Isnin, 15 April 2019
Read More

Renungkan
Menteri kata kalau ahli masuk dalam jabatan dan kementerian atau bagi projek nanti siapa nak buat kerja parti, maka jawatan Kementerian bagi pada orang Umno dan PAS, projek bagi pada kroni Umno.
Renungkan
Masa team cybertrooper PH mintak supaya team ini di letak dibawah Kementerian dan juga bahagian penyiaran diletakkan orang PH agar dapat bawak agenda kerajaan untuk maklumat orang ramai dan jugak tepis semua fitnah tapi Menteri sombong konon nak media terbuka sangat, nah amik kau ubat sombong sangat.
Renungkan
Menteri kata sanggup hilang undi pasal undang-undang rokok, patut sebagai menteri guna akal untuk jawab, bagi alasan yang baik bagi mendidik masyarakat dengan tujuan kuat-kuasakan sesuatu undang-undang, contoh sebagai menghormati orang yang tak menghisap rokok, atau ada anak kecil sekitar atau bagitau nak memberi peluang pada perokok untuk secara perlahan-lahan berhenti merokok, jangan sombong sangat.
Renungkan
Dulu sebelum menang PRU kata kita akan buang semua sampah Umno dalam Kementerian bagi cuci balik masalah untuk mulakan Malaysia Baru tapi sekarang kata kita kena bekerjasama dengan mereka sebab mereka ni ada pengalaman tapi ahli sendiri tak ada kebolehan dan pengalaman.Sedar lah Menteri ooiii,mereka pengalaman merompak dalam kementerian, kalau ahli sendiri dia akan jaga elok, siapa kata dalam ahli tak ada orang yang ada kebolehan cuma hangpa tu buta perut tak mahu tengok. Kena pulak dah dengan Supol dan Pegawai khas menteri, sombong dengan bangang tak ada dah, golek lebih (bukan semua) kenapa kau orang ingat Menteri kita ada pengalaman jadi Menteri ke??,Kau semua tu ada pengalaman jadi Supol dengan pegawai khas ke??Menteri, Supol, Pegawai khas kau orang ingat kalau BN menang kau orang ada jawatan? Kalau sekarang ini kau orang baik dengan mereka,sekarang mereka sondoi la kat kau Orang, mereka menang kau orang kena terajang lah jawapnya.
Renungkan
Menteri, Supol, Pegawai Khas kalau kau orang tak tahu cara nak handle, tubuh la satu team untuk rancang bagi kementerian kau orang,Kau orang sekarang ni dok kena perbodoh dengan KSU Umno saja,mereka set jadual dan kau orang kena ikut, patutnya Menteri bagi jadual pada KSU ni terbalik sampai orang Umno kata kau orang ada Menteri pun tak guna sebab kami masih kawal Kementerian.
Renungkan
Kalau Menteri masih dok honeymoon, Supol dengan pegawai khas pun dok golek dengan kebodohan, tak mahu terima nasihat orang, memang meninggai la PH lepas ni, pesanan ahli lain kali dengar sama tak usah dok jadi buta perut.
Renungkan
Penyokong PH dan Ahli PH bukan orang bodoh dan wala membabi buta macam Parti lain, kami ni orang bijak sebab tu kami sokong PH atas dasar nak baiki negara dan kebajikan rakyat, kalau rasa Umno dengan PAS lagi bagus dapat jawatan di Kementerian dan projek Kementerian, lepas ni kau orang jangan hairan kalau kau orang kena drop masa pemilihan parti dan dari jadi calon pilihanraya.
Rakyat dah bagi signal, rakyat sedang menderita dibawah, rakyat tertekan dengan kos yang mengila, mata wang makin jatuh, harga barang makin naik, kalau Menteri masih dok nganga lagi, sebelum rakyat humban kau orang dalam pilihanraya, kami ahli akan humban kau orang dari pimpinan demi untuk rakyat dapat pimpinan yang lebih baik kerana banyak lagi pimpinan yang hebat dalam PH yang boleh kami ketengahkan.