Tuesday, 4 June 2019

Dr Wan Azizah TPM Pertama Wanita Malaysia ketua delegasi ke sidang kemuncak OIC di Makkah & Belum tentu Hadi mampu berinteraksi di dunia antarabangsa seperti Wan Azizah [Video TPM TIBA DI JEDDAH UNTUK SIDANG OIC KE-14 & Dr Wan Azizah tiba DI SIDANG KEMUNCAK ASEM, BRUSSELS]

Selasa, 4 Jun 2019

Dr Wan Azizah tiba di Arab Saudi untuk sidang kemuncak OIC
Dr Wan Azizah tiba di Makkah untuk menyertai sesi ke-14 Sidang Kemuncak OIC - fotoBERNAMA
Ini gambar Wan Azizah dalam Sidang OIC.. Dan bagaimana Hj Hadi pernah menghina Wan Azizah masa krisis MB Selangor dulu.. Dituduh tak mampu jadi Pemimpin, tak boleh berbahas.. Sampai boleh bawa ahli PAS masuk Neraka..
Jadi pemimpin PAS nak menghina Mat Sabu tu, Belajar lah bagaimana orang yang dihina tu Allah angkat darjatnya.. Dan orang Menghina itu akhirnya terhina.. Wan Azizah hari ini jadi TPM pertama Wanita di Malaysia, dan ketuai banyak Delegasi negara dalam Dunia antarabangsa hatta sidang OIC..

Boleh tengok bagaimana Wan Azizah disambut di sidang OIC, Bagaiamana dia berbicara di Brussels Belgium dalam Sidang ASEM.. Belum tentu Haji Hadi mampu berinteraksi di dunia antarabangsa seperti Wan Azizah..
Jadi pengajarannya jangan menghina orang..Setiap orang ada kelebihan masing2..
Dr Wan Azizah tiba di Arab Saudi untuk Sidang Kemuncak OIC
Wan Azizah tiba di Arab Saudi bagi menghadiri sesi ke-14 Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC). - Foto Bernama
MAKKAH: Datuk Dr Seri Wan Azizah Wan Ismail akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Sesi ke-14 di Arab Saudi pada 31 Mei ini.
Timbalan Perdana Menteri, yang akan diiringi Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah serta pegawai dari pejabatnya dan Kementerian Luar.
Persidangan itu, yang bertemakan ‘Makkah Al-Mukarramah Summit: Hand in Hand toward the Future’, didahului dengan Mesyuarat Pegawai Kanan pada 27 Mei dan Mesyuarat Menteri Luar pada 29 Mei.
Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Luar berkata sidang kemuncak itu dijangka membincangkan dengan mendalam isu politik, ekonomi dan sosio-budaya yang mempengaruhi ummah.
Mesyuarat akan menyentuh mengenai Pelan Tindakan Sepuluh Tahun OIC 2016-2925 dengan matlamat menghadapi cabaran yang dihadapi ummah.
Persidangan itu juga dijangka menerima pakai tiga dokumen iaitu ‘Final Communique of the 14th OIC Summit, the Resolution on the cause of Palestine dan Al-Quds Al-Sharif and Makkah Declaration.
Sebagai anggota pengasas OIC, Malaysia komited dalam menyokong OIC dalam mempromosi pembangunan dan kesejahteraan ummah. - BERNAMA

1 comments:

Lone ranger pomen said...

Jgn cakap kuat2. Takut ade yg tertanggal kupiah serban nanti.

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena