Tuesday 27 November 2018

[Video Kita sedang buru orang yang cederakan Adib] KDN: Ada maklumat baru perusuh cederakan bomba & Polis cuba suraikan kumpulan kecil sekitar kuil Seafield malam tadi.

Rabu, 28 November 2018

KDN: Ada maklumat baru perusuh cederakan bomba

Pihak berkuasa mendapat maklumat terbaru yang dipercayai dapat membantu mengenal pasti pasti individu yang bertanggungjawab mencederakan anggota bomba dalam insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Putra Heights, awal pagi tadi.
Menyatakan demikian, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman berkata pihaknya sedang memburu mereka yang terlibat dan tidak akan berkompromi dalam usaha menyelesaikan masalah tersebut.
"Kita tengah memburu mereka yang telah mengakibatkan anggota kita cedera. Kita ada sesuatu, saya pun baru dapat maklumat tadi. Adalah benda-benda yang akan kita siasat.
"Kita akan ambil tindakan tegas … Apa yang telah berlaku melebihi had yang sepatutnya," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita ketika ditemui di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) selepas melawat Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, anggota bomba dari Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Subang Jaya yang cedera parah akibat dipukul sekumpulan lelaki dalam rusuhan itu.
Bernama / Mk.

Polis cuba suraikan kumpulan kecil sekitar kuil Seafield

Menjelang tengah malam, polis cuba menyuraikan sekumpulan kecil kira-kira 60 individu yang berkumpul berhampiran kuil Seafield Sr Maha Mariamman di Subang Jaya yang menjadi lokasi rusuhan dua hari berturut-turut.
Kumpulan berbaju hitam itu berkumpul di jalan berhampiran kira-kira 50 meter dari kuil yang dipisahkan Lebuhraya LDP.
Mereka menjelaskan bahawa kehadiran mereka bukan untuk mencetuskan kekacauan.
"Kita datang sini bukan nak serang kuil, tempat orang sembahyang. Tidak. Kita datang sini nak tunjuk betapa kita orang Melayu semua, jangan pijak orang Melayu. Jangan pijak kita, jangan paksa kita. Itu saja.
"Kita nak tunjuk pada mereka. Mereka pukul orang awam, kita tidak akan pukul orang awam, kita tak akan serang. Kita ada akal.
"Kita datang sini nak buat apa? Kita nak berhimpun secara aman, itu saja yang kami nak," kata salah seorang dari kumpulan itu.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena