahan yang dibuat oleh Najib Razak untuk meminda laporan audit 1MDB yang jelas ianya adalah satu bentuk salah laku dan pengkhianatan kepada negara, segala-galanya bermula dengan hati berani seorang wanita.

Nama wanita berkenaan ialah Saadatul Nafisah yang ketika berlakunya kejadian arahan meminda laporan audit itu berjawatan sebagai Pengarah Sektor Audit Kerajaan di Jabatan Audit Negara.

Meskipun setelah pindaan sebagaimana yang telah diarahkan oleh Najib itu telah disempurnakan dan beliau kemudian diarah untuk memusnahkan salinan asal tersebut, Saadatul Nafisah yang peranannya menjalankan kerja-kerja audit serta menyediakan laporan audit 1MDB, telah memilih menjadi berani dengan menidakkan arahan yang diberi kepadanya itu.

Beliau sebaliknya menyimpan satu salinan asal yang belum dipinda itu dalam simpanannya.

Apabila bersara kemudiannya, beliau menyerahkan salinan asal tersebut kepada pengganti yang mengambil alih jawatannya iaitu Nor Salwani.

Nor Salwani terus menyimpan salinan itu sehinggalah selepas itu beliau menyerahkannya kepada Dr. Madinah Mohamad yang dilantik menjadi Ketua Audit Negara yang baru menggantikan Ambring Buang pada 23 Februari 2017.

Walaupun memiliki salinan asal yang tidak dipinda itu, Dr. Madinah sedar beliau tidak mungkin dapat berbuat apa-apa pada waktu itu kerana pentadbiran kerajaan masih dikuasai oleh Najib dan mereka yang sedia bersekongkol dengannya.

Hanya apabila BN tumbang pada 9 Mei lalu dan teraju kerajaan bertukar tangan, barulah Dr. Madinah memaklumkan kepada PAC bahawa laporan audit yang dibentangkan kepada badan itu adalah laporan yang sudah diubahsuai.

Pada 23 November lalu, Dr. Madinah juga telah membentangkan laporannya kepada Kabinet berkaitan rentetan peristiwa pengubahsuaian laporan audit 1MDB itu serta mendedahkan mereka yang terlibat bersama menjayakan arahan salah laku Najib itu.

Bermakna, tanpa keberanian ketiga-tiga wanita di atas, segala salah laku, penyelewengan dan pengkhianatan Najib tidak mungkin akan tersedah kepada pengetahuan kita semua.

Tanpa jiwa berani dan hati cekal mereka juga, segala-galanya mungkin akan terus tersembunyi daripada pengetahuan rakyat sehingga ke hari ini.

Yang lebih menarik, Dr. Madinah adalah merupakan isteri kepada Ketua UMNO Bahagian Kepong, Rizuan Abd Hamid yang pernah berucap berdegar-degar di Perhimpunan Agung UMNO menyatakan kesediaan untuk mati mempertahankan Najib.

Ternyata dalam hal ini, isteri Rizuan sendiri tidak sanggup mati bersama-sama suaminya untuk membela serta melindungi Najib yang terbukti melakukan salah laku.

Maka, ketiga-tiga wanita ini sepatutnya diberikan penghargaan dan pengiktirafan yang sewajarnya atas sumbangan mereka membongkar satu lagi penyelewengan di peringkat tertinggi kerajaan yang diketuai oleh Najib. (ShahbudinHusin 27/11/2018)

Rusuhan kaum: Hakikatnya, kita sama-sama kalah

Bila bercakap pasal 13 Mei yang dimaksudkan ialah tragedi berdarah 13 Mei 1969. Kita tahu itu semua.
Dewasa ini, segelintir orang Melayu khususnya ahli dan terutamanya pemimpin parti, termasuk juga anggota beberapa Badan Bukan Kerajaan pro Umno, amat gemar bercakap pasal 13 Mei.
Walaupun 49 tahun sudah berlalu, namun mereka kerap bercakap mengenainya. Mengapa?
Namun hakikatnya kedua-dua bangsa - Cina dan Melayu - jadi korban.
Hakikatnya tiada siapa yang menang. Kita sama-sama kalah.

MOHSIN ABDULLAH ialah seorang wartawan tua yang menulis mengenai itu dan ini, di sana dan di sini.
Mk.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena