Wednesday, 21 November 2018

[Video Pensyarah tarik balik kenyataan, mohon maaf kepada Mujahid] Penggunaan dwibahasa di papan tanda di Selangor telah dipersetujui bersama oleh PAS, Keadilan dan DAP, tatapi yg kena DAP? Kuang3. IGP: Jangan ambil kesempatan isu Icerd.

Rabu, 21 November 2018
Foto Suara Rakyat.
Penggunaan dwibahasa di papan tanda di Selangor telah dipersetujui bersama oleh PAS, Keadilan dan DAP yang memerintah negeri Selangor ketika itu. UMNO-BN pula jadi pembangkang di Selangor..

KENAPA..
PAS ketika itu boleh pulak BERSETUJU. Kenapa baru sekarang bangkang gila babi menyondol?

KENAPA..
Umno/BN sbg pembangkang dlm S'ngor TIDAK PERNAH BANGKANG ketika itu? Kenapa baru skrg sama2 pakat dgn PAS bangkang gila babi menyondol?
Kenapa baru skrg nak dikitarsemula?

NAMPAK TAK!

PBT rujuk DBP dalam setiap hal berkaitan bahasa

Bekas ahli Majlis Bandaraya Shah Alam Ahmad Dusuki Abdul Rani berkata setiap isu berkenaan bahasa, termasuklah pada papan tanda, akan dirujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
"Ia sudah dibincangkan dengan DBP. Pihak berkuasa tempatan akan merujuk semua hal berkaitan bahasa dengan mereka," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
DBP menetapkan bagi papan tanda dwibahasa, saiz bahasa kebangsaan perlu 30 peratus lebih besar berbanding bahasa lain dan perlu disemak badan itu dahulu.
Dusuki yang menjadi ahli majlis MBSA pada penggal lalu berkata penggunaan bahasa Cina pada papan tanda di situ sudah lama diluluskan.
Menurut Bernama pula, MBSA berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Negeri Selangor yang diadakan pada 13 Januari 2017.
MBSA berkata penggunaan nama jalan di kawasan kampung tradisi menggunakan tulisan Jawi manakala di kawasan kampung baru menggunakan tulisan bahasa Cina, bersesuaian dengan komuniti penduduk di kawasan tersebut.
Mk.

IGP: Jangan ambil kesempatan isu Icerd

Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun hari ini tampil mengingatkan bahawa pihaknya akan memastikan isu Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) tidak "diambil kesempatan".
"Polis akan menjalankan amanah untuk menjaga ketenteraman awam dan akan memastikan tidak wujud sebarang bentuk pelanggaran undang-undang ataupun percubaan daripada mana-mana pihak yang ingin mengambil kesempatan ke atas isu ini, demi kepentingan agenda mereka," katanya.
Jelas Mohamad Fuzi, rakyat Malaysia bebas menyuarakan pendapat mereka selagi ia mengikut saluran yang mematuhi undang-undang.
"Ia (menyuarakan pendapat atau bantahan) perlu mengikut landasan undang-undang dan tidak sesekali boleh melampau batasan sehingga menyentuh sensitiviti rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini," katanya.
Dalam kenyataan medianya, Mohamad Fuzi turut mengingatkan agar pihak yang ingin mengadakan himpunan bantahan mematuhi peraturan yang ditetapkan termasuklah Akta Perhimpunan Aman 2012.
Kenyataan ketua polis negara itu dibuat ketika beberapa pihak membantah cadangan untuk meratifikasi Icerd yang disifatkan akan "menjejaskan" hak istimewa orang Melayu.
Presiden PAS, Abdul Hadi Awang sebelum ini menyifatkan umat Islam perlu membantah Icerd kerana ia akan menyamakan agama rasmi negara dengan agama lain.
Terdahulu, PAS dan Umno mengumumkan akan mengadakan himpunan bantahan bersama di Kuala Lumpur pada 8 Dis.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena