Monday, 26 November 2018

[Video Tindakan tegas PDRM kepada perusuh di kuil] LOGIK Tok Lebai-Nak berdemo jugak! Dah sewa bas & beli baju katanyaaa? Polis jamin cari dalang cetus ketegangan.

Selasa, 27 November 2018
Foto Suara Rakyat.
Patutlah Lebai degil nak berdemo jugak, rupa-rupanya..
Nak elak kerugian dan kekecewaan bakal ditanggung penganjur dan peserta... ðŸ˜‚
#Kah355 #PembangkangTetapBengang

Polis jamin cari dalang cetus ketegangan

Polis memberi jaminan kepada kerajaan Selangor untuk melakukan siasatan rapi berhubung kekecohan yang berlaku di kawasan kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya awal pagi tadi.
Menteri Besar Amirudin Shari berkata beliau menghubungi ketua Polis Selangor Mazlan Mansor dan sudah diberikan jaminan bahawa siasatan itu akan dilakukan secara menyeluruh.
Katanya tindakan sewajarnya akan diambil selepas ia diselesaikan.
"Saya mengecam sebarang tindakan biadab dan melampaui batas undang-undang sekali gus mencetuskan keresahan penduduk setempat dan rakyat Selangor.
Semua pihak perlu bertenang serta tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan yang bersifat perkauman, kebencian dan menghasut.
"Kerajaan negeri tidak akan berkompromi dengan sebarang anasir yang mahu menggugat ketenteraman dan keamanan yang dinikmati rakyat negeri ini," katanya.
Sementara itu Anggota Parlimen Kota Raja Mohamad Sabu berkata isu berkenaan boleh ditangani secara baik dan mengikut peraturan negara.
"Dengan kebijaksanaan semua pihak saya yakin perkara ini boleh diselesaikan melalui meja rundingan dengan mengambil langkah terbaik bagi kepentingan semua pihak," katanya yang juga menteri pertahanan.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena