Monday 15 April 2019

[Video ECRL diteruskan dengan landasan berkembar, kos kurang RM21.5 bilion] Kes SRC Najib, Pendakwa Akan Membuktikan kepada Mahkamah & Saksi: Bank Negara siasat lapan dokumen termasuk empat akaun bank Najib.

Isnin, 15 April 2019
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang berdiri dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: teks

Otai BERSIH
Pendakwaan kes SRC Najib, Akan Membuktikan kepada Mahkamah seperti berikut :
1-Pihak pendakwaan akan membuktikan bahawa tertuduh terlibat secara langsung dalam keputusan bagi pihak Kerajaan Malaysia untuk memberi jaminan kerajaan bagi pinjaman berjumlah RM4 bilion yang diterima oleh SRC International Sdn Bhd daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (“KWAP”).
2-Bukti juga akan menunjukkan bahawa pada bulan Disember 2014, kad kredit yang dituduh, dicaj sebanyak USD130,625 bagi perbelanjaan yang dibuat di Chanel, sebuah kedai fesyen eksklusif di Honolulu.
3-Pihak pendakwaan akan membuktikan bahawa cek peribadi dikeluarkan, antaranya sebagai bayaran untuk kerja-kerja pengubahsuaian yang dilaksanakan di kediaman tertuduh di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur, kediaman tertuduh di Pekan, Pahang, dan juga cek dikeluarkan kepada pelbagai parti politik komponen Barisan Nasional.
4-Dalam membuktikan tuduhan menyalahguna kedudukannya, bukti dalam bentuk lisan, dokumentari serta keadaan akan dikemukakan oleh pihak pendakwaan bagi menunjukkan cadangan penubuhan SRC International Sdn Bhd, cadangan penubuhan geran RM3 billion, permohonan SRC International bagi mendapatkan pinjaman kerajaan RM3.95 billion, pelantikan Lembaga Pengarah SRC International, dan Nik Faisal Ariff Kamil sebagai Ketua Pegawai Eksekutif SRC International.
5-Pihak pendakwaan juga akan menunjukkan perkara-perkara yang membawa kepada kelulusan oleh kerajaan Malaysia, menerusi Kementerian Kewangan, pemberian jaminan kerajaan untuk RM2 billion berpihak kepada SRC International dan pemberian jaminan kerajaan untuk RM2 billion lagi yang berpihak kepada syarikat itu (SRC International).
6-Bukti juga akan menunjukkan perkara berhubung pengaliran wang berjumlah RM42 juta, dari SRC International, disalurkan menerusi akaun syarikat Gandingan Mentari Sdn Bhd (subsidiary milik penuh SRC International Sdn Bhd) dan Ihsan Perdana Sdn Bhd (dikatakan dilantik sebagai rakan kongsi tanggungjawab sosial korporat SRC International).
7-Bagi pertuduhan pecah amanah (CBT), pihak pendakwaan akan membuktikan bahawa Najib, sebagai Perdana Menteri dan Menteri kewangan, serta Penasihat Emeritus kepada SRC International, semasa diberi kepercayaan terhadap wang milik SRC International, melakukan CBT dengan merujuk kepada wang RM27 juta, RM5 juta dan RM10 juta milik SRC International.
8-Pihak Pendakwaan juga akan menampilkan bukti bahawa Najib terbabit dengan penggubahan wang haram dengan menerima RM42 juta, sebagai hasil daripada kegiatan yang menyalahi undang-undang, dalam akaun Perbankan AmPrivate.
9-Bukti juga akan menunjukkan bahawa Najib mengeluarkan 15 cek daripada akaun banknya yang berjumlah RM10,776,514.00.

Saksi: Bank Negara siasat lapan dokumen termasuk empat akaun bank Najib


Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur diberitahu sebanyak lapan dokumen, termasuk empat akaun Ambank milik bekas perdana menteri Najib Razak, telah diambil dari Ambank cawangan Jalan Raja Chulan bagi tujuan siasatan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
Pengurus BNM Azizul Adzani Abdul Ghafar berkata dokumen itu diperoleh selepas satu penggeledahan dilakukan di lokasi tersebut pada 6 Julai 2015 bagi mendapatkan senarai akaun berhubung obligasi pelaburan.
Azizul Adzani, yang dilantik sebagai pegawai penggeledah ketika itu, berkata beliau telah menemui Pengurus Cawangan Ambank terbabit iaitu R Uma Devi dan memaklumkan senarai akaun yang diperlukan BNM bagi tujuan siasatan.
“Puan Uma Devi telah mendapatkan semua dokumen yang saya nyatakan dan setelah meneliti dokumen-dokumen tersebut, saya mencatatkannya dalam senarai geledah,” kata saksi kedua pendakwaan itu sambil menambah beliau pergi ke cawangan Ambank tersebut bersama tiga lagi pegawai BNM.
Azizul Adzani berkata demikian ketika pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim pada hari kedua perbicaraan kes Najib berhubung dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
Saksi itu berkata dokumen lain membabitkan tiga akaun syarikat SRC Sdn Bhd dan satu akaun Syarikat Gandingan Mentari Sdn Bhd.
Menjawab soalan Suhaimi berkaitan tujuan saksi itu mencatat dokumen yang diperoleh dalam senarai geledah, Azizul Adzani berkata ia adalah bagi merekodkan dokumen yang diambil BNM untuk tujuan siasatan.
Azizul Adzani turut mengenal pasti dan mengesahkan dokumen terbabit yang ditunjukkan pihak pendakwaan.
Najib, 66, berdepan tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
Anggota Parlimen Pekan itu, yang merupakan perdana menteri keenam, didakwa melakukan kesemua kesalahan di AmIslamic Bank Berhad Jalan Raja Chulan dan pejabat Perdana Menteri di Putrajaya antara 17 Ogos dan 10 Feb 2015.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali sedang berlangsung.
- Bernama

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena