Saturday 24 November 2018

[Video G3 Ibarat cacing naik ke mata & Mahasiswa himpun tuntut janji PTPTN] AMANAH Perak ingatkan ‘semut kerumuni gula’, kapitalis sanggup bertukar baju.

Ahad, 25 November 2018


AMANAH Perak ingatkan ‘semut kerumuni gula’, kapitalis sanggup bertukar baju.

AMANAH Perak ingatkan ‘semut kerumuni gula’, kapitalis sanggup bertukar baju

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) hari ini diingatkan tentang usaha untuk mengeluarkan rakyat daripada cengkaman pemodal atau kapitalis yang sanggup berubah dari segi luaran.
Pengerusi AMANAH Perak, Asmuni Awi berkata, pengagihan kesejahteraan hidup yang tidak seimbang antara wilayah, negeri, kaum, kelompok adalah antara punca penolakan secara menyeluruh rakyat terhadap Umno-BN.

“Dalam masa yang sama, PH dapat meyakinkan masalah ekonomi pada pra PRU14 adalah berpunca isu 1MDB (1Malaysia Development Berhad), GST (cukai barang dan perkhidmatan) dan Najib sebagai aktor utamanya.


“Serangan berterusan terhadap dua isu utama ini seolah-olah menenggelamkan faktor-faktor lain yang menyebabkan rakyat marah,” kataya pada ucapan sempena Konvensyen Tahunan Kali Ketiga AMANAH Perak di Ipoh pagi ini.

Menurutnya, isu-isu lain yang juga berperanan sama penting seperti harga minyak, harga barangan dan kesombongan sesetengah pemimpin Umno-BN agak kurang menonjol.
“Sedangkan permasalahan ekonomi secara makro yang lebih bersifat global tidak difahami oleh sebahagian besar kalangan masyarakat.

“Sekarang apabila berlaku peralihan kuasa, terdapat beberapa masalah rakyat masih belum selesai. Terutama masalah perekonomian.

“Kita perlu menyedari bahawa permasalahan ekonomi memerlukan masa yang agak panjang bagi melakukan pemulihan,” jelasnya.

Beliau yang juga Exco kerajaan negeri Perak berkata, polisi kerajaan semasa juga mesti mengambil kira persoalan sistem ekonomi yang wujud pada hari ini.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan tidak boleh terlalu bersikap simplistik dengan mengatakan bahawa perubahan kerajaan akan mengubah segala-galanya.

“Pemain-pemain utama ekonomi negara masih menguasai sistem ekonomi secara diam.
“Kerajaan PH perlu juga dilihat berusaha membawa keluar sistem perekonomian kita dari cengkaman kapitalis yang bermuka-muka bersama kerajaan hari ini demi mengekalkan cengkaman mereka terhadap rakyat.

“Mereka sanggup bertukar baju demi kelangsungan kepentingan mereka. Para pimpinan AMANAH perlu serius mengeluarkan masyarakat daripada cengkaman kapitalis yang hanya mementingkan keuntungan mereka sahaja.

“Lihatlah sekeliling kita pada hari ini. Betapa sudah ramai pihak berada di sekeliling kita. Seperti semut mengerumuni gula.


“Kadangkala kita disibukkan oleh rutin yang tidak memberdayakan dan memberi nilai tambah kepada kerajaan.

“Kita hilang pegangan dan pedoman. Bukan sekadar kita menyedari keadaan tersebut, tetapi yang lebih utama bertindak secara bijaksana,” ujarnya.

Justeru, tambah Asmuni lagi, ilmu pengetahuan dan pemahaman sistem ekonomi negara yang sedang terlaksana mesti dikuasai.

Konvensyen penuh di Hotel Casuarina @ Meru, Bandar Meru Jaya hari ini menyaksikan kehadiran sebanyak 144 perwakilan dari 24 Kawasan selain pemerhati.

MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena