Monday 26 November 2018

[Video Guan Eng KECAM Najib 'Tak Tau Duit Lebihan GST' & Hanya dia seorang sokong 1MDB] Satu2nya pemimpin Umno masih nak PERTAHANKAN PENIPUAN Arul Kanda, Najib & 1MDB? 1MDB: Penafian pembangkang seolah burung unta sumbat kepala dalam pasir.

Selasa, 27 November 2018

Related image
Foto Suara Rakyat.
WOWW! Semenjak balik 'meeting' dengan PAS dekat Pasir Salak hari tu, Ahmad Maslan pun dah berjangkit #PuasHati percaya Arul Kanda?
#Kah355
Dedak jenis apa yg diberi kpd Ahmad Maslan?
1MDB: Penafian pembangkang seolah burung unta sumbat kepala dalam pasir
1MDB: Penafian pembangkang seolah burung unta sumbat kepala dalam pasir

Kerajaan akan ‘mencari sampai ke lubang cacing’ untuk membongkar skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) demi memberikan keadilan kepada rakyat.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata penyelewengan dana syarikat tersebut telah pun dibongkar banyak pihak dan pembangkang tidak harus lagi menafikannya.

“Jika pembangkang tak nak akui ini, saya rasa ini tidak menjalankan tanggungjawab dan tidak menjalankan tugas sebagai ahli Parlimen kepada rakyat Malaysia,” katanya semasa menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ronald Kiandee (BN-Beluran) bertanyakan sama ada trade misinvoicing telah menyebabkan pengaliran keluar wang haram di Malaysia pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas lanjut Lim berkata ia cuma antara faktor, manakala semua pihak tidak harus menafikan bahawa punca lain seperti amalan rasuah dan skandal 1MDB yang telah membawa kepada masalah aliran keluar wang haram sehingga menyebabkan keparahan kedudukan fiskal negara.

Beliau turut menempelak pembangkang dan menyifatkan mereka sebagai burung unta yang menyembunyikan kepala di dalam pasir kerana masih tidak dapat berdepan dengan realiti skandal tersebut.

“Pembangkang tidak boleh menafikan adanya skandal 1MBD,” katanya yang menyebabkan Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) mencelah dan mendakwa jawapan Lim itu tidak mempunyai fakta.

Ini menyebabkan Lim menjawab: “Itu masalah orang yang tak nak berdepan dengan realiti dan hakikat. You are just like ostrich in the sand. See no evil, hear no evil, speak no evil.

“Jangan lari dari kenyataan sedemikian, apa yang berlaku adalah satu skandal maha besar. Banyak pembongkaran sudah dijalankan, tapi tak nak diakui pihak tertentu. Tapi tak apa, baik di mahkamah ataupun dalam Dewan ini, kita akan cari sampai lubuk cacing kalau perlu untuk memberikan keadilan kepada rakyat Malaysia.
Katanya, punca utama aliran wang haram dari Malaysia ialah seperti pelarian cukai pendapatan, pelarian cukai dan duti kastam, penyeludupan barangan larangan, pengaliran keluar tunai secara haram dan penyalahgunaan subsidi barangan.

“Penemuan GFI ke atas aliran wang haram dari Malaysia boleh memburukkan persepsi awam terhadap rasuah dalam negara,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena