Tuesday 20 November 2018

[Video Netizen kecam lelaki tunjuk’ jari tengah’ f**k & Pesanan Untuk Pegawai Di Pejabat Agama Yang Suka 'BAN' Ustaz] Lajak kata, buruk padahnya! Eddy Rejang buli promoter bir menyesal dan mohon maaf.

Rabu, 21 November 2018


Foto Otai BERSIH.
Jangan begini wahai Rakyat Malaysia!
Edy buat silap, salah, jangan diheret anak isterinya sekali. Berpada-padalah!

Setidak2nya, Edy ini mengiktiraf dan menyakini Sistem Persekolahan Cina dengan menghantar anaknya belajar di situ. Itu satu aspek positif dari Edy.

Lagipun, Edy telah memohon maaf secara terbuka.
Jika tak nak maafkan Edy, jangan pula diheret melibatkan anak-isterinya!
Foto Otai BERSIH.
Tengoklah....Kerana sikit kebodohan 
Effect sampai ke tempat kerja . 
Skrg tgklah siapa tuan? 
Lajak kereta boleh reverse.. lajak kata dan perbuatan buruk padahnya . 
Harap beliau dimaafkan dan diberi pekerjaan semula .

Lelaki buli promoter bir menyesal dan mohon maaf

Lelaki yang dilaporkan menggunakan kata-kata kesat terhadap seorang promoter bir di sebuah pasaraya memohon maaf secara terbuka atas tindakannya yang tular di media sosial.
Dalam video lain yang dikongsi di Facebook oleh Syafiq Sunny, lelaki itu, yang mengenal dirinya sebagai Eddy Rejang, berkata dia kini mengakui kesilapannya dan menyesali tindakannya.
Oleh itu, dia berharap isu itu tidak akan dipanjangkan oleh mana-mana pihak, kerana katanya, dia telah bertemu MP Kepong, Lim Lip Eng dan juga meminta maaf kepadanya.
Eddy menambah bahawa Lim membertahunya yang satu pertemuan akan diatur dengan promoter itu.
Dalam reaksinya terhadap video yang tular itu, Lim membuat laporan polis mendesak langkah diambil untuk menangani ketegangan kaum di negara ini.
Eddy dilihat dalam klip itu secara agresif mempersoalkan seorang wanita Cina yang bekerja sebagai seorang promoter bir di bahagian bukan halal sebuah pasaraya tempatan.
Semalam, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Hamzah Alias ​​mengesahkan bahawa siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.
Mk.

Timb menteri: Henti sebar gambar anak-anak lelaki itu

Teo Nie Ching
Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching meminta netizen supaya menghentikan perbuatan menyebarkan gambar anak-anak seorang lelaki yang dikatakan memaki seorang promoter minum keras di sebuah pasar raya baru-baru ini.
"Jangan kongsi gambar anak-anak E*** ****** mahupun butiran sekolah anak-anaknya belajar.
"Marilah tamatkan kebencian dalam masyarakat dan jangan bawa ia ke sekolah," katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Terdahulu, lelaki berkenaan dikritik netizen selepas memuat naik sebuah video rakaman dipercayai dirinya sendiri, yang secara agresif menyoal seorang wanita berbangsa Cina yang menjadi promoter minuman keras di sebuah pasar raya.
Dalam rakaman video selama 45 saat itu, lelaki berkenaan bertanya mengenai bangsa wanita itu dan mengapa mempromosikan minuman keras kepada 'sesiapa sahaja' di pasar raya itu.
Dia juga mempertikaikan wanita tersebut kerana menjawab dalam bahasa Inggeris dengan mengatakan '"ni ialah bumi Melayu".
Promoter itu kemudian menerima pujian netizen kerana sikapnya yang tenang berdepan tindakan agresif tersebut sebaliknya menegur lelaki berkenaan kerana bersikap perkauman.
Dilaporkan sesetengah pihak memuat naik gambar ahli-ahli keluarga lelaki berkenaan yang memaksa Teo menegur perbuatan mereka.
Dalam hantarannya hari ini, Teo berkata tindakan lelaki dalam video itu salah tetapi bukan dengan cara menyebarkan gambar ahli keluarganya.
"Mari kita belajar daripada gadis (promoter bir) itu dan tidak mengulangi kesilapan E** ******," katanya.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena