Wednesday, 28 November 2018

[Video LANGSUNG: Parlimen 14 Khamis, 29 Nov 2018 (Sesi Pagi)] Tiada peguam One City ditahan polis.

Khamis, 29 November 2018

Tiada peguam One City ditahan polis

Tidak ada 'peguam' syarikat pemaju yang ditahan reman polis berhubung rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman, kata Haniff Khatri Abdulla hari ini.
Haniff yang dilantik syarikat One City Development Sdn Bhd (One City) untuk mewakili pekerja mereka berkata pada asasnya identiti orang yang direman tidak boleh didedahkan bagi mengelak salah faham.
Bagaimanapun, katanya, dia boleh mengesahkan seorang daripada tiga anak guamnya mempunyai kelayaka ijazah undang-undang.
"(Individu yang didakwa) peguam itu pun tidak semestinya seorang peguam swasta yang beramal sebagai peguam bela dan peguam cara," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Haniff semasa individu terbabit bertugas di One City dia tidak lagi beramal sebagai peguam bela atau peguam cara persendirian di syarikat berkenaan.
Kenyataan Haniff itu dibuat sebagai reaksi kepada penjelasan diberi Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin berhubung kekecohan sebuah kuil di Subang Jaya kelmarin.
Isu itu melibatkan pertikaian hak ke atas sebidang tanah di antara One City dengan pihak kuil Sri Maha Mariamman.
Menurut Muhyiddin ada peguam syarikat pemaju terbabit mengupah sekumpulan orang untuk menceroboh, mengambil alih dan mengawal kuil berkenaan pada pagi 26 Nov lalu.
Katanya ketua kumpulan berkenaan diberi wang bernilai RM150,000 dan kira-kira 50 orang kemudian diberi upah antara RM150 hingga RM300 untuk melakukan kerja tersebut. 
Haniff juga menafikan dia dan seorang lagi peguam Muhammad Rafique Rashid Ali, ialah peguam yang bekerja untuk One City dan mengupah kumpulan yang menceroboh kuil berkenaan.
Katanya setakat ini kes berkenaan tidak melibatkan dua peguam yang menjadi pengamal undang-undang, sebaliknya hanya seorang 'peguam' sedang membantu siasatan.
Menurut Haniff kaitan langsung 'peguam' itu dengan mana-mana kesalahan jenayah belum dimuktamadkan kerana siasatan sedang dilengkapkan.
"Semua 21 orang yang ditahan berhubung rusuhan pada awal pagi 26 Nov - setakat kenyataan ini ditulis - masih dalam tahanan polis untuk membantu siasatan.
"Apabila siasatan diselesaikan barulah mana-mana kesalahan jenayah - jika ada - akan dizahirkan melalui tuduhan di mahkamah," katanya.
Sehingga itu, katanya, tidak boleh untuk sesiapa menyimpulkan bahawa seorang 'peguam' patut dipertanggungjawabkan atas sebarang kesalahan atau menjadi punca kekecohan berkenaan.
Pada masa sama Haniff dan Muhammad Rafique mengecam tindakan pihak yang memfitnah kononnya mereka adalah peguam yang dirujuk oleh Muhyiddin semalam.
"Kami memberi amaran tegas bahawa kami akan mengambil langkah yang perlu di sisi undang-undang terhadap semua atau mana-mana individu yang terlibat mengedarkan tohmahan jahat dan fitnah itu sekiranya ia tidak dihentikan serta-merta," katanya.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena