Saturday 24 November 2018

[Video Agong kahwini wanita Rusia?] Patriot gesa campur tangan tentera pada perhimpunan anti-Icerd.

Sabtu, 24 November 2018

Patriot gesa campur tangan tentera pada perhimpunan anti-Icerd

Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) menggesa sampur tangan pihak tentera sekiranya berlaku rusuhan pada perhimpunan untuk membantah Konvensyen Antabangsa Mengenap Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) pada 8 Disember ini.
Presiden persatuan veteran tentera itu, Mohamed Arshad Raji juga menggesa penganjur mempertimbangkan semula perhimpunan itu yang pada asalnya bertujuan menolak Icerd tetapi bertukar menjadi sambutan kesyukuran.
Arshad melahirkan kebimbangan bahawa perhimpunan itu bakal mencetuskan rusuhan kerana mendakwa banyak ucapan dan kenyataan panas dibuat termasuk mengorek semula insiden 13 Mei.
"Kebanyakan yang hidup dalam tempoh gelap itu tidak mahu menyaksikan adegan kemusnahan dan mayat dibakar di sepanjang jalan-jalan di Kuala Lumpur lagi.
"Kami, anggota Patriot yang telah berkhidmat dengan angkatan bersenjata dan polis selama tempoh tersebut dalam sejarah negara kita, adalah saksi terhadap adegan yang mengerikan itu.
"Oleh sebab itu, kami menyeru para penganjur perhimpunan anti-Icerd pada 8 Disember, yang pada awalnya perhimpunan berasaskan Melayu, tidak meneruskan acara itu," katanya dalam satu kenyataan.
Arshad juga menggesa Pangima Angkatan Tentera, Zulkifli Zainal Abidin menjanjikan sokongan ketenteraan kepada pasukan polis sekiranya perhimpunan itu tidak dapat dikawal.
"Memandangkan desakan penganjur perhimpunan itu diteruskan, dan ditambah pula dengan kebimbangan masyarakat umum mengenai situasi keganasan yang mungkin berlaku akibat perhimpunan itu, Patriot menggesa Panglima Angkatan Tentera tampil dengan pengumuman dan komitmen bahawa angkatan bersenjata akan tampil ke hadapan untuk menyokong polis sekiranya ada perkara yang tidak diingini semasa perhimpunan.
"Pengumuman sedemikian akan memberikan keyakinan kepada orang ramai bahawa keselamatan dan kententeraman mereka terjamin," katanya.
Pada September lalu, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad memberitahu di perhimpunan agung PBB bahawa Malaysia akan menandatangani kesemua baki konvensyen hak asasi manusia.
Kenyataan itu menyebabkan bantahan banyak pihak, terutamanya parti pembangkang dan NGO Melayu Islam, yang bimbang ratifikasi Icerd akan menjejaskan hak istimewa orang Melayu dan Islam dalam Perkara 153 perlembagaan persekutuan meskipun kerajaan memberi jaminan perkara itu tidak akan berlaku.
Ia kemudian membawa kepada pengumuman PAS dan Umno untuk mengadakan protes bersama pada 8 Dis di Kuala Lumpur.
Ummah, sebuah gabungan NGO-NGO Islam, mendakwa telah memohon untuk mengadakan perhimpunan itu dengan berjanji sekurang-kurangnya 500,000 akan berkumpul di Dataran Merdeka walaupun tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa.
Kerajaan Pakatan Harapan (PH) semalam memutuskan untuk tidak meratifikasi Icerd. 
Namun Ummah menegaskan akan terus berhimpun dengan menyatakan himpunan tersebut bukan lagi berbentuk bantahan sebaliknya menjadi majlis kesyukuran.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena