Tuesday 30 April 2019

Benda boleh BOHONG, kenapa nak cakap BETUL? Najib belum terlepas lagi walauncai, kes SRC International & 1MDB 2.6 bilion adalah kes yg berbeza! PH Terbaik! 10 Kejayaan KEMTAH [Video Kerajaan PH lebih adil daripada BN: MB Terengganu]

Rabu, 1 Mei 2019
Tiada penerangan foto disediakan.
Benda boleh BOHONG, kenapa nak cakap BETUL..!
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum
Suara Rakyat
NAMPAKNYA gang2 pembangang & sekutu Najib bersorak sakan kononnya kes perbicaraan SRC International yg melibatkan Najib pecah amanah jenayah, salah guna kuasa & ubah wang haram berpihak kpd Najib dgn alasan ada pengesahan BNM yg mana ada berlaku sejumlah dana yang besar dari Arab Saudi kononnya benarlah derma RM2.6 bilion itu datang dari Arab Saudi..
KAH KAH KAHHH !
Sedarkah anda perbicaraan ke atas Najib sekarang adalah berkaitan kes Najib salah guna dana SRC International RM42 juta. BUKANNYA PASAL DERMA RM2.6 BILION.

Kes SRC International & 1MDB 2.6 bilion adalah kes yg berbeza..
Selepas selesai saja kes SRC ini barulah kes seterusnya yg melibatkan derma RM2.6 bilion itu pada perbicaraan 25 pertuduhan rasuah 1MDB RM2.282 bilion. Masa itu lah baru dibongkar satu persatu dari mana datangnya derma RM2.6 bilion itu sebenarnya.
Apa yg telah dimaklumkan & perbicaraan telah berlaku sebelum ini cthnya di S'pura. Mahkamah Singapura dan DoJ dah dedahkan hal ni, RM2.6b datang dari dana 1MDB yg diseleweng dan dalang yg pindahkan wang trsebut adalah JHO LOW !!
Pengurus Bank Swiss di Singapura (Falcon Private Bank dan BSI) yg bersubahat dlm transaksi pindahan wang haram trsebut telah dihukum penjara dan Bank Swiss tersebut telah diarahkan tutup.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Read More

'Bodo' punya macai & Indah ke bersama PAS? Letih nak ikut politik PAS ni..[Video Isu jangan politikan agama & DAP Memerintah Semua Duit Haram?]

Rabu, 1 Mei 2019


Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, sut dan teks
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Lagi 4 akaun belum di dedah. Buka akaun duit masuk, keluar duit berjoli, tutup 5 akaun. Saya keliru terus jawapannya.
Imej mungkin mengandungi: 4 orang, orang senyum, teks
Suara Rakyat
Letih nak ikut politik PAS.. makin gila dan hilang kewarasannya..
Bila suruh tolak calon bukan Islam, KELUAR DALIL 1..
Bila suruh sokong calon bukan Islam, KELUAR DALIL 2..

Kenapa PAS sokong PBS & MCA yang terang2 dan muktamad menolak bantah RUU355 & HUDUD? Tetapi bila DAP 'TIDAK BERSETUJU' dgn kandungan RUU355, PAS mencerca & memfitnah DAP?
#PRKSandakan Menunjukkan sikap munafik PAS.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Otai BERSIH
Indahnya bersama Pas 
Boleh maki hamun pada yg x sehaluan..
Boleh mengkafirkan orng..
Sungguh indah bersama Pas
Kamu tidak boleh bohong.. 
Tapi aku boleh bohong demi Pas..
Indahnya bersama Pas
Aku bleh putuskan saudara demi Pas..
Aku bleh sokong kafir janji bukan Dap..
Indah sungguh bersama Pas
Semua benda aku boleh buat...
Walau pon bertentangan amalan agama..
Jika aku langgar itu kerna aku Pas..
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Bacalah apa yg Mokhtar Fiqah ni cakap...sesat lagi menyesatkan.. PAS bukan agama la bodo..
Indahnya berada dalam PAS...'
PAS digambarkan salah seorang pemimpin kanannya sebagai sebuah kumpulan yang terpilih apabila pelbagai kebaikan yang pernah dinyatakan Rasulullah SAW ada pada parti tersebut.
Anggota Jawatankuasa Pusat PAS Mokhtar Senik berkata ada beberapa petanda diajarkan Nabi Muhammad mengenai sesuatu kaum yang diredai.
Ulama terkenal itu menjelaskan, apabila Allah mahu menjadikan sesuatu kaum itu baik, Dia akan mentakdirkan tiga perkara, iaitu:
Kaum itu dipimpin oleh hukama' (bijak pandai) dalam kalangan mereka
Dipandu ulama dalam kumpulan mereka
Dijadikal harta berada pada tangan orang yang dermawan dalam kalangan mereka.
"Indah sungguh berada dalam PAS.
"Semua kebaikan yang disebut oleh nabi ada di dalamnya. Syukur," kata bekas calon PAS untuk kawasan Padang Besar itu di media sosial beliau hari ini.
Menyertai hantaran tersebut potongan hadis Rasulullah dan dua keping gambar Presiden PAS Abdul Hadi Awang masing-masing sedang berdoa dan berehat dipercayai di rumah beliau di Marang, Terengganu.
Kenyataan tersebut dibuat sehari selepas media menyiarkan laporan pengakuan bekas presiden Umno, Najib Razak, yang mengakui berpakat secara "senyap-senyap" dan pada waktu "malam" dengan Abdul Hadi semasa berbincang mengenai cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang juga dikenali sebagai Akta 355.
Dulu berputik, kini realiti
Cadangan meminda akta tersebut dibawa melalui usul persendirian oleh Abdul Hadi namun sehingga kerajaan BN dikalahkan PH pada PRU tahun lalu ia tidak pernah dibahaskan di Dewan Rakyat.
Isu berkenaan juga menyebabkan berlaku perpecahan dalam PAS dan pada masa sama membawa parti itu dan Umno semakin erat di sebalik sejarah permusuhan selama beberapa puluh tahun.
Semalam media melaporkan Najib - yang kini dibicarakan atas tuduhan pecah amanah, pengubahan wang haram dan salah guna kuasa - mengakui 'penyatuan' PAS dan Umno sekarang adalah hasil dari usaha beliau dan Abdul Hadi.
Kata Najib usaha itu bermula ketika perbincangan isu Akta 355 dan perkara-perkara lain ketika beliau masih menjadi presiden Umno dan perdana menteri.
"Sebab saya telah usahakan senyap-senyap perkara ini selama ini dengan Tok Guru Hadi (Abdul Hadi) waktu malam dia datang bincang RUU355 dan perkara-perakra bersangkut paut kepentingan umat Islam.
"Hari ini saya rasa begitu bersyukur apa saya telah mulakan, berputik zaman saya, hari ini telah menjadi realiti," katanya.
Melalui hantaran yang sama Mokhtar menjelaskan ada tiga tanda sesuatu kaum itu tidak mendapat rahmat Allah.
Katanya apabila Allah mahu sesuatu kaum itu menjadi jahat maka Dia mentakdirkan mereka dipimpin oleh orang bodoh, dipandu oleh orang yang jahil dan dan dijadikan harta berada pada tangan orang yang bakhil
Read More

Kerjasama politik Najib-Hadi cara senyap? Baguih, Duit berbillion² ringgit masuk ke akaun peribadi pun secara senyap & 'PH didominasi bukan Islam' BENARKAH TUDUHAN JAHAT ketua lebai PAS tersebut? [Video PEMIMPIN UMNO PERSENDA TAKDIR]

Rabu, 1 Mei 2019
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, teks
Duit berbillion² ringgit masuk ke akaun peribadi pon secara senyap.
Kerjasama politik pun cara senyap..
Elok sangat lah tu.. Bohong putarbelit, menyamun menyangak memang sepadan sgt..
Tiada penerangan foto disediakan.


BENARKAH TUDUHAN JAHAT ketua lebai PAS tersebut ?
Sudah tentu tidak benar sama sekali kerana jumlah menteri dlm Kabinet Malaysia 64 peratus nya adalah drpd menteri beragama Islam manakala jumlah ahli parlimen PH yg beragama Islam adalah lebih besar (drpd bukan Islam) berbanding tuduhan lebai PAS yg mengatakan PH didominasi oleh MP bukan Islam.
PENDUDUK MALAYSIA beragama Islam 70 peratus ??!.. 70% tu kutip data dari mana ??!
PAS dan Fitnah BERPISAH TIADA slps bersekongkol secara rasmi dgn UMNO !!!
Read More

[Video Islam Tak Selamat Bawah Tun M, kata Mufti Perlis] Polis terima 790 laporan pendakwah hina agama Hindu! Umno sejak berkawan dengan Pas ada nampak hidayahnya & Kenapa PAS begitu terdesak 'bersanding' bersama UMNO?

Rabu, 1 Mei 2019

Polis terima 790 laporan pendakwah hina agama Hindu

Imej mungkin mengandungi: 7 orang, orang senyum
Inilah sebabnya kenapa PAS begitu terdesak 'bersanding' bersama UMNO...
UMNO TIPU UMAT ISLAM!
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, teks
 UMNO masih terus bernyawa sbb ada parti yg SUDI & SANGGUP jadi tongkatnya!

UMNO SEJAK BERKAWAN DENGAN PAS ADA NAMPAK SERI, NUR DAN HIDAYAH..

Posted by 
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang berdiri
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Read More

Tun M istilah mereka yang nak SAILANGNYA DONGOI² belaka! Di bawah PH, kini kuasa besar dunia Amerika pun nak berkawan rapat dengan kita. Syabas! [Video Guan Eng yakin ekonomi akan kembali cergas]

Rabu, 1 Mei 2019
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks

TUN ISTILAH MEREKA YANG NAK SAILANGNYA DANGOI²..

Buka lah kamus kalau Tak faham, TINDAKAN yang kemereh.

Aku sangat suka kalau Tun letak jawatan sekarang supaya puak dangoi ni tunjuk pandai.

Tun sendiri perlukan orang lain seperti Tun Daim Dan SELURUH kabinetnya untuk membantunya Dalam banyak perkara.

Pandai cakap DENGAN pandai urus, macam bumi DENGAN langit.

Tun patut hadiahkan kerusi PM ini kepada SESIAPA yang berminat Dan cakap pandai.

Posted by 
Image result for Prime Minister Dr Mahathir Mohamad and the Johor palace
Read More

[Video 'Ada tanda dahi, duit datang, terima juga, Siapa pekak? Tak perlu pertahan Najib'] "Pasai dia pekak" & Islam terancam? Harap Dr Maza faham..Syabas SPRM! Bekas Pegawai Khas Hishamudin direman 3 hari menjadi dalang mengatur projek2.

Rabu, 1 Mei 2019
KiniTV
Antara paparan Sekilas Fakta, 30 April 2019: 1) Saya tidak risau - Tinjauan Merdeka Centre prestasi PH merosot 2) Ada tanda pada dahi, tapi duit datang, terima juga - Tun M 3) Video Tun M Seloroh Mufti Perlis, Pekak! 4) Saya tak pasti siapa yang pekak - Mufti Perlis 5) Umno tak perlu pertahankan Najib - KJ 6) Guan Eng yakin ekonomi akan kembali cergas
Harap Dr Maza faham...
Islam terancam?
Tidak! Islam tidak terancam hanya semata-mata pihak berkuasa menahan seseorang yang baru memeluk Islam, menyampaikan ceramah yang memburuk-burukkan agama asalnya, mengutuk dan menghina.... Tindakan pihak berkuasa itu sangat wajar dan itulah yang sepatutnya.

Kerana perbuatan itu memang perlu ditegah.... menyalahi undang-undang negara, bahkan menyalahi hukum agama pun..... Untuk mendakwahkan Islam kita tidak perlu memburuk-memburukkan agama lain.... Untuk menyampaikan kebenaran Islam kita tidak perlu mengutuk dan menghina agama lain... Allah dan Rasul melarang orang Islam mempersendakan sembahan agama lain... Kerana apa...? Kerana tidak mahu mereka membalasnya dengan mengutuk Allah dan Rasul secara melampau pula.
Kalau nak ceritakan pengalaman memeluk Islam tak salah, tapi tak perlu burukkan agama asal kepada umum... tak perlu... Islam pun tak perintahkan begitu, bahkan Islam melarang perbuatan itu... Menurut undang-undang negara pun memang salah.... Perbuatan itu menyentuh sensitiviti penganut agama lain, dan boleh menggugat keharmonian masyarakat.
Orang bukan Islam tidak mampu mengancam Islam, tetapi Islam terancam oleh tangan dan mulut orang-orang Islam sendiri.... Di Malaysia, Islam diancam oleh ustaz-ustaz, lebai-lebai, pegawai-pegawai agama, mufti, mat jais, mat jaip, dan sebagainya.
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan orang duduk
Imej mungkin mengandungi: 1 orang
Otai BERSIH
Syabas SPRM!
Bekas pegawai tugas-tugas khas kepada Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein direman 3 hari bermula hari ini, kerana menjadi dalang mengatur projek-projek ketika bertugas di Kementerian Pertahanan termasuk pembekalan peralatan pesawat bernilai kira-kira RM1.8 juta.
Difahamkan, SPRM juga sedang mengesan beberapa lagi individu dan syarikat pembekal di seluruh negara yang disyaki ada kaitan dengan individu berkenaan.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Read More

[Video Dr M 'tembak' Hadi, 'pembohong, munafik!'] Awas Politik toksik nak masuk Sabah! APA KEPERLUAN Najib sampai buka 5 akaun peribadi berjumlah RM4 bilion dlm senyap-senyap? 16 kejayaan setahun Menteri JPM Hal Ehwal Agama Islam.

Selasa, 30 April 2019
Imej mungkin mengandungi: teks
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, teks
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
APA KEPERLUAN Najib sampai buka 5 akaun peribadi dlm senyap-senyap?
Tak mahu dihidu oleh Bank Negara M'sia (BNM), LHDN atau Rosmah?
Lps tu bila dh settle duit masuk lebih RM4 bilion tup-tup semua 5 akaun peribadi Najib ditutup, kenapa?
...atau NAK ELAK BAYAR CUKAI RM1.5 bilion yg dituntut oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)!
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
TAHUKAH ANDA..
Dana dari Arab Saudi hanya berjumlah US$100 juta (RM304.5 juta) dalam EMPAT transaksi pada tahun 2011 (23/2/2011: US$10 juta, 13/6/2011: US$10 juta, 18/8/2011: US$50 juta dan 25/11/2011: US$30 juta)

Manakala 'derma' US$681 (RM2.6 bilion) itu berasal daripada Tanore Finance Corporation, BUKANNYA 'direct' dari akaun k'jaan Arab Saudi mahupun Putera Faisal bin Turkey yg dibuat dalam DUA transaksi pada tahun 2013 (21/3/2013: US$620 juta dan 25/3/2013: US$61 juta).

KENAPA derma dari Tanore Finance Corporation shj yg dipulangkan ?
Dana RM304.5 juta dari Arab Saudi dah pi mana?
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, duduk, jambang dan sut
Kami Viral
Antara kejayaan setahun Menteri Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama Islam
1 Mengembalikan Tabung Haji (TH) ke landasan asal apabila kerajaan menyuntik sebanyak RM17.8 bilion dana bersih bagi memulihkan agensi itu dalam tempoh 10 tahun mulai 2020 agar tidak membebankan kerajaan dan menjejaskan penarafan kredit akibat hutang.
2 Reformasi agensi dan memperkenalkan tiga gagasan pentadbiran Islam iaitu Rahmatan Lil Alamin, Maqasid Syariah dan Model Malaysia bertujuan melahirkan gagasan Malaysia negara rahmah.
3 Menaik taraf Unit Indeks Syariah JAKIM kepada Bahagian Maqasid Syariah yang telah diluluskan antara lain bagi memperkasa usaha ke arah merealisasikan tiga teras dan pendekatan utama pengurusan hal ehwal Islam di Malaysia.
4 Melaksanakan Muzakarah Bersama Ulama dan Cendekiawan sekali dalam tempoh dua bulan bagi membincangkan isu utama yang sering dipolemikkan seterusnya mencari jalan penyelesaian yang paling berhemah seperti isu hifz ad-Din, perkahwinan bawah umur, SOP Penguatkuasaan Agama serta isu berkaitan ICERD.
5 Memperkasakan undang-undang Islam dan Mahkamah Syariah seperti menyelaras kelulusan, iaitu Rang Undang-Undang (RUU) Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) Pindaan 2018 yang diluluskan di Dewan Rakyat, 10 April lalu.
6 Memperkenalkan Mahkamah Khusus Kes Nafkah dan Hadhanah bagi membicarakan dan menyelesaikan kes Mahkamah Syariah membabitkan tuntutan bekas isteri terhadap bekas suami berkaitan pembayaran nafkah dan hak jagaan anak yang akan dibawa ke Kabinet, 8 Mei ini.
7 Menggerakkan supaya RUU Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan) agar dapat digubal berikutan ketidakseragaman amalan undang-undang itu antara negeri lain serta memartabatkan institusi perundangan syariah serta profesion guaman syarie di negara ini.
8 Memutuskan agar peruntukan undang-undang semasa di bawah Akta Pentadbiran
Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505] berkaitan sekolah-sekolah agama Islam diteliti semula dan dipinda ekoran pelbagai kes menimpa sekolah-sekolah tahfiz agar kuasa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dapat diperluas tidak hanya terhad kepada kuasa untuk mendaftar sahaja.
9 Menteri tidak memegang jawatan pengerusi di mana-mana agensi bagi mengelak campur tangan kuasa berbanding dalam kerajaan sebelum ini.
10 Buat julung kalinya, program Syarahan Perdana Tokoh Maal Hijrah telah dianjurkan pada 4 Oktober 2018 sebagai ruang kepada Tokoh Maal Hijrah tahun 2018 memberikan syarahan khusus dan menyebar luaskan lagi budaya ilmu dan wacana.
11 Mengarahkan agar gambar Nisha Ayub serta Pang Khee Teik diturunkan pada 8 Ogos 2018 daripada pameran fotografi ‘Stripes and Strokes’ di George Town, Pulau Pinang diikuti pertemuan dengan Nisha pada 10 Ogos bagi memberi penjelasan bahawa kerajaan sama sekali tidak menyokong usaha mempromosi LGBT.
12 Mendedahkan penyelewangan wang di Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) pada 6 Ogos 2018 iaitu sebanyak RM7.4 juta sebagai salah satu usaha untuk memastikan institusi agama terus ditadbir dengan telus dan berintegriti.
13 Mempertemukan dua pihak iaitu Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dengan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P Ramasamy pada 30 Julai 2018 berhubung isu pendakwah Dr Zakir Naik serta dakwaan menyokong kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) .
14 Mendapat pujian kerajaan Arab Saudi atas pelaksanaan Program Kebersihan Perdana Masya’ir yang julung kali diadakan tahun lalu dengan 37,200 jemaah haji Malaysia di Arafah, Mudzalifah dan Mina secara bergotong-royong membersihkan khemah mereka setiap hari.
15 Pertemuan Khas Perdana Menteri Bersama Tokoh-tokoh Ulama dan Cendekiawan pada 31 Julai 2018, bagi mewujudkan hubungan baik antara ulama dan umara bagi mendukung usaha kerajaan ke arah memastikan pengurusan hal ehwal Islam dilaksanakan dengan pro aktif, efektif, cekap, dan berwibawa.
16 Meminda tagline stesen TV Hijrah kepada ‘Islam Rahmatan Lil Alamin' sebagai media penyiar yang mendidik dan mentarbiyah ummah sesuai dengan penerusan kecemerlangan yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Model Transformasi Ummah oleh Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) pada 1 September 2018.
Read More

[Video KJ - UMNO tak perlu pertahankan Najib Bosskau] Banyak sungguh duit engko Najib! Nak risik apa sampai RM2.5 juta tu, hasilnya UmnoBN jatuh melingkup PRU14 & RM1900 juta dalam akaun peribadi Najib..Hanya yang bangang je sokong UMNO.

Selasa, 30 April 2019
KiniTV
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar tidak ada masalah dengan fenomena ‘Bossku’ yang dicetuskan oleh bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak. Ketika ini, sambil dirinya dipalit skandal dan pelbagai pertuduhan pecah amanah, Najib berusaha untuk turun padang bertemu rakyat membawa jenama ‘Bossku’ itu dalam usaha memulihkan imejnya. Kata Khairy, Najib berhak untuk mempertahankan dirinya tetapi tidak harus terlalu berusaha untuk menegakkan benang yang basah. “Pandangan peribadi saya, kita mesti ada kompas moral. Saya harap kalau ada usaha untuk mempertahankan diri sebagai individu, itu tidak melibatkan UMNO secara rasmi. “Kalau orang UMNO nak pergi (acara turun padang ‘Bossku’) tak apa, tetapi jangan sekali-kali kaitkan dengan UMNO,” tegas beliau semasa sesi Bicara Minda Sinar Harian di sini hari ini.
Imej mungkin mengandungi: 3 orang, teks
Imej mungkin mengandungi: 3 orang, teks
BANYAK SUNGGUH DUIT NAJIB !!
Sanggup byr RM2.5 juta pada kenalan rapatnya utk risikan UMNO?
Nak risik apa sampai RM2.5 juta tu sampaikan BN boleh jatuh melingkup PRU14!
Tak heranlah jika ketua perisik negara di bawah pemerintahan Najib pon telah dituduh di mahkamah songlap duit kerajaan berjumlah RM50.4 juta (US$12 juta).
Itupun UMNO & PAS bermati-matian berusaha utk memastikan BN kembali berkuasa slps PRU15, kenapa?
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan teks
Bila Najib bagi duit maknanya ada tugasan yang perlu dibuat. Pemimpin parti ana yang terima duit dari Najib dan Umno dahulu apa tugasannya?
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Read More

4 Professors and A Crown Prince "Jangan campur aduk ikut selera anak raja saja. Nanti huru-hara rakyat. Tolong waras!" DAH LAH duit pencarum Tabung Haji, UMNO songlap kerjakan..Ni plok duit² pencen pesara rakyat KWAP RM2 bilion pon ko tibai sekali? [Video TMJ Boleh Ditukar, PM Hanya Rakyat yang boleh Tukar - Mahathir]

Selasa, 30 April 2019
Image may contain: one or more people
Hoooray...atok dah balik... 
Rome Statute - Four Professors and A Crown Prince
4 Professors and A Crown Prince 
Rome Statute - ICC International Criminal Court Building
Rome Statute - ICC International Criminal Court Building
Lopak raja lain, ruang politik lain... 
Image may contain: 1 person, text
Ketua Bersatu Negeri Sembilan, Tan Sri Dr Rais Yatim meluahkan rasa kurang senang dengan kenyataan ‘lebih baik tukar perdana menteri’ dititahkan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim. 

Menerusi ciapan di laman Twitter beliau, bekas menteri kanan itu mendakwa Tunku Ismail banyak berbicara perihal politik. 

Bahkan, Rais turut meminta baginda menghentikan sindiran mahukan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diganti kerana ia adalah hak rakyat biasa. 

“Kalau mahu cakap politik, sila daftar masuk parti politik. Lopak raja lain. Ruang politik lain. 
“Jangan campur aduk ikut selera anak raja saja. Nanti huru-hara rakyat. Tolong waras,” tulis beliau. 

Baru-baru ini, tular satu rakaman video memaparkan kenderaan TMJ beredar meninggalkan Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin, Johor, selepas perlawanan bola sepak membabitkan JDT dan kelab dari China, Shandong Luneng. 

Ketika kenderaan baginda melalui sekumpulan penyokong JDT, seorang individu melaungkan ‘Tukar Mora’ yang merujuk kepada Jurulatih JDT, Benjamin Mora. 

Kenderaan yang membawa TMJ kemudian berhenti seketika dan dari dalam kenderaan tersebut, baginda kemudian bertitah: "Daripada tukar Mora baik tukar Perdana Menteri." - SH
TS
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
DAH LAH duit pencarum Tabung Haji, UMNO songlap kerjakan..
Ni plok duit² pencen pesara rakyat KWAP pon ko tibai sekali?
Itupun UMNO & PAS bermati-matian berusaha utk memastikan BN kembali berkuasa slps PRU15, kenapa?
Read More

Hari ke-11: RM2b lagi masuk ke SRC dari KWAP pada 2012 & Najib beri saya RM2.5j untuk risikan politik [Video HARI KE-11 PERBICARAAN NAJIB 30 APRIL 2019]

Selasa, 30 April 2019
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
TAHUKAH ANDA..
Dana dari Arab Saudi hanya berjumlah US$100 juta (RM304.5 juta) dalam EMPAT transaksi pada tahun 2011 (23/2/2011: US$10 juta, 13/6/2011: US$10 juta, 18/8/2011: US$50 juta dan 25/11/2011: US$30 juta)
Manakala 'derma' US$681 (RM2.6 bilion) itu berasal daripada Tanore Finance Corporation, BUKANNYA 'direct' dari akaun k'jaan Arab Saudi mahupun Putera Faisal bin Turkey yg dibuat dalam DUA transaksi pada tahun 2013 (21/3/2013: US$620 juta dan 25/3/2013: US$61 juta).
KENAPA derma dari Tanore Finance Corporation shj yg dipulangkan ?
Dana RM304.5 juta dari Arab Saudi dah pi mana?

Hari ke-11: RM2b lagi masuk ke SRC dari KWAP pada 2012

R Uma Devi
Pengurus Ambank cawangan Jalan Raja Chulan, R Uma Devi, dijadual meneruskan keterangannya kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Sehingga perbicaraan ditangguhkan petang semalam Uma Devi masih disoal balasa peguam bela Najib Razak, Harvinderjit Singh.
Malaysiakini menyiarkan laporan langsung perjalanan kes berprofil tinggi ini di sini dari semasa ke semasa.
LANGSUNG
4.20 petang: Perbicaraan bersambung semula.
4.10 petang: Mahkamah berehat selama kira-kira 10 minit.
3.30 petang: Saksi Wedani Senen mengesahkan bahawa bahagian kedua sebanyak RM2 bilion mengalir masuk dari Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) ke dalam akaun bank SRC International pada 28 Mac 2012.
Pengurus Unit Pusat Rentas AmBank membenarkan dokumen nasihat pengesahan (confirmation advice) yang ditunjukkan oleh DPP Sulaiman Kho.
Sebelum ini, saksi R Uma Devi memberi keterangan bahawa RM2 bilion dipindahkan ke akaun SRC International pada tarikh yang sama.
Bahagian pertama sebanyak RM2 bilion telah dipindahkan dari akaun KWAP ke dalam akaun SRC International pada 26 Ogos 2011.
3.05 petang: Sejumlah RM2 bilion wang dipindahkan dari Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) kepada akaun syarikat SRC International Sdn Bhd (SRC) pada Ogos 2011.
Saksi pendakwaan yang juga pengurus Unit Rentas Pusat Kiriman Wang Ambank, Wedani Senen memberitahu mahkamah transaksi tersebut berlaku pada 26 Ogos tahun berkenaan.
Menjawab soalan timbalan pendakwa raya, Sulaiman Kho, saksi ke-21 itu memberitahu pemindahan tersebut direkodkan melalui confirmation advice yang dikeluarkan.
Sulaiman: Boleh puan maklumkan apa dokumen ni?
Wedani: Confirmation advice. Duit masuk dari Kumpulan Wang Persaraan kepada Amislamic Bank.
Sulaiman: Jumlahnya?
Wedani: RM2 billion kepada SRC pada 26 Ogos 2011.
Sulaiman: Adakah confirmation advice ini dikeluarkan Unit Rentas Ambank?
Wedani: Ya.
Terdahulu saksi itu memberitahu mahkamah confirmation advice ialah dokumen yang dikeluarkan secara automatik oleh Sistem Rentas bank terbabit bagi melengkapkan pelaksanaan pemindahan wang dari sebuah bank ke akaun Ambank.
Katanya bagi wang yang dipindahkan dari Ambank ke bank lain dokumen berkenaan dikenali sebagai completion advice.
Malaysiakini,

Habibul: Najib beri saya RM2.5j untuk risikan politik

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini dimaklumkan bahawa bekas perdana menteri Najib Razak memberikan RM2.5 juta kepada salah seorang kenalan rapatnya untuk mengumpul risikan.
Saksi Habibul Rahman berkata wang berkenaan adalah untuk "manfaat politik BN".
Wang berkenaan dikatakan disalurkan melalui cek yang diberikan kepada sebuah firma guaman.
Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi: Bolehkah anda menjelaskan kenapa cek itu diberikan kepada firma guaman dan bukannya anda sendiri?
Habibul: Saya sendiri minta kerana jika di bawah nama saya ia akan dianggap sebagai hasil pendapatan saya.
Bukan untuk tujuan saya. Ia untuk operasi pertahanan politik, digunakan (untuk memperoleh) risikan politik.
Saifuddin: Risikan untuk siapa?
Habibul: Ia ada tertulis dalam sebuah senarai, semua pihak yang terima (wang). Wang itu adalah untuk bayaran balik (aktiviti) politik.
(Kadang-kadang) saya perlu guna duit sendiri. Jadi saya ambil (sebahagian wang).
Rabu lalu, peguam yang mewakili Habibul, Ashraf Abdul Razak memaklumkan mahkamah  bahawa bekas firma guamannya sebelum ini menerima cek RM2.5 juta bagi anak guamnya itu.
Ashraf juga berkata dia menerima arahan daripada Habibul untuk membuat beberapa bayaran, termasuk kepada anak dan isteri Habibul.
Hari ini, Habibul menjelaskan bahawa wang yang diagihkan kepada keluarganya adalah bayaran balik wang yang dia sudah gunakan untuk tujuan mengumpul bahan risikan politik.
Habibul juga menjelaskan bahawa Ashraf tersilap memberitahu mahkamah bahawa RM2.5 juta itu adalah bagi tujuan kontrak pertahanan.
Malaysiakini
Read More

Dah tahu UMNO tu bapak segala perosak, kenapa masih setia bersekongkol dgn UMNO..Selamat menunggang, don't drink and drive & Harap anak² kapal tak mabuk [Video RAKYAT MALAYSIA MENOLAK DAULAH TERPENDAM]

Selasa, 30 April 2019
Jom Channel
Saifuddin berkata Statut Rom tidak diratifikasi kerana hendak mengelakkan 'deep state' atau daulah terpendam. "Saya pergi ke TV dan mendedahkan pembohongan mereka, wujud pembohongan. Kami akan mendedahkan mereka semua termasuk profesor kangkung" katanya dipetik The Malay mail. Menurut kolumnis Hishamuddin Rais, Daulah terpendam dari dahulu hingga ke hari ini adalah jaringan, kabel dan sel-sel rahsia, yang rasmi dan tidak rasmi. Daulah terpendam bergerak untuk mempertahankan kepentingan masing-masing.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, teks
Suara Rakyat
Dah tahu UMNO tu bapak segala perosak, kenapa masih setia bersekongkol dgn UMNO..
Itupun UMNO & PAS bermati-matian berusaha utk memastikan BN kembali berkuasa slps PRU15, kenapa?
HAKIKATNYA.. UMNO masih terus bernyawa sbb ada parti yg SUDI SANGGUP jadi tongkatnya!
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang berdiri
Suara Rakyat
Elok dah dok sekapal..
Satu pedagang atas nama bangsa...
Satu pedagang atas nama agama...
Selamat menunggang. Don't drink and drive. Harap anak² kapal tak mabuk.
Image may contain: 2 people, text
Sudah lama usaha mereka! Ketika almarhum TG Nik Abdul Aziz masih hidup sudah ada deal, dan sudah tentu kita boleh katakan Hj Hadi ialah pengkhianat kepada almarhum. Di depan pijak semut pun tak mati, tapi di belakang berselingkuh dengan musuh politik.Beberapa kali Hadi menafikan dia terlibat dlm penyatuan ini, siapa berbohong sebenarnya, Hadi atau Najib berbohong, atau kedua2nya sekali berbohong. Takkan lebai pun kaki berbohong... 
Image may contain: 2 people, people smiling, text
2 calon bebas iaitu HAMZAH BIN ABDULLAH dan  SULAIMAN BIN AB SAMAD,bukan org Melayu Islam kot... 
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena