Wednesday 17 April 2019

Sindiket 'lori kebal' SPRM menahan seramai 31 individu termasuk 23 penguat kuasa JPJ & Sebodoh-bodoh aku menjadi Arkitek bertauliah, tidak pernah lagi ku jumpai project mega scale yang progress paymentnya dibayar mengikut hari [Video MENTERI DIKECAM KERANA GAMBAR?]

Khamis, 18 April 2019
Imej mungkin mengandungi: 11 orang
Otai BERSIH
Syabas SPRM! Sindiket 'lori kebal' lebih ramai penguat kuasa dijangka dipanggil
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam telah menahan seramai 31 individu termasuk 23 penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana dipercayai terlibat dengan kegiatan rasuah melindungi pemandu-pemandu lori yang melakukan kesalahan jalan raya khususnya membawa lebih muatan di sekitar Pulau Pinang.
Kesemua mereka yang ditahan terdiri daripada 28 lelaki dan tiga wanita berusia lingkungan 31 hingga 54 tahun. Mereka ditahan di Pejabat SPRM Pulau Pinang antara jam 10 pagi hingga 4 petang hari ini.
Daripada jumlah tangkapan itu, lapan individu termasuk tiga wanita terbabit merupakan orang awam yang berperanan sebagai proksi, tonto serta pemilik syarikat.
Menurut sumber, kesemua pegawai penguat kuasa JPJ gred 19 hingga 32 daripada Pejabat JPJ Pulau Pinang berkenaan dipercayai menerima bayaran berjumlah kira-kira RM10,000 ke RM32,000 secara bulanan sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadap pemandu-pemandu lori terlibat selain turut membocorkan maklumat operasi JPJ.
"Wang yang diterima tersebut dipercayai untuk pegawai kanan JPJ bagi tujuan hiburan," ujar sumber itu.
Jelas sumber, tangkapan ini merupakan siasatan peringkat pertama dan tidak menolak kemungkinan ramai lagi yang akan dipanggil bagi membantu siasatan.
Katanya, dianggarkan tidak kurang daripada 75 pegawai penguat kuasa JPJ terlibat menerima rasuah daripada pemilik syarikat-syarikat lori.
Dalam pada itu, sumber berkata, kumpulan lori-lori yang dilindungi ini dibekalkan dengan pelekat khas yang disediakan oleh tonto agar mereka mudah dikenalpasti sekali gus kebal daripada tindakan penguat kuasa.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.
Jelas beliau, operasi besar-besaran oleh Ibu Pejabat SPRM Putrajaya dengan kerjasama SPRM Pulau Pinang itu dilakukan hasil risikan sejak beberapa bulan lalu selain mendapat maklumat daripada orang awam.
Tambahnya, beliau tidak menolak kemungkinan lebih ramai lagi akan dipanggil untuk membantu siasatan.
Kesemua yang ditahan dijangka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Georgetown hari ini untuk mendapatkan perintah reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Imej mungkin mengandungi: luaran dan teks
Imej mungkin mengandungi: teks dan luaran
Imej mungkin mengandungi: teks
Imej mungkin mengandungi: teks
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks
Otai BERSIH
ECRL Zaman Najib
Sebodoh-bodoh aku menjadi Arkitek bertauliah, tidak pernah lagi ku jumpai project mega scale yang progress paymentnya dibayar mengikut hari atau tarikh masa yang ditetapkan... Adoi... Dan sebelah pihak sahaja yang akan menanggung risiko jika terbengkalai...
Analogi mudah : 
Jika anda ahli PAS atau UMNO membina rumah bungalow idaman anda di Kelate atau ngganu... Adakah anda akan membayar kepada kontraktor jadual pembinaan rumah bungalow anda mengikut tempoh hari...? Sedangkan kontraktor tidak menyiapkan kerja-kerja pembinaan mengikut masa yang ditetapkan...
Sbg contoh mudah lagi... Pembinaan rumah bungalow anda hanya siap lantai sahaja... Sedangkan anda perlu membayar bayaran upah kerja sebanyak 50% daripada keseluruhan kerja dan kerja itu pula sudah mengambil masa yang lama... Sudah 1 tahun... Masih lewat dari jadual asal... Adakah anda sanggup juga membayar kepada kontraktor rumah tersebut... Disebabkan anda sudah mendatangani kontrak dgn kontraktor yang menyatakan anda sahaja yg akan menanggung segala bentuk risiko... Sungguh bodoh bukan...
Itulah hikmahnya... Apabila kerajaan klepek Najib BN dan sekutunya PAS tumbang... Kos ECRL sebanyak RM 60 billion lebih, dapat dikurangkan kepada sebanyak RM 21 billion lebih... Bayangkan, sebanyak 2 buah KLCC lagi dapat dibina dengan penjimatan kerajaan PH lakukan... Yang untung rakyat Kelate dan ngganu juga...
Kalau tu pun ahli PAS-UMNO bebal... Baik jadi budak tadika jer...

1 comments:

Unknown said...

Sblm ni Ulamak agung kata WAJIB BOHONG. Mungkin esok2 depa kata WAJIB BANGGANG DEMI MASLAHAT.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena