Sunday, 25 November 2018

[Video Dulu Melayu JADI TUAN di Tanah Melayu & Jangan jadi PM Melayu Kleptokrasi] Mengapa 'Kelompok Serban dan Janggut' menyokong kleptokrasi & BETOI ka, hakikat 'SIAL' Umno tumbang hari ini di Putrajaya sebab bersama Pas? 'Pinda' audit 1MDB: Parlimen patut disiplinkan Najib.

Isnin, 26 November 2018
Image may contain: one or more people and text
Sapa makan cili dia rasa pedasnya... 
Pemimpin Pas pakat marah dengan ucapan Anwar Ibrahim menyentuh soal Kelompok Serban dan Janggut yang menyokong kleptokrasi.. Walhal Anwar dalam ucapannya tak sebut Pas pun, Anwar juga menyentuh kelompok yang punya deretan Sarjana yang menyokong pemimpin Korup... 

Sebelum ni depa perasan wajah Pengganas dalam Polis Evo 2 ditujukan kepada puak mereka dan minta seluruh Ummat Islam bangkit kerana menghina Islam.. Kata Kelompok Ularmak Pas, mereka lupa siapa dulu yang membela Anwar.. adalah kelompok serban.. 

Ni Aku nak betulkan.. Masa Anwar dizalimi.. Yang membela Anwar dibela pemimpin Pemimpin Pas mempunyai fikrah yang ada dalam Amanah hari ini.. Al-marhum Ustaz Fadzil, TG Nik Aziz, Mat Sabu, Mahfuz, Husam, Salahuddin Ayub antara watak menggerakkan Reformasi.. 

Kalau takat terbit buku Qazaf nak Popularkan diri sendiri dalam waktu yang sama seorang pendendam kepada Anwar, lepas tu mereka ini perasan besar sangat jasa depa.. berhentilah, Itulah sebahagian Taqiyyah kelompok Khawarij seperti Taqiyyah kelompok ustaz yang meraih hasil di masjid-masjid di Selangor dulu tetapi menyemai kebencian kepada kerajaan PH... 

Kalaulah bersama pemimpin Pas hari ini, dengan bersama mereka mempunyai "tuah".. Hakikatnya "sial" Umno tumbang hari ini di Putrajaya sebab bersama Pas dan Pas sendiri tumbang seluruh Negara kecuali pantai timur yg dibantu kerjasama dgn Umno... 

Apakah ketika itu yg menggerak kan reformasi Nama Mokhtar Senik, Tantawi, Azli Taliban, Takiri, Zawawi. Nik Abduh ? Dusuki? Nama ni dulu menyorok kat Rumah.. Besar lagi Jasa Anwar menangkan Terengganu sampai Hadi berpeluang jadi MB Terengganu sepenggal.. 

Betul lah... Apa yang diceritakan di dalam Polis Evo 2, dan apa yang dsampaikan Anwar memang "real" itulah kelompok Jahat, Ulamat Jahat, Kelompok Takfiri dan Khawarij yg wujud dalam Pas hari ini.. Jadi kami pun tak merasa hairan jika Pas melompat marah.. sebab itulah Hakikatnya. - Ahmad Muslim Badawi Badawi
Tumpang sekole. 
Najib juga arah sendiri laporan audit 1MDB dipinda...

'Pinda' audit 1MDB: Parlimen patut disiplinkan Najib, kata Kit Siang

Parlimen patut merujuk bekas perdana menteri Najib Razak kerana didakwa meminda laporan Jabatan Audit Negara mengenai 1MDB sebelum ia dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat, gesa pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.
Hal ini susulan kenyataan Ketua Audit Negara Madinah Mohamad yang menyebut Najib dan beberapa orang lain telah mengarahkan untuk memadam beberapa bahagian dalam laporan itu.
"Ini merupakan pendedahan yang paling mengejutkan dan penyalahgunaan kuasa secara mutlak yang menyerang asas integriti parlimen dan patut dipandang paling serius oleh semua rakyat Malaysia, khususnya ahli-ahli parlimen.
"Sekiranya dibuktikan Najib telah mengubah laporan bekas ketua audit negara mengenai 1MDB, maka terpulanglah kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen untuk mencadangkan kepada Parlimen hukuman yang patut dijatuhkan kepada Najib," kata Lim dalam ucapannya semalam.
Selain bahagian yang menyebut ahli perniagaan Low Taek Jho, pentadbiran BN turut mengarahkan beberapa lagi pindaan dibuat terhadap laporan audit 1MDB, kata ketua audit negara.
Ia termasuklah perenggan berkenaan penyata kewangan 1MDB bagi 2014 yang diarahkan sendiri oleh bekas perdana menteri Najib Razak.
Madinah berkata, Najib membuat arahan itu dalam mesyuarat pada 22 Februari 2016, yang turut dihadiri bekas ketua setiausaha negara Dr Ali Hamsa, bekas ketua setiausaha sulit perdana menteri Shukry Salleh dan bekas ketua audit negara Ambrin Buang.
"Bekas perdana menteri telah mengarahkan pengguguran perenggan yang mengandungi dua versi penyata kewangan 1MDB bagi tahun berakhir 2014, dan mengarahkan siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa.
"Pada 23 Februari (keesokannya), dalam mesyuarat di pejabat ketua setiausaha negara yang dihadiri Ali, Shukry dan Ambrin, pasukan audit 1MDB dimaklumkan kerajaan telah mengkategorikan laporan akhir itu sebagai satu krisis," katanya
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sedang menyiasat dakwaan meminda laporan 1MDB ini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena