Tuesday 23 April 2019

KENAPA Peguam Najib TAKUT SANGAT kepada Sri Ram ketuai pasukan pendakwaan terhadap kes jenayah Najib? Najib beri RM238k untuk 'Ah Jib Gor', akhbar Cina [Live Persidangan Dewan Negeri Perak 16-23 April 2019]

Selasa, 23 April 2019
Imej mungkin mengandungi: 6 orang, teks

Suara Rakyat
Sebelum ini Najib & peguam Shafee telah berkali-kali gagal dalam usaha batalkan pelantikan Sri Ram ketuai pasukan pendakwaan terhadap kes jenayah Najib.
Kini DAH DUA KALI peguam Shafee juga gagal utk singkir bekas hakim Gopal Sri Ram daripada menjadi pendakwa utama dalam kes jenayahnya pula..
KENAPA TAKUT SANGAT pada Sri Ram?

Najib beri RM238k untuk 'Ah Jib Gor', akhbar Cina

Perbicaraan ke atas bekas perdana menteri Najib Razak berhubung tuduhan penyalahgunaan dana SRC International Sdn Bhd masuk hari ketujuh di mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Seperti biasa Malaysiakini membawakan liputan secara langsung perbicaraan kes berprofil tinggi ini.

4.40pm - RM238k untuk FB Ah Jib Gor, akhbar mingguan Cina
Wong Nai Chee, yang merupakan saksi ke-17, berkata dia menerima cek AmIslamic bernilai RMRM238,914 daripada Najib pada 12 Feb 2015. Cek berkenaan adalah bagi pemimpin komuniti, Lim Soon Peng membayar dua pihak lain.
Wong, yang berkhidmat sebagai setiausaha politik Najib dari 2011 hingga Mei tahun lalu, memberitahu DPP Saifuddin bahawa cek berkenaan adalah untuk membayar AD Network dan Akademi Kewartawanan & Informasi Taima.
"Bayaran itu adalah untuk yuran pentadbiran Facebook Ah Jib Gor (oleh AD Network), dan penerbitan Chinese Weekly, nama penerbitan itu," kata Wong.
Katanya, Lim merupakan seorang yang amanah dan objektif Chinese Weekly adalah untuk memberi memberi makluman kepada pembaca Cina.
DPP: Anda kata bayaran itu untuk AD Network dan Akademi Kewartawanan & Informasi Taima. Adakah mereka ada mengadu tidak bebas (kerana menerima dana)?
Wong: Tak ada.
4.18pm - Najib beri cek RM240k untuk M'sian Digest
Saksi ke-16, Hafiz, yang memiliki saham, dalam portal berita dalam talian Vital Spire Sdn Bhd, mengesahkan menerima cek RM240,000 daripada Najib pada 30 Jan 2015, untuk melancarkan portal berita dalam talian Malaysian Digest.
Ketika pemeriksaan utama oleh DPP Saifuddin, Hafiz berkata portal berkenaan membuat liputan berita tempatan dan antarabangsa antara lain merangkumi isu politik, hiburan dan sukan.
DPP: Siapa arah lancarkan portal itu?
Hafiz: Atas arahan Najib. Saya jumpa dia sendiri di Pejabat Perdana Menteri ketika itu. Saya dapat cek daripada dia. Dia tandatangan cek itu depan saya.
3.55pm - Saksi 'tak nampak' Najib dalam mahkamah
Saksi ke-15 merupakan bekas bendahari agung Upko, Marcus Mojigoh.
Ketika memberi keterangan, Marcus kadang-kadang merujuk kepada seorang "pengerusi", kemudian seorang "presiden", yang membuatkan timbalan pendakwa raya (DPP) memintanya mengesahkan jawatan sebenar.
DPP: Tadi kata ada pengerusi, ada sebut presiden, siapa dia ni?
Marcus: Datuk Seri Najib. Bossku.
DPP: Anda (nampak) dia dalam mahkamah ini?
Mojigoh: Tak nampak pula dia.
Kemudian, beberapa yang hadir dalam mahkamah menunjukkan kandang tertuduh. 
Marcus akhirnya melihat Najib dan memberi isyarat tabik hormat, yang seterusnya dibalas bekas perdana menteri itu.
3.50pm - Upko belanja RM1 juta untuk aktiviti CSR
Saksi ke-15 merupakan bekas bendahari agung Upko, Marcus Mojigoh.
Upko sebelum ini merupakan parti komponen BN, namun meninggalkan gabungan itu tahun lalu selepas kalah dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14.
Marcus memberi keterangan bahawa parti yang berpusat di Sabah itu menerima sumbangan RM1 juta melalui cek bertarikh 13 Feb 2015 bagi mengendalikan aktiviti tanggungjawab korporat sosial (CSR) di bawah projek yang dinamakan Projek Sayang.
Marcus memberitahu mahkamah bahawa Upko bergantung kepada dana sumbangan ahli, namun ia tidak cukup. Justeru, katanya, mereka juga meminta dana dari "orang atasan", merujuk kepada Najib yang ketika itu merupakan pengerusi BN.
Tambahnya, di bawah Projek Sayang, sayap wanita Upko diberi arahan untuk membuat kunjungan dan mengagihkan sumbangan termasuklah kepada pesakit yang terlantar, bantuan kepada warga emas, dan kerusi roda kepada yang memerlukan.
Upko juga menggunakan dana Projek Sayang untuk menganjurkan kursus bagi wanita dan golongan kurang upaya.
3.40pm: Penasihat Najib mahu tahu kenapa orang Cina antikerajaan, kata saksi.
Rita Sim berkata kerajaan BN pada 2015 mendapatkan khidmat syarikatnya untuk menilai dan merangka dasar berdasarkan sentimen komuniti Cina.
Ketika disoal peguam bela Muhamad Shafee Abdullah, Sim berkata kerajaan mahu memahami isu yang memberi kesan kepada komuniti itu.
Katanya, penasihat Najib ketika itu Allahyarham Jamaluddin Jarjis - yang hadir dalam pertemuan antara kakitangan syarikatnya dan Pejabat Media PMO di Putrajaya antara akhir 2014 hingga awal 2015 - mahu tahu mengapa komuniti Cina dilihat sebagai antikerajaan.
"Komuniti Cina perlu melihat kepada semua parti, bukan BN sahaja.
"Kerajaan semasa perlu merangka dasar untuk komuniti Cina kerana komuniti itu juga sebahagian daripada Malaysia," katanya.
Dia memberitahu Shafee bahawa antara isu yang dianggap penting orang Cina ialah pendidikan dan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), selain masalah pendapatan golongan pertengahan (middle income trap).
"Saya warga Malaysia. Saya nasionalistik dan sayang negara saya," katanya sambil menambah dia tidak pasti sama ada kerajaan melaksanakan cadangan yang terkandung dalam laporan yang dihantar syarikat itu pada 2015.
3.25pm: Saya perlu terus tengok Najib, tanya saksi.
Media dan orang awam dalam mahkamah ketawa ekoran satu insiden apabila DPP Muhammad Saifuddin bertanya kepada saksi ke-14 pendakwaan Rita Sim, sama ada dia boleh mengecam Najib.
DPP: Anda pernah jumpa Datuk Seri Najib?
Sim: Ya, tetapi sentiasa secara berkumpulan.
DPP: Anda lihat dia di mahkamah hari ini?
Sim: Di mana saya perlu tengok?
Dia kemudian diarahkan untuk melihat kandang tertuduh, dan kemudian mengesahkan keberadaan bekas perdana menteri itu.
Sim: Ya saya nampak Datuk Seri Najib.
Selepas menjawab soalan Muhammad Saifuddin, Sim terus melihat ke arah Najib sebelum bertanya sama ada dia perlu terus melihatnya.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena