Monday, 26 November 2018

[Video Ini bukan kedai kopi, Speaker tegur MP Lenggong] Teknik Menyuraikan Rusuhan Yang di Gunakan FRU Malaysia & Kekuatan 1 Platun FRU seramai 91 orang - 18 X Koperal (Infantri kaki pukul) & 36 X Konstabel (Infantri kaki pukul)! Demo Icerd, Freemason dan baju T Icert & Hukum wajib beli..Masyukkkk.

Isnin,, 26 November 2018
Foto Otai BERSIH.
Teknik Menyuraikan Rusuhan Yang di Gunakan Oleh FRU Malaysia
1. Amaran

Pegawai Polis FRU akan memberikan amaran kepada perusuh dalam jarak 100 meter yang berbunyi " Bersurai serta merta atau kami ( FRU ) akan suraikan anda dengan kekerasan!” arahan ini di berikan sebanyak lebih dari 3 kali dengan pelbagai bahasa yang mudah di fahami oleh kumpulan haram itu 

2. Tembakan Gas Pemedih Mata

Sekiranya perusuh itu enggan bersurai, maka pegawai polis FRU akan mengangkat bendera kuning iaitu bertujuan mengarahkan satu seksyen senapang gas untuk mara kehadapan dan melancarkan tembakan gas pemedih mata dalam jarak 100 meter dari kumpulan haram.

3. Tindakan Semburan Air Water Cannon ( Lori Meriam Air )

Sekiranya perusuh itu enggan bersurai maka pegawai polis FRU akan mengarahkan Lori Water Cannon untuk mara ke perusuh dan melepaskan air bercampur gas. Adakalanya Lori Water Cannon akan menggunakan air berwarna dan tembak ke arah perusuh dan ini memudahkan anggota polis biasa menangkap perusuh yang telah di sembur tadi. Teknik ini pernah di gunakan semasa Reformasi Jalanan 1998.

4. Tindakan Paluan Perisai

Sekiranya perusuh itu enggan bersurai, Pegawai Polis FRU akan mengarahkan 2 seksyen anggota infantri FRU mara beramai – ramai kehadapan sambil memukul ( Palu ) perisai dengan belantan bertujuan menakutkan perusuh. Teknik ini pernah juga diguna pakai semasa Reformasi Jalanan 1998.

5. Tindakan Balingan Bom Asap

Apabila 2 seksyen infantri FRU telah rapat dengan perusuh tersebut dan perusuh itu pula enggan bersurai, maka Pegawai Polis FRU akan menganggkat bendera hijau dan beberapa anggota FRU yang di tugaskan membawa bom asap akan melepaskan bom asap dengan cara balingan ke arah perusuh itu tadi dan kemudian 2 seksyen infantri FRU tadi akan berpecah kepada 2 kumpulan dan lari ke belakang semula.

6. Tindakan Cota ( mengunakan pukulan belantan )

Sekiranya perusuh tadi enggan bersurai maka Pegawai Polis FRU akan mengarahkan 2 seksyen infantri FRU tadi mara semula kehadapan sehingga rapat dengan perusuh dan sarjan FRU setiap seksyen akan mengarahkan anggota FRU serang perusuh mengunakan cota atau belantan dan memukul perusuh yang enggan bersurai. Tindakan ini pernah di gunakan semasa rusuhan – rusuhan sehingga era 90 an.

7. Tembak Menggunakan Peluru Hidup

Ini merupakan tindakan yang terakhir sekali sekiranya perusuh enggan bersurai dan rusuhan menjadi lebih dasyat, maka pegawai Polis FRU berkuasa mengangkat bendera merah dan menandakan tembakan akan bermula dan 1 seksyen anggota FRU yang membawa senjata M16 akan mara kehadapan dan melakukan tindakan tembak dengan arahan dari Pegawai Polis FRU tadi.Tindakan ini pernah di guna pakai oleh FRU semasa rusuhan kaum 13 Mei 1969, Tragedi Memali 1986.

Tindakan tembakan ini merupakan tindakan awal oleh pihak FRU sementara menunggu pasukan sahabat tiba untuk mengambil alih tugas FRU seperti Platun Infantri Pasukan Gerakan Am ( PGA ), Komando 69 dan Unit Tindak Khas, POPO ATM dan Pasukan 10 Briged Para

Komando 69 Pasukan Elit PDRM akan ambil alih sekiranya rusuhan menjadi tidak terkawal

Kekuatan 1 Platun FRU

1 X Pegawai Kanan berpangkat Asisten Superintendant Polis ( ASP ) ( Ketua Platun )
1 X Pegawai Kanan Berpangkat Inspektor ( Penolong Pegawai Platun )
1 X Sarjan Mejar ( Pentadbiran )
3 X Sarjan ( Seksyen Komander )
18 X Koperal ( Infantri kaki pukul )
1 X Koperal ( logistik )
1 X Koperal ( Pemandu / mekanik )
36 X Konstabel ( Infantri kaki pukul )
11 X Konstabel ( Pengawal Lori sambil mebawa M16 untuk pertahanan keliling )
2 X Konstabel ( Pengawal Ketua Platun )
2 X Konstabel ( Perubatan )
7 X Konstabel ( Pemandu )
2 X Konstabel ( Pemandu Simpanan )
1 X Konstabel ( Radio Operator )
1 X Konstabel ( Juru Tulis )
1 X Konstabel ( Juru Bahasa )
1 X Konstabel ( Juru Kamera )
1 X Konstabel ( Penembak Tepat )

Jumlah keseluruhan anggota FRU dalam sesebuah platun seramai 91 orang
Foto Otai BERSIH.

No automatic alt text available.
Image may contain: one or more people and people standing

Demo Icerd, Freemason dan baju T

Setiap kali membaca tulisan atau buah fikiran presiden PAS saya seolah-olah sedang mendengar khutbah seorang maharaja sebuah dinasti yang menguasai satu pertiga dunia.
Beliau - si maharaja yang terbayangkan itu - sedang menjelaskan satu per satu undang-undang dan peraturan hidup yang mesti dipatuhi semua rakyat jelata.
Tiada bantahan atau tiada bangkangan. Melawan - jawabnya mungkin 'dipancung.'
Sejauh itu saya berandaian. Bermimpi pun boleh juga. Cuma itulah, ia andaian dan mimpi yang nakal, kerana tidaklah masuk ke akal untuk sesiapa mempercayai bahawa Abdul Hadi Awang akan pernah menjadi maharaja dan menguasai satu pertiga dunia, atau seperti salah seorang Dato Maharajalela yang mengejar residen Inggeris durjana di Perak.
Kali ini, dengan yakin beliau meletakkan Icerd di kandang Freemason. Sejauh itu beliau mendedahkan faktanya. Mungkin hasil maklumat daripada jaringan geopolitik dunia Islam yang tersendiri dan beraras 
tinggi beliau.
Ayuh, berhujahlah secara matang dan sejahtera dengan mengemukakan prinsip Icerd dan kaitannnya dengan Freemason. Semua pihak tentu berminat untuk melihat bagaimana "Freemason" itu akan memberikan kesan kepada teras perlembagaan melalui Icerd seperti dinukilkan Abdul Hadi.
Sementara itu wajar juga Abdul Hadi diingatkan agar mengambil kira urusan dalaman PAS semasa berhimpun untuk menolak Icerd pada 8 Dis nanti.
Ukur baju jangan salah
Adakah semua anggota PAS sudah telah memiliki baju cetakan khas yang khabarnya berharga antara RM25 dan RM30 sehelai itu? 
Sudahkah pengeluar dan pengedarnya dimaklumkan mengenai saiz yang diperlukan semua anggota parti?
Simpati juga jika ada anggota PAS yang menerima baju bersaiz terlebih besar atau terkecil nanti.
Sesudah itu hitung pula berapa banyak kutipan yang dibuat hasil jualan baju-baju tempahan khas tersebut.
Di Selangor khabarnya setiap kawasan diarah membeli 100 helai baju berkenaan. Untunglah kalau semua ahli bersetuju.
Cuma yang pasti 100 helai baju itu mesti dibayar tuntas demi perjuangan.
Bagaimana kalau semua kawasan di negara ini diwajibkan membeli baju keluaran khas tersebut? Setidak-tidaknya ia boleh menjana ekonomi parti atau penyokong parti.
Akhirnya, sambil anggota dan penyokong di peringkat bawahan menguruskan hal-hal baju dan karung derma, Abdul Hadi dan pembantu di sekelilingnya jangan lupa terhadap isu-isu sekitar Icerd dan Freemason itu.
Rakyat Malaysia menanti-nanti ucapan seorang pemimpin yang juga bekas naib ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang membongkarkan peranan dan agenda Freemason di Malaysia melalui Icerd.
Pentas terbaik untuk melakukannya tentulah semasa perhimpunan itu nanti.

IBNU JUBBAH ialah pena seorang anak muda yang sedang menyiapkan ijazah PhD dalam bidang hak asasi manusia dan berminat membaca tulisan-tulisan pemimpin politik PAS, Umno dan PH.
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

1 comments:

Lone ranger pomen said...

Lagi Satu, kalau peluru hidup tak Jln. Kalau Yg berhimpun tu pas. Bawak anjing k9 sekali. Biase la walaun.. Anjing haram Walau dedak curi diharuskan... Lepas je anjing. Confirm semua lari balik... Try kalau tak caya...

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena