Tuesday, 27 November 2018

[Video MP BN, PH bersatu sokong usul tergempar isu rusuhan kuil] Lagi sekor Macai Umno yg bangsat penyebar hasutan utk lihat rusuhan kaum berlaku & SEMUA KENA BERTENANG - Ini kejadian jenayah tiada kaitan dengan isu KAUM atau AGAMA!

Rabu, 28 November 2018
Foto Otai BERSIH.
Foto Otai BERSIH.
Otai BERSIH 
Lagi sekor Macai Umno yg bangsat penyebar hasutan utk lihat rusuhan kaum berlaku..!!
Kesian Macai2 umngok..sudah2lah..umngok dah tersungkur kedalam tanah..
#Pdrm
Foto Suara Rakyat.
Inilah yang dimahukan untuk mencari penyelesaian bersama.
Adalah lebih baik biarkan k'jaan dan pihak berkuasa selesaikan isu kuil yang menjadi fokus dalam keganasan mutakhir ini.
Siasat bagaimana ketegangan berlaku dan arahan 'siapa' membenarkan sekumpulan individu yang menjadi punca pergaduhan tersebut.
#KamiTolakRasisDanKeganasan
Foto Otai BERSIH.
Foto Otai BERSIH.
Foto Otai BERSIH.
KENYATAAN AKHBAR YAB PERDANA MENTERI BERKENAAN KEJADIAN DI KUIL SRI MAHA MARIAMMAN
1. Saya mengikuti perkembangan yang berlaku melibatkan kejadian rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman, Seafield, USJ25, Subang Jaya pada hari Isnin, 26hb November 2018.

2. Saya juga telah dimaklumkan oleh pihak polis akan perkembangan terkini siasatan ke atas kejadian ini.

3. Amat jelas dari siasatan awal bahawa kejadian pertama yang berlaku mempunyai unsur jenayah. Begitu juga kejadian susulan yang melibatkan kerosakan harta benda serta kecederaan kepada anggota polis.

4. Tidak timbul sama sekali isu perkauman mahupun isu berkaitan agama walaupun ianya berkaitan perpindahan kuil.

5. Kerana ianya berkaitan jenayah pihak polis telah diarah untuk mengambil tindakan lanjut bagi menangani serta mengawal situasi ini dengan segera.

6. Kerajaan juga kesal dengan tindakan yang tidak bertanggungjawab penjenayah yang menimbulkan kekacauan di kawasan kuil dan yang telah mencederakan anggota pasukan keselamatan serta anggota penyelamat di dalam rusuhan ini.

7. Penjenayah-penjenayah yang terlibat cuba melakukan rusuhan serta mencederakan anggota keselamatan dan penyelamat termasuk kerosakan harta benda awam akan dikenakan tindakan tegas mengikut undang-undang yang sedia ada.

8. Bagi dalang jika ada di sebalik kejadian ini mereka juga tidak akan terlepas daripada menerima hukuman yang sewajarnya.

9. Kerajaan juga ingin menasihati orang ramai agar tidak mendengar khabar angin serta tidak menyebarkan mesej yang tidak bertanggungjawab menerusi mana-mana media.

10. Sekali lagi saya tegaskan kejadian ini adalah insiden jenayah dan tidak ada kaitan sama sekali dengan unsur-unsur lain.

PEJABAT PERDANA MENTERI
PUTRAJAYA
27 NOVEMBER 2018

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena