Friday, 23 November 2018

[Video Bila Umno Bercerai GILA TALAK pulak] DALANG Himpunan 8 Disember, perancangan yang MALANG & NAWAITU walaun yang gelong.

Sabtu, 24 November 2018
Image may contain: one or more people and people standing
Alamak...apa dah jadi ni? 
Tok dah jual & cetak berjuta2 baju "Tolak ICERD" ...harap2 mereka yg dah beli tak pulangkan balik baju dan minta duit mereka semula...tadi khutbah jumaat pun banjir masjid dgn air liur olamak tok berkhutbah pasai ICERD. 
Issyyy man...Bila Haramkah dah tak laku, wajibkan pulak walaun beli t-shirt konon untuk himpunan padahal sebenarnya hanyalah untuk mengisi tin milo yang makin kegersangan... 
Himpunan 8 Disember, merancang malang... 
No automatic alt text available.
Hari ini PDRM sudah panggil mereka yang dianggap sebagai pemimpin gerakan anti ICERD ke Bukit Aman. Antara yang dipanggil termasuklah Zahid Hamidi, Polis patut panggil Haji Hadi juga sebab dia sama taraf politik dengan bomoh Ponorogo. 

Dalang Himpunan ini mungkin banyak orang tahu. Kalau dia tidak bijak berpolitik, menyalak bukit, putarbelit kata-kata, banyak berlakon mungkin usia politiknya juga akan terbatas. Allah melanjutkan usia Tun M ada sebabnya. Allah berkati pimpinan Tun M kerana, pada ketika ini, hanya Tun M yg diberi amanah untuk memulihkan kembali kepimpinan negara yang diperkosai oleh maharaja perompak kelas cakrawala Najib Razak dan para matyeh-matyehnya. 
Para pemimpin Himpunan 8 Disember dianggap sebagai ikan seluang mudik di pinggir kali. Allah tidak akan restui Himpunan ini kerana nawaitu mereka gelong, dan dipimpin oleh bomoh Ponorogo yang menunggu masa untuk bermukim di Sg Buloh dengan 45 kes jenayah sama tinggi dengan pokok kelapa di Bagan Datok, dan lebai keropok lekor yang pernah kafirkan UMNO tapi, setelah dimantra 'cash is king' sudah menyondol bawah ketiak UMNO yang asam. 

Pejabat PM telah mengeluarkan kenyataan menolak menandatangani ICERD. Kalau UMNO, PAS dan NGO yang gian mengadakan juga perhimpunan itu maka jangan salah ibu mengandung kalau pihak berwajib menangkap para pemimpin dan mereka yg hadir kelak. Rakyat yg cinta damai dan perpaduan jangan menjadi kaldai, baghal, lembu dan kerbau menyertai perjumpaan ini. Kalau kamu hadir bermakna kamu menyokong perompak, para koruptor dan golongan munafik agama yg bertujuan kenjatuhkan kerajaan pimpinan Tun Mahathir. - Yahaya Ismail 
Tumpang sekole.

1 comments:

pas@pis said...

tak pa boleh buat balut buah cempedak atau gantung kat kebun untuk halau kera@babi@anjing

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena