Wednesday 28 November 2018

[Video Komplot guling MB, PH Perak lapor polis & Peguam upah samseng ceroboh kuil?] KE MANA PERGINYA baki RM135,000 tu pergi? Ehh, ehhh dh mcm kes derma RM2.6 bilion pulok? Muhyiddin persoal mana datang duit upah anak-anak Melayu.

Rabu, 28 November 2018
Foto Suara Rakyat.
RM300 pun jadi. Itu kalau yg dapat RM300. Bagaimana pula yg dapat ciput RM150 ?
KE MANA PERGINYA RM135,000 tu pergi?.. Adakah tangan ghaib lain pula yg terimanya ??!..
ATAU dipulang balik bakinya..? Ehh dh mcm kes derma RM2.6 bilion pulok...

Peguam upah RM150 hingga RM300 seorang ceroboh kuil

Muhyiddin persoal mana datang duit upah anak-anak Melayu

Siasatan polis mendapati syarikat pemaju One City yang memiliki tanah tapak Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Putra Heights, telah mengupah sekumpulan lelaki untuk menceroboh kuil itu bagi tujuan mengawalnya sebelum ketibaan pihak pemaju dan polis pada pagi 26 Nov.
Sehubungan itu, kata Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin pihaknya tidak menolak kemungkinan upah kepada sekumpulan kira-kira 50 lelaki Melayu yang merusuh dengan penganut kuil itu adalah dari pemaju.
“Peguam ini peguam One City. Jadi oleh sebab dia ditugaskan mereka diberi peruntukan.
“Saya tak fikir itu duit peguam tetapi duit yang disalur menerusi peguam untuk bayar katanya yang bantu tapi yang digunakan adalah anak-anak Melayu. Itu jadi masalah,” katanya pada satu sidang media di Putrajaya, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada peguam bertindak atas arahan pemaju ataupun bersendirian.
Pada sidang akhbar itu, Muhyidin juga mendedahkan bahawa siasatan polis mendapati sebanyak RM150,000 telah diserahkan kepada ketua kumpulan tersebut untuk melakukan kerja menceroboh, mengambil alih dan mengawal kuil.
Muhyiddin juga kesal dengan tindakan gopoh dan cuai yang diambil pihak yang dikaitkan dengan syarikat pemaju yang jelas melanggar undang-undang.
“Sekiranya tindakan gopoh dan cuai ini tidak diambil, saya percaya insiden pergaduhan di antara kumpulan lelaki Melayu dan penganut agama Hindu di Kuil Sri Maha Mariamman tidak berlaku,” katanya.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata pada 11 Mac 2014, Mahkamah Tinggi Shah Alam merekodkan penghakiman persetujuan bahawa kuil akan dipindahkan ke lokasi baru yang disediakan oleh pemaju dan tapak asal diserahkan kembali kepada pemaju yang juga pemilik tanah.
Namun katanya penghakiman persetujuan itu tidak dapat dilaksanakan kerana ada satu pihak penganut Hindu membantah penghakiman tersebut.
Berdasarkan siasatan pihak polis, terdapat dua kumpulan penganut Hindu dalam kes berkenaan dengan satu bersetuju untuk berpindah dan satu lagi membantah, katanya.
Menurutnya setelah beberapa siri rundingan antara pihak-pihak berkenaan gagal mencapai kata sepakat, pihak pemaju merancang untuk mengambil alih tapak kuil seperti mana perintah mahkamah namun beberapa percubaan pihak pemaju gagal disebabkan bantahan daripada kumpulan yang menentang, menyebabkan kekecohan di tapak kuil.
Pihak pemaju sekali lagi merancang mengambil alih tapak kuil yang dijadualkan pada 7 pagi 26 Nov dengan perbincangan mengenainya telah diadakan di antara pemaju dan anggota jawatankuasa kuil, katanya.
Muhyiddin berkata pihak polis juga telah dimaklumkan mengenai rancangan itu dan bersedia untuk mengawal ketenteraman di sekitar kawasan kuil tersebut.
Namun siasatan polis mendapati peguam kepada syarikat pemaju telah mengupah sekumpulan lelaki untuk menceroboh kuil tersebut bagi tujuan mengawal kawasan kuil sebelum ketibaan pihak pemaju dan polis pada pagi 26 Nov, katanya.
Muhyiddin berkata beliau telah mengarahkan polis supaya mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang berhubung insiden tersebut.
Ini termasuk mereka yang membuat kenyataan berbaur perkauman yang bersifat provokatif, menyebarkan berita palsu yang berunsur fitnah dan hasutan serta menganjurkan perhimpunan-perhimpunan untuk membakar sentimen kaum, katanya.
"Tindakan tegas berlandaskan undang-undang akan diambil demi memelihara keselamatan dan keamanan negara,” katanya.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena