Wednesday, 24 April 2019

Jangan main2 dengan walaun! Jika gagal lawan hujah jebon, kafirkan terus..DUN boleh tolak orang pilihan sultan, kata Dr M & SIAPA CALON UMNO DI PRK PARLIMEN PEKAN (?) Oooopppsss terlalu awal [Video SIARAN VIDEO EDIT BICARA NAJIB HINA MAHKAMAH]

Khamis, 25 April 2019
Jom Channel
Menurut Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali transkripsi rakaman mahkamah (CRT) adalah untuk kegunaan mahkamah dan bukan untuk tatapan awam kerana sebarang komen atau ulasan yang diberikan, boleh prejudiskan kes itu. "Sebarang bentuk rakaman tidak dibenarkan, bukan sahaja pautan video siaran langsung atau live streaming dan ini termasuk CRT." "Saya harap pihak pembelaan dan pendakwaan, yang merupakan pegawai mahkamah agar mematuhi perkara ini. Saya juga mahu mengingatkan semua orang agar tidak membuat sebarang komen yang boleh prejudiskan perbicaraan kes ini dan boleh menimbulkan penghinaan terhadap mahkamah" kata Mohd Nazlan dipetik Bernama.
Jangan main-main dengan pengikut parti ana. Jika gagal lawan hujah jebon, kafirkan terus...
Ana Tahu
Imej mungkin mengandungi: teks
Mahathir Mohamad - Blue Suit
Otai BERSIH
Dewan Undangan Negeri boleh tolak orang pilihan sultan, kata Dr M.
Mahathir Mohamad berkata Perlembagaan Persekutuan mengatasi semua perlembagaan negeri.
Dr Mahathir Mohamad bertegas raja tiada kuasa mutlak dalam pelantikan menteri besar atau perdana menteri, 2 hari selepas jemaah exco Johor yang baru baru mengangkat sumpah di sebalik perdebatan mengenai kuasa sultan.
Beliau menjelaskan Perlembagaan Persekutuan secara jelas memberikan kuasa kepada parti yang menang pilihan raya, yang akan menamakan perdana menteri, menteri besar dan ketua menteri, yang kemudian akan dipersetujui raja-raja.
“Sekiranya raja berperlembagaan tidak mahu sokong dan mencadangkan calon tersendiri dan menyokong orang itu, parti yang menang boleh menolak orang itu dalam Dewan Undangan Negeri menerusi undi tidak percaya,” katanya di blog hari ini.
Pada Isnin, 10 exco Johor mengangkat sumpah di depan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene, selepas pertelagahan dengan istana mengenai siapa yang ada kuasa dalam urusan pentadbiran negeri, termasuk pelantikan menteri besar.
Sumber yang boleh dipercayai memberitahu bahawa barisan exco baru itu tidak pernah mendapat kelulusan pimpinan PPBM.
Juga difahamkan rombakan jemaah exco itu atas permintaan sultan.
Sultan pernah memberi amaran kepada “orang luar” jangan mencampuri urusan pentadbiran negeri, mengatakan kerajaan Johor mempunyai adat dan cara pemerintahan tersendiri.
Mahathir sebelum ini berkata perlembagaan negeri mesti seiring dengan Perlembagaan Persekutuan.
“Dalam Perlembagaan ini, kita telah nyatakan Persekutuan Tanah Melayu dan negeri-negeri dalam persekutuan ini mengamalkan sistem raja berperlembagaan.
“Bukan raja berkuasa mutlak. Kalau ianya masih ada dalam undang-undang perlembagaan Johor, itu terbatal dan Johor juga bersetuju dengan sistem pemerintahan dalam negara kita ini,” katanya pada 10 April.
Mahathir hari ini menulis perlembagaan yang wujud sebelum Perlembagaan Persekutuan dirangka untuk Tanah Melayu kini tidak lagi terpakai.
“Perlembagaan Johor dan Terengganu yang diisytiharkan lebih awal dibatalkan oleh perlembagaan baru yang diterima oleh semua negeri-negeri Malaysia,” katanya.
Beliau juga menerangkan secara ringkas peristiwa-peristiwa yang membawa kepada perangkaan Perlembagaan Persekutuan.
“Adalah penting semua orang yang berkenaan menghormati perlembagaan dan berpegang padanya. Kegagalan berbuat demikian akan menidakkan kedaulatan undang-undang.”

SIAPA CALON UMNO DI PRK PARLIMEN PEKAN (?)

Oooopppsss terlalu awal tetapi pilihan yang tepat adalah anak Najib.
Jangann cakap abang tak payung..
Posted by 

1 comments:

nick said...

Walaun bila hujah takde dan bila penipuan terbongkar terus kafirkan orang lain. Ini semua kerja2 ulamak2 jahat serta khawarij yang kuat makan rasuah dan dedak tapi masih dok mengaku suci. Sejak bila PAS ni dapat wahyu utk kafirkan orang islam yang lain? Rasulullah SAW pun tak kafirkan puak2 munafik tapi tiba2 puak2 lebai karut pulak berlagak dan bertindak macam dapat wahyu. Inilah dia golongan musuh2 islam yang sebenar. Puak khawarij pelampau kembar kepada ISIS dan Taliban. Umat Islam menolak ISIS dan Taliban maka wajib juga tolak lebai2 khawarij ni.

Nick.
Cape Tiger

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena