Friday 23 November 2018

[Video Kisah MAT SONGEL itu rupanya benar] Kerajaan bukan U-TURN..yang KEMARUK buat demo ialah Umno dan PAS! Nk jadi hero melayu konon..FGV mulakan prosiding undang-undang kepada bekas pengarah, kakitangan.

Sabtu, 24 November 2018
Torrrbaik & Balik kuang?
Foto Amer Mohamed.
Otai BERSIH
Kerajaan bukan U-TURN tapi ianya telah dibantah sebelum dibincangkan...yang kemaruk buat demo ialah BN dan PAS....nk jadi hero melayu konon..
Foto Suara Rakyat.
PH buat 'u turn' kerana takut kebangkitan Melayu
BAGAN SERAI - Kenyataan kerajaan PH tidak akan meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD) hari ini sebenarnya satu pendirian 'u turn' kerana bimbang dengan kebangkitan orang Melayu secara besar-besaran.

Ketua Umno bahagian Bagan Serai, Datuk Sham Mat Sahat berkata, keputusan 'u turn' kerajaan PH itu turut membuktikan tekanan diberikan orang Melayu dalam perhimpunan membantah ratifikasi tersebut berkesan.
SH.
Foto Suara Rakyat.

FGV mulakan prosiding undang-undang kepada bekas pengarah, kakitangan

FGV Holdings Bhd (FGV) memulakan prosiding undang-undang di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap 14 bekas lembaga pengarah dan kakitangannya berhubung pembelian Asian Plantations Ltd (APL).
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, FGV berkata, prosiding undang-undang itu adalah terhadap - antaranya - bekas presiden kumpulan/ketua pegawai eksekutif dan pengarah bukan eksekutif bukan bebas juga bekas pengerusi dan pengarah bukan eksekutif.
Katanya saman itu berhubung pembelian 100 peratus kepentingan ekuiti dalam APL oleh syarikat berkenaan melalui tawaran tunai bersyarat pada 2014.
FGV mengambil tindakan berkenaan terhadap lembaga pengarah kerana kerugian yang dialami akibat kegagalan mereka melaksanakan tugas fidusiari masing-masing, kewajipan kesetiaan dan/atau tanggungjawab menjalankan pengurusan yang wajar, kemahiran dan ketekunan.
Syarikat berkenaan juga memohon relif terhadap defendan untuk ganti rugi berjumlah RM514 juta terhadap kerugian daripada pembelian APL dan secara alternatif, ganti rugi terhadap kerugian daripada pembelian APL yang akan dinilai oleh mahkamah.
FGV juga memohon relif terhadap faedah pada kadar lima peratus setahun terhadap ganti rugi yang diberikan bermula dari tarikh saman itu difailkan sehingga tarikh penyelesaian penuh dan muktamad.
Ia juga memohon faedah pada kadar lima peratus setahun terhadap jumlah kos yang diberikan bermula daripada tarikh di mana kos diberikan sehingga tarikh penyelesaian penuh dan muktamad.
Pada masa ini kata syarikat itu mereka sedang menilai kesan kewangan yang timbul daripada litigasi terhadap syarikat dan akan membuat penjelasan lanjut pada tarikh lain.
“Bagaimanapun, tiada kesan terhadap operasi semasa,” kata FGV.
Dalam makluman berasingan kepada Bursa Malaysia, FGV berkata, penyiasatan forensik terhadap pembelian APL sudah diselesaikan.
Katanya lembaga pengarah masih dalam proses menyemak semula dapatan dan nasihat undang-undang terhadap tiga siasatan forensik yang diselesaikan, seperti yang dinyatakan terdahulu, iaitu pelaburan FGV dalam FGV Cambridge Nanosystems Ltd, pembelian kondominium Troika dan pajakan kereta syarikat.
Dua siasatan forensik sedang dalam proses iaitu pelaburan FGV dalam FGV Green Energy Sdn Bhd dan pembelian Yapidmas Plantations di Sabah.
Dalam kenyataan bertarikh 28 Ogos 2018, lembaga pengarah juga melaporkan terdapat siasatan dalaman yang sedang dijalankan membabitkan enam perkara.
Antaranya, talian kredit terbuka, amalan pembelian perdagangan yang lemah dan jualan minyak sawit yang lemah dan menyebabkan hutang kira-kira RM100 juta.
Ini juga termasuk anugerah langsung pemerolehan kontrak yang melanggar amalan terbaik dan kekurangan pekerja yang kritikal antara Mei 2016 dan April 2018, yang menyebabkan kerugian kewangan melebihi RM170 juta sepanjang tempoh berkenaan.
Berhubung siasatan itu, lembaga pengarah sudah mengambil dan dalam proses mengambil tindakan berkaitan.
Bernama
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena