Thursday, 29 November 2018

[Video PERANG APA YANG BELUM TAMAT?] Sultan Nazrin berkenan menziarahi Muhammad Adib & Perkasa anjur perhimpunan lain, tak mahu terkait politik.

Jumaat, 30 November 2018

Sultan Nazrin berkenan menziarahi Muhammad Adib

Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini berkenan menziarahi Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang cedera parah ketika rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights pada Selasa.
Seri Paduka berangkat tiba di pekarangan Institut Jantung Negara (IJN) pada 9 pagi dan disambut Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Muhammad Hamdan Wahid.
Sultan Nazrin berkenan meluangkan masa hampir setengah jam menziarahi Muhammad Adib.
Dalam kunjungan itu, Seri Paduka diberi taklimat oleh doktor yang bertugas mengenai tahap kesihatan terkini Muhammad Adib disamping menghulurkan sumbangan kepada keluarga anggota bomba terbabit.
Mk.

Perkasa anjur perhimpunan lain, tak mahu terkait politik

Kumpulan pendesak Melayu, Perkasa akan menganjurkan satu perhimpunan pada Ahad ini dengan alasan untuk menekankan berkaitan isu semasa.
Setiausaha agung Perkasa Syed Hasan Syed Ali berkata, “Perhimpunan Jihad Perkasa” itu diadakan sempena Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang akan menampilkan pimpinan Perkasa seluruh negara.
“Itu perhimpunan yang kita buat ketika AGM kita, kita akan angkat sepanduk dan nak bagitahu kita ambil tahu isu semasa.
“Ada beberapa isu semasa yang kita nak tekankan dan ia akan dihadiri lebih 1,000 orang ahli Perkasa,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Mk.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena