Friday 23 November 2018

[Video Polis panggil 9 individu termasuk Zahid, Waytha, Azwanddin & Fitnah DAHSAT Rasis Azwanddin Pengerusi JMM/G3, ajak asah PARANG, asah KERIS!] Fitnah! Seorang demi seorang akan/telah dibawa kemuka pengadilan & Lim: Ada pelampau guna Icerd hasut orang Melayu! Perkasa: Berang akhirnya bertukar syukur.

Jumaat, 23 November 2018

Foto Suara Rakyat.
Dari awal lagi Tun M & k'jaan PH dah bagitau Malaysia tidak akan meratifikasi ICERD, tapi masih berdegil nak bantah gak, memainkan sentimen api perkauman & agama dalam negara demi meraih undi sokongan & simpati rakyat di atas kekalahan mereka dalam PRU14...

HAKIKATNYA, kabinet hari ini secara sebulat suara bersetuju k'jaan PH tidak akan meratifikasi ICERD !!
Apa dah jadi..? PAS Selangor dah keluar arahan WAJIB beli T-shirt. Anti ICERD yang dikeluarkan mereka... bekas2 tabung dah ready nak kutip duit... TAK BELI BERDOSA !
Kah355..
Foto Otai BERSIH.

Foto Otai BERSIH.
Otai BERSIH
UNTUK SEBARAN UMUM..
Seorang demi seorang akan akan/telah dibawa kemuka pengadilan atas dakwaan fitnah.
Peringkat awal bukan main garang dan tegas lagi kononnya apa yang didakwa itu adalah betul. Kesan dari fitnah dan dakwaan mereka telah merebak kepada penyokong peringkat bawah. Komuniti kampung telah pecah kepada beberapa kelompok manusia yang termakan fitnah dan sebaran yang telah dibuat.
Antara pimpinan PAS yang diheret ke muka pengadilan dan tersungkur dengan pengesahan mahkamah sebagai pemfitnah terdiri dari antaranya Razman, Masri, dan hari ini Dr Kamarul Zaman.
Hj Hadi pernah diheret ke mahkamah dan pihak mahkamah membebaskan beliau atas dasar teknikal yang beliau tidak menamakan orang menyamannya namun mahkamah mengesah satu Fitnah dari Hj Hadi telah berlaku.
Kepada yang lain yang telah dan bercadang untuk berseronok dengan fitnah,pastikan anda ada banyak masa dan wang menghadapinya.
Silakan jika memenuhi kriteria itu.

Lim: Ada pelampau guna Icerd hasut orang Melayu

Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengingatkan masyarakat Cina supaya berhati-hati terhadap golongan pelampau yang menghasut orang Melayu menggunakan isu pengiktirafan Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd).
Dalam suatu wawancara bersama akhbar berbahasa Cina, Lim mendakwa terdapat parti politik dan beberapa individu dengan niat jahat telah memainkan sentimen masyarakat Melayu menggunakan isu Icerd.
Menurut Lim, sentimen itu bertujuan mengerahkan kehadiran orang ramai dalam perhimpunan anjuran bersama PAS dan Umno bagi membantah konvensyen PBB itu pada 8 Disember ini.
"Walaupun kerajaan tidak akan menghentikan perhimpunan itu, sesuatu perhimpunan itu perlu dijalankan secara aman dan tidak patut berasaskan pembohongan," katanya.
Beliau memaklumkan sesetengah pihak cuba menghubungkan Icerd dengan nasib dan masa depan kelangsungan hidup masyarakat Melayu di negara ini walaupun ia tidak ada kaitan.
Lindungi kedudukan politik
"Malahan kami tertanya-tanya kenapa isu ini tiba-tiba muncul entah dari mana kerana ia bukan isu ketika pilihanraya umum ke-14 lalu," katanya.
Lim mendakwa beliau sedar orang Melayu dihasut selepas sebuah video menuduh beliau mengalihkan dana peruntukan pelajar Melayu kepada kuil telah menjadi tular.
"Seseorang dengan niat jahat memainkan isu-isu ini (Icerd dan hal-hal perkauman) bagi melindungi kedudukan politiknya.
"Ada pihak yang tidak dapat membuang label rasuah dan ada pihak yang mahu menutup kegagalannya dalam menguruskan kewangan, jadi mereka memainkan sentimen pelampau untuk mengalihkan perhatian," katanya tanpa menamakan mana-mana pihak.
Justeru, bekas ketua menteri Pulau Pinang itu menasihatkan orang Cina supaya memahami perkembangan dalam masyarakat Melayu ini.
"Oleh yang demikian, orang Cina perlu memahami perkembangan dan perubahan di dalam masyarakat Melayu... mereka perlu berhati-hati sehinggalah selepas (perhimpunan) 8 Disember ini.
"Walaupun (perhimpunan itu) tidak disasarkan secara langsung kepada masyarakat Cina tetapi kami perlu berhati-hati... kerana apabila dikatakan ini isu penerusan kelangsungan hidup (Melayu) maka komuniti lain juga akan menjadi sasaran juga," katanya.
Beliau berkata keadaan perlu diredakan tetapi tidak menghalang sesiapa pun daripada terus menyuarakan pandangan mengenai Icerd.
Penganjur perhimpunan membantah Icerd yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 8 Disember ini menjangkakan kehadiran 500,000 peserta.
Pejabat Perdana Menteri hari ini mengeluarkan kenyataan menjelaskan pendirian kerajaan untuk tidak meratifikiasi Icerd.
Dalam mesyuarat kabinet, Lim berkata jemaah menteri membuat keputusan mengenai Icerd berdasarkan persetujuan bersama selepas mendengar semua pandangan.
Setiausaha Agung DAP itu tidak menjawab ketika ditanya pendirian parti itu mengenai Icerd.
Mk.

Demo anti-Icerd Perkasa: Berang akhirnya bertukar syukur

Foto Otai BERSIH.
“Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar!”
Itu reaksi spontan Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali sebaik sahaja menerima keputusan kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk tidak meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (Icerd).
Beliau melaungkan takbir selepas mendapat tahu keputusan terbaru kerajaan itu, kira-kira 30 minit selepas perhimpunan anti-Icerd anjurannya di Petaling Jaya selesai.
Ketika itu, Ibrahim dan penyokongnya baru sahaja selesai berhimpun dan menuju ke sebuah kedai makan.
Sejurus mendapat “berita baik itu”, Ibrahim terus mencapai pembesar suara dan mengumumkan perkembangan berkenaan serta melaungkan takbir.
Keputusan itu juga menyebabkan penyokong PERKASA bertepuk tangan dan tersenyum gembira.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena