Tuesday, 19 December 2017

[Video Tun Dedah Kepincangan Pimpinan Najib & 'Seronoknya Jadi Pencuri'] Profesor undang-undang disiasat & Malaysia bukan lagi contoh terbaik kepada negara Islam.

Rabu, 20 Disember 2017

Profesor undang-undang disiasat kerana rencana, ajak pengkritik berdialog

Profesor undang-undang disiasat kerana rencana, ajak pengkritik berdialog
Sekiranya tak setuju lebih baik tulis untuk bantah dan wujudkan wadah intelektual berbanding buat laporan polis, kata Profesor Shad Saleem Faruqi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 18 Disember, 2017.

BERBANDING membuat laporan polis, dialog sepatutnya menjadi kaedah terbaik untuk menangani percanggahan pendapat berkaitan Islam, kata pakar undang-undang Perlembagaan Profesor Shad Saleem Faruqi yang sedang disiasat polis kerana salah satu tulisannya yang diterbitkan akhbar tempatan.
Profesor undang-undang terkenal itu mengesahkan laporan polis dibuat oleh Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (Iksim) berkaitan rencana tulisannya bertajuk “Religious radicalism on the rise” diterbitkan dalam akhbar The Star pada 23 November lalu.
“Polis sudah merekodkan keterangan saya kira-kira sepuluh hari lalu. Saya akan biarkan polis siasat.
“Niat saya pada dasarnya adalah untuk menunjukkan yang Perlembagaan kita bercampur, hibrid dan jamak. Islam mempunyai kedudukan yang tinggi tetapi ia masih di bawah undang-undang, ia masih bukan undang-undang tertinggi negara.
“(Dan) saya sentiasa percaya penulisan yang ditulis secara bersederhana tetapi itu (buat laporan polis) hak mereka, saya fikir perkara paling baik untuk dibuat jika saya tulis sesuatu tapi awak tak suka, awak patut tulis jawapan balas. Untuk wujudkan wadah intelektual,” katanya ketika ditemui selepas forum “Does religiosity lead to authoriatarianism?” di Kuala Lumpur hari ini.
Katanya, beliau disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan.
Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) melaporkan dalam laman sesawangnya, Iksim membuat laporan polis terhadap Shad, The Star dan Sin Chew Daily pada hari sama rencana itu diterbitkan. Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Putrajaya.
Ketua Pegawai Eksekutif Iksim Profesor Mahamad Naser Disa dipetik sebagai berkata yang rencana itu menggambarkan Iksim sebagai organisasi radikal.
Dalam rencana itu, Shad memberikan maklum balas kepada risalah bertarikh 28 Mac diterbitkan Iksim yang berhujah bahawa “sekularisme, liberalisme dan kepelbagaian budaya adalah perkara yang akan menjejaskan agenda Islam dan menghancurkan kedaulatan negara”.
Tulisnya, beliau terkejut membaca yang Iksim melihat “kepelbagaian budaya” sebagai satu ancaman kepada Islam dan negara.
The Malaysian Insight

Malaysia bukan lagi contoh terbaik kepada negara Islam

Malaysia bukan lagi contoh terbaik kepada negara Islam
Malaysia menjadi contoh kepada negara ketiga dan negara Islam sehingga 1990-an tetapi selepas itu, ia seperti membuat pusingan-U, kata pakar undang-undang Dr Shad Saleem Faruqi. – Gambar fail The Malaysian Insight, 19 Disember, 2017.

MALAYSIA perlu kembali kepada tradisinya sebagai negara yang berkompromi, damai, toleransi dan ada rasa belas kasihan dalam Islam kerana ia kini dilihat menyimpang dari laluan itu, walaupun kerajaan menganjurkan kesederhanaan, kata pakar undang-undang perlembagaan terkemuka, Dr Shad Saleem Faruqi.
Profesor di Universiti Malaya yang turut disiasat polis kerana artikelnya mengenai Islam yang disiarkan di akhbar, berkata bapa pengasas Malaysia membina negara ini berbeza daripada negara Islam lain, menjadikan ia satu contoh bagaimana untuk berjaya dalam kehidupan masyarakat majmuk.
“Malaysia menjadi contoh kepada negara ketiga dan negara Islam sehingga 1990-an. Dan selepas itu, kita seperti membuat pusingan-U.
“Saya berharap keadaan akan berubah lagi, kerana salah satu sebab kita dapat mengimbangi agama dengan sekularisme, demokrasi dan pembangunan, ketuanan Melayu dan pada masa sama bangsa lain berpuas hati – saya fikir ia kerana kesederhanaan,” katanya selepas perbincangan meja bulat bertajuk “Does religiosity lead to authoritarianism” di Kuala Lumpur, semalam.
Dalam kertas pembentangannya, Shad berkata budaya Melayu selama ini mementingkan kesederhanaan, perdamaian dan kompromi.
Katanya, Perlembagaan Persekutuan Malaysia dirangka untuk menekankan kesederhanaan.
“Masalahnya sekarang ialah Malaysia jadi semakin Arab; fesyen terkini sekarang ialah berpakaian seperti orang Arab, berkelakuan macam orang Arab, cakap seperti orang Arab dan menjadikan beberapa negara Arab sebagai penanda bagaimana sepatutnya Islam tu.
“Saya rasa Malaysia semakin melupakan jati dirinya dan apa yang berlaku sekarang ialah peningkatan penubuhan agama,” katanya.
Beliau berkata sejak 1990-an, tafsiran Wahhabi dan Salafi mengenai Islam sudah berpengaruh sehingga menimbulkan kecenderungan dalam kalangan umat Islam di Malaysia menjadikan sesuatu "tidak Islam".
“Mempersoalkan fatwa ialah kesalahan jenayah dan sudah tentu jika ada cubaan mana-mana pihak untuk murtad, sesetengah negeri akan menghantar mereka ke pusat pemulihan dan ada negeri kata ia satu hinaan kepada Islam dan individu berkenaan boleh dipenjarakan,” katanya.
Pandangan Shad terhadap Islam baru-baru ini menyebabkan satu laporan polis dibuat terhadapnya oleh Institut Penyelidikan Strategik Islam Malaysia (IKSIM) berhubung ruangannya di akhbar The Star.
Artikelnya bertajuk “Religious radicalism on the rise” ditulis sebagai respons kepada buku kecil IKSIM yang berhujah bahawa “sekularisme, liberalisme dan perbezaan budaya adalah elemen yang akan merendahkan agenda Islam dan memusnahkan kedaulatan negara”.
Dalam artikelnya, Shad berkata beliau terkejut membaca pandangan IKSIM tentang “perbezaan budaya” sebagai ancaman kepada Islam dan negara.
Shad sedang disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, bagi kesalahan menghina dengan niat untuk provokasi memecahkan kedamaian.
Dalam ceramahnya semalam, Shad berkata walaupun perlembagaan Malaysia membenarkan kebebasan bersuara dan asas hak asasi manusia yang lain, perkembangan terbaru ini membangkitkan persoalan sama ada umat Islam di negara ini dapat menikmati hak itu atau tidak.
“Pada satu masa, semua hak itu ada tetapi kini trend semasa ialah – bab hak asasi, Artikel 5 hingga 13, tidak tersedia untuk umat Islam bila ia membabitkan isu syariah, atau mahkamah syariah.”
Artikel itu meliputi antara lain kebebasan awam, hak kepada kehidupan dan kebebasan, kesaksamaan, kebebasan untuk bergerak, kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan dan kebebasan beragama. – 19 Disember, 2017.
The Malaysian Insight

2 comments:

Dr said...

Dlm iksm dah takde org bijak pandai ke.....sikit2 report polis.....baik bubar je nama institute tu....pemalas punye..org.tiada kebijaksanaan...dlm berhujah balas...all those people need to be schooling again.

kertia said...

Selamat malam bossku semua...
Kamu Sering Kalah Main Judi?
Sudah Tidak Jaman Lagi Kalah Main Judi
Kami Hadir Dengan Inovasi Terbaru & Tercangih, Dengan Jackpot Yang Super Pasti & Gampang Untuk Menang Terus Di Setiap Hari .
Transaksi Cepat, Aman & Terpercaya.
Tersedia 7 Games Dalam 1 User ID :
New Game ------>> GAME SAKONG
Poker, Domino, Bandar Ceme, Capsa, Ceme Keliling, dan Live Poker
Minimal Deposit Rp.15.000,-
Minimal Withdraw Rp.15.000,-
Promo Bonus Harian + Mingguan + Bulanan :
- Bonus Deposit
- Bonus Turn Over Harian 0.5%
- Bonus Refferal 10% + 10%
Untuk Informasi Lebih Lanjut Segera Hubungi CS Kami 24 Jam : www,royalqq,poker

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena