Monday, 29 April 2019

[Video PERANCANGAN RAHSIA NAJIB DAN HADI TERBONGKAR] UMNO curi duit Felda & SANGGUPKAH ANDA KEMBALI KE ZAMAN GELAP? PBS tidak mampu jadi wakil rakyat di Sandakan.

Selasa, 30 April 2019
Jom Channel
MENARIK DALAM RENTASAN BERITA 491 1. SANGGUPKAH ANDA KEMBALI KE ZAMAN GELAP? 2. ADAKAH ANDA ORANG YANG BUTA MATA DAN MATA HATI? 3. JANGAN SAMPAI KEBEBASAN MEDIA MEMAKAN DIRI 4. SANTAI TEH TARIK BERSAMA 4 PUTERA MAHKOTA KANTOI
Tiada penerangan foto disediakan.
Imej mungkin mengandungi: 4 orang, teks

PRK Sandakan: PBS tidak mampu jadi wakil rakyat di Sandakan - Yeo

Parti Bersatu Sabah (PBS) tidak berupaya menjadi wakil rakyat di Sandakan kerana parti pembangkang itu gagal memenuhi janji kepada rakyat ketika menjadi sebahagian daripada kerajaan di bawah Barisan Nasional dahulu.
Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin berkata kepimpinan PBS kini diterajui oleh bekas menteri yang bertanggungjawab terhadap tenaga, tetapi gagal melaksanakan dua projek kritikal terhadap masalah tenaga yang sering dibelenggu rakyat di pantai timur Sabah.
“Kerajaan Pakatan Harapan (PH) terpaksa membatalkan projek saluran paip gas Sabah yang sepatutnya menyalurkan gas bagi penjanaan kuasa elektrik dari pantai barat ke pantai timur kerana hanya 11 peratus projek dilaksanakan, sedangkan 88 peratus daripada kos RM4 bilion telah pun dibelanjakan.
“Kerajaan sekarang juga terpaksa membatalkan projek geoterma di Tawau kerana tidak ada perkembangan dalam projek itu sejak 2016,” katanya pada ceramah umum DAP di Apartmen Indah Jaya di Sandakan malam tadi.
Mengenai calon DAP Vivian Wong Shir Yee, 30, untuk bertanding kerusi Parlimen Sandakan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 11 Mei ini, menteri itu berkata umur dan gender bukan pengukur untuk menentukan kredibiliti seseorang.
“Vivian Wong mempunyai idealisme yang boleh dicapai. Saya yakin beliau akan membawa idealisme anak muda ke Parlimen dan kita perlu percaya pada anak muda dan juga wanita,” katanya.
- Bernama
malaysiakini

1 comments:

nick said...

Sudahkah PAS dan Hadi kuarkan fatwa wajib sokong calon PBS sebab PAS pun sokong calon tu sebab sebelum ni PAS memang dah banyak kali sebut kononnya umat Islam wajib sokong PAS tanpa mengira sebab? Adakah wajib sokong PBS sebab parti tu menjadi kawan PAS walaupun parti tu menolak hudud dan RUU355? Adakah logik bahawa kedudukan PAS itu lebih tinggi serta besar kepentingannya berbanding hudud dan RUU 355? Umat islam wajib undi PBS atas sebab PAS yang arahkan walhal PBS menentang hudud dan RUU 355?

Adakah akidah umat Islam terletak pada PAS dan bukan terletak kepada hukum dan ajaran Islam? Bukankah ini satu kepalsuan dan bidaah yang disebarkan kepada umat Islam? Does this really make sense? Does PAS really make sense and are they really an Islamic party? Satu persoalan untuk umat Islam yang mahu berfikir dan mahu melihat kebenaran!

Tak menjadi masalah untuk PAS meminta ahli2nya mengundi PBS tetapi adalah satu pendustaan dan kepalsuan bila PAS dok menjaja kononnya mematuhi dan menyokong segala arahan PAS adalah wajib dan ianya kehendak islam. Itu BIDAAH yang besar dan nyata! BIDAAH itu tempatnya NERAKA. Nauzubillah!

Nick.
Cape Tiger.

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena