Renungkan
Menteri kata kalau ahli masuk dalam jabatan dan kementerian atau bagi projek nanti siapa nak buat kerja parti, maka jawatan Kementerian bagi pada orang Umno dan PAS, projek bagi pada kroni Umno.
Renungkan
Masa team cybertrooper PH mintak supaya team ini di letak dibawah Kementerian dan juga bahagian penyiaran diletakkan orang PH agar dapat bawak agenda kerajaan untuk maklumat orang ramai dan jugak tepis semua fitnah tapi Menteri sombong konon nak media terbuka sangat, nah amik kau ubat sombong sangat.
Renungkan
Menteri kata sanggup hilang undi pasal undang-undang rokok, patut sebagai menteri guna akal untuk jawab, bagi alasan yang baik bagi mendidik masyarakat dengan tujuan kuat-kuasakan sesuatu undang-undang, contoh sebagai menghormati orang yang tak menghisap rokok, atau ada anak kecil sekitar atau bagitau nak memberi peluang pada perokok untuk secara perlahan-lahan berhenti merokok, jangan sombong sangat.
Renungkan
Dulu sebelum menang PRU kata kita akan buang semua sampah Umno dalam Kementerian bagi cuci balik masalah untuk mulakan Malaysia Baru tapi sekarang kata kita kena bekerjasama dengan mereka sebab mereka ni ada pengalaman tapi ahli sendiri tak ada kebolehan dan pengalaman.Sedar lah Menteri ooiii,mereka pengalaman merompak dalam kementerian, kalau ahli sendiri dia akan jaga elok, siapa kata dalam ahli tak ada orang yang ada kebolehan cuma hangpa tu buta perut tak mahu tengok. Kena pulak dah dengan Supol dan Pegawai khas menteri, sombong dengan bangang tak ada dah, golek lebih (bukan semua) kenapa kau orang ingat Menteri kita ada pengalaman jadi Menteri ke??,Kau semua tu ada pengalaman jadi Supol dengan pegawai khas ke??Menteri, Supol, Pegawai khas kau orang ingat kalau BN menang kau orang ada jawatan? Kalau sekarang ini kau orang baik dengan mereka,sekarang mereka sondoi la kat kau Orang, mereka menang kau orang kena terajang lah jawapnya.
Renungkan
Menteri, Supol, Pegawai Khas kalau kau orang tak tahu cara nak handle, tubuh la satu team untuk rancang bagi kementerian kau orang,Kau orang sekarang ni dok kena perbodoh dengan KSU Umno saja,mereka set jadual dan kau orang kena ikut, patutnya Menteri bagi jadual pada KSU ni terbalik sampai orang Umno kata kau orang ada Menteri pun tak guna sebab kami masih kawal Kementerian.
Renungkan
Kalau Menteri masih dok honeymoon, Supol dengan pegawai khas pun dok golek dengan kebodohan, tak mahu terima nasihat orang, memang meninggai la PH lepas ni, pesanan ahli lain kali dengar sama tak usah dok jadi buta perut.
Renungkan
Penyokong PH dan Ahli PH bukan orang bodoh dan wala membabi buta macam Parti lain, kami ni orang bijak sebab tu kami sokong PH atas dasar nak baiki negara dan kebajikan rakyat, kalau rasa Umno dengan PAS lagi bagus dapat jawatan di Kementerian dan projek Kementerian, lepas ni kau orang jangan hairan kalau kau orang kena drop masa pemilihan parti dan dari jadi calon pilihanraya.
Rakyat dah bagi signal, rakyat sedang menderita dibawah, rakyat tertekan dengan kos yang mengila, mata wang makin jatuh, harga barang makin naik, kalau Menteri masih dok nganga lagi, sebelum rakyat humban kau orang dalam pilihanraya, kami ahli akan humban kau orang dari pimpinan demi untuk rakyat dapat pimpinan yang lebih baik kerana banyak lagi pimpinan yang hebat dalam PH yang boleh kami ketengahkan.
1 comments:
Menteri PH ni banyak yang terjangkit penyakit cirit birit. Buat tindakan terburu2 dan tergesa2 tanpa membuat analisa kos dan keuntungan (cost and benefit analysis). kerajaan PH mesti bersih dan Amanah tetapi hari ni kita lihat mereka lebih kepada lurus bendul, macam orang yang dilahirkan kurang sifat dan kurang akal. Tindakan2 yang mereka ambil semuanya tanpa perundingan dan konsultasi dengan rakyat bawahan, contohnya isu larangan merokok serta isu bayaran pinjaman PTPTN. Memanglah kedua2 isu tu penting tapi tersangat penting kah sehingga tercirit2 untuk bertindak dan mengeluarkan hukum? Isu PTPTN pula kenapa perlu dikeluarkan kenyataan "wajib untuk membayar pinjaman" sedangkan dalam manifesto sudah ada JANJI penangguhan bayaran sehingga peminjam mendapat tangga gaji yang tinggi baru mula membayar? Kenapa dok terus berpatah arang berkerat rotan sedangkan kedua2 perkara ini boleh dibawa berbincang dulu dengan pihak yang terlibat sebelum dikeluarkan hukum? Adakah Pak menteri dan pegawai2nya dah merasa besar diri dan gah bila dapat kuasa sehingga berfikiran bahawa rakyat MESTI tunduk dengan arahan?
Ingatlah Malaysia ni negara demokrasi dan kedudukan kamu itu ditangan rakyat! Sedangkan kedudukan Raja2 pun berada ditangan rakyat, inikan pulak pak2 menteri yang dipilih secara langsung oleh rakyat, dah mula besar kepala atas sebab dah ada kuasa? Mana pergi team yang buat political analysis and strategy? PH takde ke team yang membuat perkiraan politik serta menilai impak politik dalam semua keputusan yang dibuat oleh kerajaan dan menteri2, yang menasihati mereka sebelum ianya dilaksanan? Mana pi team "internal audit" yang menasihati Pak2 menteri bila membuat tindakan gopoh yang menjurus kepada "political suicide"? Mana pergi political unit yang bertugas untuk "damage control dan maneuvering' bila ada pak2 menteri buat political blunder sebab bodoh? Atau PH takde team2 ini dok dalam kerajaan? Are you that naive or you are too straight that you can see a corner coming but unable to turn right or left? PH, get your head out of your A@# and start thinking like a political party! YES, you are the government now but You are there to be political and not be a naive maiden!
You have enemy all around and yet you act like a child believing that everyone loves you and they will be fair and just in dealing with you! This is the real world you dummy! Everyone is potentially an enemy! Be prepared, be vigilant and above all be smart, think before you act and and consider the repercussion of every action and decision. PH, you are not there to be nice to everybody. And there is no pleasing everybody BUT once you start to annoy the populace you will lose! So please be smart and stop thinking that now you are the government you can do as you please and there will be no consequences if you alienate your base! Stop thinking you can change the mind and mentality of the people overnight especially the malays! The malays are like a child and treat them as such! Nurture and educate not punish and berate! That is if you want to continue to be the government and not a one term wonder!
Nick.
Cape Tiger.
Post a Comment