Posted by ali allah ditta
Posted by ali allah ditta
Posted by ali allah ditta
Posted by ali allah ditta
Tanah Felda Jalan Semarak: Shahrir dah tak sanggup pikul biawak hidup, kata Mahathir
Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Samad dianggap tidak lagi mahu memikul ‘biawak hidup’ apabila mendedahkan kebenaran berlakunya penyelewengan dan rasuah dalam skandal membabitkan tiga bidang tanah Felda di Jalan Semarak sebagaimana didedahkan oleh media arus perdana baru-baru ini.
Tun Dr Mohamad berpendapat tindakan Shahril itu melalui sidang media tergemparnya sejurus dilaporkan Berita Harian pada Khamis lalu, menunjukkan Shahrir tidak lagi mahu bersekongkol dengan kepincangan yang berlaku dalam Felda.
“Saya fikir Shahrir pun tak larat nak pikul ‘biawak hidup’ ini…terpaksa dedah perkara yang berlaku.
“Ini kerana kalau boleh yang terlibat nak sembunyikan. SPRM kata kes pindah hak milik tanah Felda RM270juta tiada unsur rasuah dan salah guna kuasa, sedangkan belum lagi periksa (siasat) sudah kata tiada unsur rasuah,” ujarnya dalam satu rakaman video berdurasi 4minit yang disiarkan di laman facebook parti itu hari ini.
Felda berisiko kehilangan hak ke atas tanah strategik di Jalan Semarak Kuala Lumpur apabila ia dipercayai bertukar hak milik menerusi transaksi diragui sejak 2015.
Dr Mahathir yang juga Pengerusi Bersatu mengaitkan dakwaan sama berlaku terhadap Najib dengan derma RM2.6bilion.
“Tetapi Peguam Negara (Tan Sri Mohamed Apandi Ali) menyatakan derma tersebut tiada unsur rasuah dan tiada sebarang kesalahan dilakukan perdana menteri.
“Sama macam apa yang terdapat dalam bank Najib RM2.6bilion tetapi Peguam Negara memutuskan tiada kesalahan- jadi sekarang ini kita tidak tahu siapa hakim, pendakwaraya dan siapa ahli Umno kita tidak tahu,” ujarnya.
Dr Mahathir mendakwa individu di peringkat atasan Felda dan Kerajaan berkemungkinan terbabit dan mendapat faedah dalam skandal membabitkan tiga bidang tanah Felda di Jalan Semarak ini.
“Tidak payah tanya sesiapa, dia buat keputusan sendiri apa-apa keuntungan akan dapat pada diri dia. Ini bermakna yang memimpin ‘top man’ begitu berkuasa.
“Saya percaya ada keuntungan tertentu sebab itu dia sanggup curi tanah Felda jual pada orang sampai Ahli Lembaga Pengarah pun tidak tahu,” ujarnya.
Dr Mahathir berkata, penyelewengan berlaku sepanjang masa terhadap insitusi atau syarikat milik kerajaan di negara
ini.
ini.
“Perkara ini berlaku sepanjang masa nampak saja ada badan yang mempunyai harta atau duit, akan ada cadangan bagaimana nak curi duit itu.
“Ini berlaku kepada Felda dan Tabung Haji berlaku juga kepada Kerajaan Malaysia apabila tanah di Kuala Lumpur nilai lebih kurang RM7,000 sekaki persegi dijual kepada 1MDB pada harga RM60 dan 1MDB jual balik kepada Tabung Haji dengan harga RM3,000 sekaki persegi.
“Ini cara mereka menipu dan ambil harta rakyat dijadikan duit supaya duit itu boleh masuk poket orang tertentu,” dakwanya.
Ditanya ada pemimpin Umno yang tidak mahu mengaitkan nama Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak membabitkan skandal tanah Felda di Jalan Semarak ini, sedangkan beliau juga adalah menteri
kewangan yang sepatutnya mengetahu transaksi berlaku?
kewangan yang sepatutnya mengetahu transaksi berlaku?
Bekas perdana menteri ini berkata, Felda bukan pihak yang mengurus tetapi skandal Felda ini tidak ubah seperti apa yang berlaku dalam urusniaga mata wang asing forex- Bank Negara Malaysia, katanya. .
“Berlaku ujian dalam perniagaan mata wang Bank Negara Malaysia maka perdana menteri terdahulu dipersalahkan dan akan diambil tindaan undang-undang.
“Nak suruh polis siasat… jadi macamana PM tidak terlibat dalam kes Felda kali ini kerana benda yang besar mesti dilapor kepada PM.
“Kita hairan dalam kes nak bayar orang membuat umrah perkara ini dilulus dalam kabinet dia (Najib) tidak tahu apa yang dia nak luluskan pun…jika ada kerajaan macam ni rosaklah,” ujarnya yang berpandangan perdana menteri harus bertanggungjawab sepenuhnya terhadap skandal tanah Felda di Jalan Semarak ini.
Sebagai rekod Felda dilaporkan oleh Berita Harian berisiko kehilangan hak ke atas tanah strategik di Jalan Semarak Kuala Lumpur yang dianggarkan bernilai lebih RM200 juta apabila ia dipercayai bertukar hak milik menerusi transaksi diragui sejak 2015.
Tanah itu kini dimajukan dengan projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) membabitkan tujuh menara, termasuk menara ikonik Felda dikenali sebagai KLVC Tower1A.
Pindah milik tanah itu dipercayai berlaku apabila Felda Investment Cor-poration Sdn Bhd (FIC) melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan diberikan surat kuasa wakil penuh (full power of attorney) bagi membangunkannya.
Mengikut laporan media pada 14 Mei 2014, kawasan itu mulanya dirancang dimajukan sebagai projek pembangunan bercampur komersial dan kediaman dengan nilai pembangunan kasar (GDV) melebihi RM500 juta oleh anak syarikat FIC, iaitu ENCORP Bhd.
Namun, pada 6 November 2014, DBKL menerima permohonan kebenaran merancang kawasan sama daripada pemaju utama KLVC dan bukan ENCORP.
Semakan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) juga mendapati kontraktor utama projek KLVC adalah sebuah syarikat baharu yang hanya ditubuhkan Januari lalu.
Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad adalah Pengerusi Felda dari 2011 hingga Januari 2017; Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) mulai 1 Januari 2011 hingga 19 Jun lalu dan Pengerusi FIC sejak ditubuhkan pada 2 Julai 2013 sehingga 2017.
Sehingga kini Isa masih lagi belum dipanggil untuk membantu siasatan polis dan SPRM.
Malaysia Dateline
0 comments:
Post a Comment