Zulkifli Ismail
Selepas berucap dalam Sidang Dun, Asmuni dikafirkan
Selepas mengingatkan tentang bahaya budaya takfiri di dalam Dewan Negeri, Exco Kerajaan Negeri Perak Asmuni Awi telah dikafirkan oleh individu di laman sosial Facebook.
Dalam ruangan komen di pautan, seorang pemilik akaun Facebook bernama Zulkifli Ismail mendakwa, Asmuni adalah seorang bukan Islam.
Beliau mengeluarkan kenyataan tersebut di ruangan komen pautan berita Sinar Harian yang bertajuk “Sidang DUN Perak kecoh isu ‘kafir’ libatkan kerjasama UMNO, Pas”
“Asmuni tu sebenarnya bukan Islam wahai saudara2 ku (saudara-saudaraku) semua… beliau adalah syiah,” kata Zulkifli yang meletakkan gambar tertera perkataan Tolak Icerd di laman Facebooknya.
Komen tersebut menimbulkan rasa tidak senang netizen lain yang meninggalkan komen mendesak Zulifli mengemukakan bukti terhadap tuduhan tersebut.
“Zulkifli Ismail sila pamer bukti atau anda dicop penfitnah,” tegas pemilik laman Facebook bernama Nurul Rashdin Zahari.
Pemilik akaun Facebook bernama Wan Mohamad Desah pula mendesak laporan polis dibuat terhadap individu tersebut.
Sebelum itu, Asmuni di dalam ucapan penggulungannya di Persidangan Dun Perak menyatakan kebimbangan dengan penyuburan budaya mengkafirkan pihak lain hanya kerana tidak sependapat dalam perjuangan politik.
Menurutnya, budaya mengkafirkan orang dengan sewenangnya adalah terlalu asing bagi rakyat Malaysia dan ia lebih teruk daripada taliban.
Kata beliau, menghukum pihak yang berbeza fahaman politik ini adalah sangat tidak baik dan wajar dibendung oleh semua pihak agar tidak berleluasa.
Perak Insight
Ini yang dikatakan jika parti ana buat maka perjuang Islam, namun jika orang lain buat digambarkan hina Islam...
1 comments:
Wahai umat Islam, janganlah di ikut cakap2 dan perangai buruk ulamak2 palsu ni. Islam tak pernah ajar, kafirkan orang lain malah tak pernah ajar, esok cakap lain, lusa pulak buat benda lain. Parti ulamak2 Palsu ni dah terbukti banyak kali sebangai kaki kelentong, kaki fitnah, kaki bidaah dan kaki makan rasuah (under table). Mereka ni golongan agamawan palsu. Kesemua yang mereka perjuangkan adalah palsu. Perjuangan untuk hudud, semuanya palsu dan sekarang ni perkataan hudu pun ulamak2 palsu tu tak berani sebut. RUU355, tu pun perjuangan palsu sebab ianya propaganda untuk dapat balun duit UMNO. Sekarang kat Palimen ulamak palsu tu pi suruh PH yang bentang sedangkan dulu sibuk bersorak kononnya mereka akan berjuang hingga mati untuk RUU355. Semuanya palsu! Berjuang untuk Islam, palsu. Berjuang untuk melayu, lagi lah plasu sebab mereka pun dok berkroni gak. Berjuang untuk apa lagi? Semuanya palsu. last2 apa yang tak palsu? kaki balun duit UMNO, itu bukan palsu dan bukan fitnah. Itu mereka sendiri mengaku memang ambik duit UMNO. PAS=PALSU!
Nick.
Cape Tiger.
Post a Comment